Bahan Skincare Paling Popular - Part 1
- Abam Peah
- Sep 4, 2022
- 3 min read
Anda baru nak mula gunakan produk skin care? Atau anda dan biasa guna tapi masih bingung dengan bahan skincare yang terbaik untuk anda?
Sebenarnya tak salah pun ambil tahu tentang bahan-bahan yang popular dalam produk skin care, malah ia mungkin dapat membantu anda kenalpasti produk mana yang terbaik buat anda.
Ye lah, hari ini terlalu banyak produk skin care yang boleh anda jumpa di mana-mana kedai, lebih-lebih lagi di pasaraya. Memang rambang mata dibuatnya.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan memberikan anda senarai bahan skincare yang paling kerap digunakan supaya anda mudah untuk memilih produk yang sesuai dengan anda.
.
.
Bahan Skincare Yang Popular
.
1. Alpha-hydroxy acids (AHA)
.
Banyak produk skin care di luar sana mengandungi alpha-hydroxy acids (AHA) atau asid alpha-hidroksi iaitu asid glikosik, tartarik, laktik, dan sitrik.
Bahan ini telah menjadi semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lotion dan krim dengan AHA boleh membantu untuk mengurangkan garis halus, kedutan, pigmentasi tidak teratur, dan tompok penuaan pada muka.
Ia juga boleh membantu mengecilkan liang pori yang besar.
Penggunaan bahan ini boleh memberi kesan sampingan seperti iritasi ringan dan sensitif terhadap cahaya matahari.
Namun ini boleh diatasi dengan memakai pelindung matahari pada setiap pagi.
Untuk mengelakkan iritasi kulit, mula dengan produk yang mengandungi kepekatan AHA maksimum 10% hingga 15% sahaja.
Cuba selangkan hari pemakaian untuk membiasakan kulit anda dengan produk skin care ini perlahan-lahan.
.
2. Bahan Skincare - Asid glikolik
.
Asid ini termasuk dalam kategori AHA dan boleh membantu exfoliate kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen, iaitu protein yang menguatkan tisu penghubung.
Di samping membantu membersihkan liang pori dan menghilangkan kedutan, ia juga boleh melembabkan kulit anda (rehidrasi).
Lotion dan krim dengan bahan ini boleh membantu mengatasi masalah ekzema, manakala cleanser dengan bahan ini pula boleh mengurangkan blackhead.
.
3. Bahan Skincare - Asid laktik
.
Juga termasuk dalam AHA, asid ini sebenarnya dihasilkan dalam sel otot dan sel darah merah.
Sesetengah produk skin care yang mengandungi asid laktik boleh membantu untuk exfoliate dan melembabkan kulit anda.
.
4. Beta hydroxy acids (asid salisilik)
.
Asid salisilik boleh menghilangkan sel kulit mati dan meningkatkan tekstur dan warna kulit yang rosak akibat matahari.
Ia masuk melalui folikel bulu yang terbuka dan membersihkan minyak, menyebabkan ia bagus untuk mengurangkan jerawat.
Di luar sana, banyak produk skin care yang mengandungi asid salisilik di mana sebahagiannya boleh didapati dari kedai, dan sebahagian lainnya perlu prekripsi doktor.
Pada kebiasaannya, asid salisilik didapati kurang memberi iritasi berbanding produk yang mengandungi AHA, namun ia memberi kebaikan yang sama dalam meningkatkan tekstur dan warna kulit.
.
5. Hidrokuinon
.
Produk skin care yang mengandungi bahan ini sering dikenali sebagai krim peluntur atau agen pencerah kulit.
Rata-rata produk ini digunakan untuk mencerahkan hiperpigmentasi seperti tompok penuaan atau tompok hitam yang berkait dengan kehamilan atau terapi hormon.
Jika produk kedai tidak berkesan untuk anda, doktor boleh memberi prekripsi krim yang mempunyai kepekatan yang lebih tinggi untuk anda gunakan.
Hidrokuinon kadangkala digunakan bersama pelindung matahari kerana pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan hiperpigmentasi.
.
6. Asid kojic
.
Asid kojic juga merupakan penawar untuk merawat masalah pigmentasi dan tompok penuaan.
Ia ditemui pada tahun 1989 dan didapati berfungsi seperti hidrokuinon.
Bahan ini dihasilkan daripada sejenis kulat atau fungus, dan kajian telah menunjukkan bahawa ia berkesan sebagai sebagai agen pencerah dengan melambatkan penghasilan melanin.
Namun anda perlu berhati-hati kerana dengan penggunaan yang berterusan, asid kojic mungkin boleh menyebabkan kulit anda terdedah dengan selaran matahari (sunburn).
.
Kesimpulan Bahan Skincare Paling Popular
.
Demikianlah beberapa contoh bahan-bahan yang banyak digunakan dalam produk skin care hari ini.
Sebenarnya ada banyak lagi bahan popular lain yang turut digunakan kerana mempunyai manfaat yang banyak terhadap kulit.
Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, pastikan anda baca sambungan perkongsian ini di part 2.
Baca Sini : Bahan Skincare Paling Popular - Part 2
Comments