top of page

Bahan Skincare Paling Popular - Part 2

Updated: Jan 12, 2023

Kalau anda dah baca part 1 untuk perkongsian ini, anda pasti dah tahu tentang AHA, asid glikolik, asid laktik, asid salisilik, dan hidrokuinon.


Yang belum baca tu, apa kata anda baca juga part 1?


Bukan apa, nanti rugi lah dapat separuh saja daripada keseluruhan maklumat. Kan tak lengkap tu?


Apa pun, jom kita teruskan dengan sambungan perkongsian di mana kita berhenti sebelum ini.

.

Bahan Skincare Popular

.

6. Retinol

.

Bahan skincare ini boleh mengatasi masalah parut jerawat, bintikan pigmentasi, garis dan kedutan halus, dalam masa yang sama memperbaiki struktur dan tona kulit serta mengawal kadar kelembapan kulit.


Retinol diperolehi daripada vitamin A dan terkandung dalam banyak produk anti-penuaan di kedai-kedai.


Tretinoin adalah versi retinol yang lebih kuat dan merupakan bahan aktif yang terdapat dalam beberapa krim preskripsi seperti Retin-A dan Renova.


Vitamin A mempunyai struktur molekul yang cukup halus untuk memasuki lapisan bawah kulit anda, di mana ia boleh meningkatkan kolagen dan elastin iaitu protein yang meningkatkan kelenturan kulit.

.

7. L-ascorbic asid (vitamin C)

.

Bahan skincare ini adalah satu-satunya bentuk vitamin C yang anda patut cari dalam produk skincare yang anda gunakan.


Banyak produk skincare yang mengaku mempunyai derivatif vitamin C seperti magnesium ascorbyl phosphate atau ascorbyl palmitate sebagai bahan.


Namun, L-ascorbic acid adalah satu-satunya bentuk vitamin C yang berguna dalam produk skincare.


Dengan umur dan pendedahan kepada matahari, sintesis kolagen dalam kulit anda akan berkurang dan ini akan membawa kepada kedutan.


Vitamin C adalah satu-satunya antioksidan yang terbukti dapat merangsang sintesis kolagen, mengurangkan garis halus, parut, dan kedutan.


Ia mungkin juga boleh memperbaiki penampilan kulit anda yang rosak akibat matahari.


Anda juga harus tahu bahawa penggunaan awal krim yang mengandungi vitamin C boleh menyebabkan rasa pedih atau kemerahan, tapi kesan ini biasanya hilang dengan penggunaan yang berterusan.

.

8. Asid hyaluronik

.

Produk skincare yang mengandungi bahan ini sering digunakan dengan produk yang mengandungi vitamin C untuk membantu proses penyerapan ke dalam kulit.


Asid hyaluronik selalu digembar-gemburkan dengan kebolehannya untuk menghentikan atau terbalikkan penuaan.


Bahan in sebenarnya dihasilkan secara semulajadi dalam badan haiwan dan manusia, dan dijumpai dalam kulit yang muda, lain-lain tisu, dan cecair sendi.


Asid hyaluronik adalah komponen kepada tisu penghubung badan, dan ia berfungsi sebagai kusyen dan pelincir untuk tisu ini.


Walaubagaimanapun, kadar asid hyaluronik akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia.


Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok juga boleh memberi kesan kepada kadar bahan in dalam badan.

.

9. Niacinamide (vitamin B3)

.

Bahan ini merupakan sejenis bentuk vitamin yang membantu membina keratin dan mengekalkan keanjalan dan kesihatan kulit.


Niacinamide boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kemerahan kulit.


Jika anda mempunyai rosacea, topeng muka dengan bahan ini boleh membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak.

.

10. Dimethicone

.

Bahan berasaskan silikon ini adalah bahan kedua yang paling banyak ditemui dalam kebanyakan produk pelembap kulit.


Jika anda menghadapi masalah kulit kering, pelembap dengan bahan ini sangat membantu terutamanya dalam cuaca sejuk seperti musim sejuk.


Bahan ini tidak toksik dan boleh mengurangkan tisu parut serta membuatkan kulit anda rasa sangat lembut.

.

11. Peptida tembaga

.

Peptida tembaga sering dikatakan sebagai produk penjanaan semula kulit yang paling berkesan walaupun ianya baru mula terkenal sejak tahun 1997.


Bahan ini merangsang penghasilan kolagen dan elastin, bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan kadar glikosaminoglikan dan asid hyaluronik.


Ia juga boleh membuatkan kulit anda lebih anjal, halus dan lembut dengan lebih cepat berbanding kebanyakan produk anti penuaan yang lain.

.

12. Gliserin

.

Bahan pelembap semulajadi ini boleh membantu memperbaiki kulit yang kering atau merekah.


Kebanyakan lip balm atau krim muka juga mengandungi bahan ini.


Bukan itu sahaja, gliserin juga sangat baik untuk digunakan pada kulit berminyak dan boleh mengurangkan blackhead dan jerawat.


Disebabkan ia boleh mengekalkan kelembapan, produk yang mengandungi gliserin boleh digunakan pada waktu malam untuk membuatkan kulit anda kekal lembab sepanjang malam.

.

Kesimpulan Bahan Skincare Paling Popular

.

Banyak juga kan bahan-bahan yang popular digunakan dalam produk skincare?


Lepas dah ambil tahu tentang bahan-bahan ni, barulah senang nak cari produk skincare yang paling berkesan untuk kulit anda.


Anda juga bolehlah jadi penasihat untuk kawan-kawan anda yang masih keliru nak pilih skincare tu.


Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


Oh. Kalau anda nak buat produk skincare jenama sendiri, team Abam Peah boleh bantu anda. Kami ada sediakan konsultansi selama 30 minit secara percuma. Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.




Comments


bottom of page