OEM - Semua Yang Anda Perlu Tahu
- Abam Peah
- Aug 14, 2022
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2023
Selalu sangat dengar OEM kan? Produk OEM, kilang OEM, brand OEM dan macam-macam lagi. Cumanya, apa maksud OEM tu sebenarnya?
Dalam perkongsian kali ini, Abam Peah nak share dengan anda semua segalanya yang anda perlu tahu mengenai OEM. Kalau tak, tahu sebut je tapi tak tahu pun apa maknanya yang sebenar.
Jom baca!
Maksud OEM

Jika diikutkan daripada maksud asalnya, ia merupakan singkatan kepada Original Equipment Manufacturer. Terma ini sebenarnya digunakan untuk pengeluar produk tanpa jenama.
Kebiasaannya pengeluar produk ini akan mengeluarkan sebarang produk dalam kuantiti yang banyak. Produk ini dikeluarkan berdasarkan permintaan daripada pemilik bisnes yang ingin mempunyai produk jenama mereka sendiri.
Pemilik bisnes ini pula kebanyakannya tidak mempunyai kilang mereka sendiri namun mereka mempunyai brand dan marketing yang kuat. Tapi, tak perlu risau pun sebenarnya kalau anda belum anda brand dan marketing. Team Abam Peah sekalikan dalam pakej kami.
Kilang OEM Malaysia

Kilang-kilang ini mempunyai bermacam-macam jenis produk. Ia tak terhad kepada barang kosmetik sahaja ye. Antaranya adalah:
Gajet
Komponen elektronik
Makanan
Snek
Baju
Tudung
Fesyen
Suplemen kesihatan
Kopi
Minuman
Sos
Kecantikan
Penjagaan diri
Aromaterapi dan spa
Makanan dan minuman tambahan
Banyak lagi
Kalau dulu-dulu, ramai yang salah anggap OEM adalah produk daripada China sahaja. Bila sebut made in China ni orang selalu pandang rendah. Tapi tak kisah lah yang tu. Apa yang Abam Peah nak cakap, di Malaysia juga ada kilang OEM yang 100% dari Malaysia.
Sekarang pun makin banyak juga kilang yang 100% bumiputera, muslim dan halal. Jadi, pilihan untuk mereka yang ingin memulakan bisnes dengan produk jenama sendiri ini sangat banyak.
Modal Untuk Produk Jenama Sendiri?

Eh. Kalau dulu mungkin betul. Sebabnya minimum order quantity (MOQ) yang ditetapkan oleh pihak kilang adalah sangat besar. Nak buat sendiri? Habis modal dulu sebelum dapat mula bisnes.
Nak buat sendiri, anda perlu mempunyai kilang, kena beli macam-macam jenis mesin dan kena dapatkan berbagai jenis pengiktirafan serta pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga JAKIM.
Tapi sekarang semua ini bukan masalah lagi. Anda boleh bermula dengan modal yang rendah. Produk yang diberikan 100% berkualiti tinggi. Siap ada bantuan dari segi branding dan marketing lagi.
Kilang OEM macam ni barulah betul-betul nak pemilik bisnes yang mendapatkan servis pengeluaran produk daripada mereka berjaya. Bukannya caj mahal kemudian tinggalkan pemilik bisnes terkapai-kapai.
Sebab tu Abam Peah tawarkan semua ni. Abam Peah suka tengok orang lain yang bersemangat untuk berbisnes dengan produk jenama sendiri ni berjaya. Team abam bukan sahaja bantu semasa nak buat produk tapi turut bantu dari segi branding dan marketing.
Bila pemilik bisnes ni dapat sales yang banyak dan berjaya, Abam Peah pun tumpang gembira. Dua-dua belah pihak akan dapat sales. Dua-dua pihak untung. Boleh ada kerjasama untuk tempoh yang panjang.
Kalau rasa berminat nak jadi founder produk jenama anda sendiri, anda tak perlu pening-pening cari di mana anda nak buat produk OEM anda. Kilang Abam Peah dan team sudi membantu.
Kami pun sentiasa ada pakej dan promosi istimewa untuk bantu seramai mungkin pemilik bisnes untuk bermula dan seterusnya berjaya. Untuk informasi lanjut mengenai apa yang kilang Abam Peah ada tawarkan, boleh klik button di bawah:
Comments