top of page

Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 1

Updated: Jan 11, 2023

Abam Peah selalu dapat soalan macam mana cara buat produk sendiri. Jadi, dalam perkongsian kali ni abam rasa elok juga kalau abam share berkenaan prosedur yang anda perlu tahu sebelum anda keluarkan produk jenama sendiri.


Bagi Abam Peah, prosedur sebelum anda decide nak buat produk apa tu yang paling penting berbading prosedur berkaitan pembuatan produk. Sebabnya bab produk ni anda serahkan sahaja pada kilang OEM yang anda pilih untuk keluarkan produk anda.





Kilang OEM atau kilang produk jenama sendiri ini akan uruskan dari segi formula, teknologi dan mesin apa yang digunakan. Malah ada yang lebih best, siap tolong design packaging produk anda.


Nak tahu apa yang lagi best? Ada kilang yang siapkan sekali bahan pemasaran untuk anda. Setel masalah. Bila dah siap boleh terus jual. Nanti Abam Peah share kilang mana yang buat macam tu.


Cara Buat Produk Sendiri


Cara buat produk sendiri yang abam nak kongsi ini adalah cara sebelum anda deal dengan kilang untuk keluarkan produk jenama anda sendiri. Cara-caranya adalah seperti berikut:


1. Kenalpasti Masalah dan Potensi



Cara Buat Produk Sendiri


Apa yang paling penting sebelum anda buat produk adalah kenal pasti apa masalah yang anda nak selesaikan. Jangan buat produk dulu baru fikir produk anda boleh selesaikan masalah apa.


Masalah yang anda nak selesaikan tak semestinya masalah yang kompleks sangat. Mungkin dah ada produk di pasaran yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Anda boleh keluarkan produk yang sama tapi, pastikan produk anda ada kelebihan lain berbanding produk di pasaran.


Ingat. Kilang OEM bukan ada untuk kosmetik semata-mata. Ada banyak jenis produk yang anda boleh buat di kilang OEM seperti produk kesihatan, makanan dan minuman tambahan, minuman kesihatan, suplemen, spa dan aromaterapi, penjagaan diri, kebersihan diri dan banyak lagi.


Jenis fesyen pun boleh kalau anda nampak ada masalah yang anda boleh selesaikan di situ. Sama juga untuk makanan seperti pes, rempah, sambal dan lain-lain. Selepas anda kenal pasti masalah, anda kena juga kenal pasti potensi yang ada.


Contoh, masalah yang anda kenal pasti tu cuma berlaku terhadap 1 daripada 1 Juta orang. Jadi, potensinya adalah sangat rendah untuk anda berjaya dengan bisnes anda jika anda baru sahaja bermula.


Jadi, pastikan masalah yang anda kenal pasti tersebut turut mempunyai potensi untuk anda buat duit.


2. Medium Pemasaran



Cara Buat Produk Sendiri


Sebagai pemilik bisnes yang sedang mencari cara buat produk sendiri, carilah juga ilmu berkaitan marketing atau pemasaran. Jangan ingat bila dah ada produk, automatik akan terjual dengan sendiri.


Jangan ingat anda nak main game stokis, ejen dan dropship, semua akan beratur untuk berada di bawah anda. Semuanya memerlukan anda untuk mempunyai ilmu. Begitu juga dengan di mana anda ingin memasarkan produk anda.


Secara online?


Ada berapa banyak medium pemasaran online yang anda boleh pilih.


Kena pilih semua ke?


Anda tentukan berdasarkan siapa target audience anda.


Macam mana nak tentukan target audience?


Anda lihat pada masalah yang anda ingin selesaikan tadi.


Siapa yang ada masalah tersebut? Lelaki ke perempuan? Dalam lingkungan berapa umur mereka yang mempunyai masalah tersebut? Lokasi mereka samada masalah ini berlaku di bandar sahaja atau di semua kawasan?


Selepas anda kenal pasti semua itu, anda tentukan jenis marketing yang sesuai. Jangan sesekali sebut produk anda sesuai untuk semua orang. Memang Abam Peah bagi makan penampo! Hahaha


Banyak lagi sebenarnya Abam Peah nak cerita ni. Kita sambung dalam bahagian dua ye!





Comments


bottom of page