top of page

Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2

Updated: Jan 11, 2023

Artikel kali ini adalah sambungan daripada artikel sebelum ini yang Abam Peah kongsikan berkenaan cara buat produk sendiri. Macam abam ada mentioned sebelum ini, prosedur pembuatan produk tu anda tak perlu risau.


Sebabnya semua itu akan diuruskan oleh kilang OEM atau kilang produk jenama sendiri yang anda pilih. Apa yang abam kongsikan ini adalah berkenaan apa yang anda perlu buat sebelum anda pilih untuk keluarkan produk sendiri.


Okay. Jom sambung perkongsian kali ini!


Sambungan Cara Buat Produk Sendiri


3. Bentuk Pemasaran





Bila anda dah tahu medium pemasaran apa yang anda nak gunakan, anda perlu juga untuk tahu bentuk pemasaran yang sesuai dengan target audience anda. Masih blur nak pilih medium pemasaran apa?


Macam ni. Berapa usia target audience anda? Kalau golongan berumur 18-24 tahun, anda kena faham trend anak muda sekarang ramai di Tiktok dan juga IG. Umur 24-30 pun ramai yang prefer Tiktok dan IG.


Golongan atas 30 je yang ramai gunakan Facebook. Ada juga yang gunakan Tiktok. Tapi tak seramai di Facebook untuk golongan dalam usia ini. Jelas kan?


Kalau dah jelas, berdasarkan usia dan medium ini, anda boleh eksperimen dengan jenis bentuk pemasaran yang sesuai. Jika di Tiktok dan IG, pastikan anda lebihkan pemasaran dalam bentuk video atau reels.


Mereka yang berada di sini sangat kurang berminat jika anda promote produk anda dengan gambar semata-mata. Lebihkan pemasaran dalam bentuk video.


Bagi mereka yang berada di Facebook pula, anda boleh eksperimen dengan berbagai bentuk pemasaran samada bertulis, bergambar atau video.


4. Cara Closing



Cara Buat Produk Sendiri


Bila dah promote kaw-kaw, mestilah anda nak mereka membeli kan? Tapi, di mana medium yang paling sesuai untuk anda close pelanggan anda. Anda nak melayan menerusi WhatsApp atau anda nak automasikan semuanya menggunakan sistem pembayaran online?


Sama juga jawapan untuk soalan kali ini, anda perlu lihat siapa target audience anda. Kebiasaannya produk untuk mereka yang agak berumur, mereka agak kurang cekap jika anda nak minta mereka uruskan pembayaran sendiri di website.


Anda boleh cuba. Tapi mungkin mereka lebih senang berurusan secara personal menerusi WhatsApp. Mesti ada benda yang mereka nak tanya-tanya dulu sebelum buat pembayaran kan?


Nasihat Abam Peah, kalau anda baru lagi, cubalah secara personal terlebih dahulu. Bukan apa. Dari sini anda boleh belajar banyak perkara mengenai pelanggan ideal anda.


Anda boleh kenal pasti apa soalan yang boleh ditanya, soalan yang perlu dielakkan, apa yang membuatkan mereka berasa kurang yakin untuk membeli, apa yang buatkan mereka mudah nak membeli, apa yang buat mereka tertarik dengan produk anda, promosi macam mana yang sesuai, bahasa macam mana nak guna dan banyak lagi.


Dari sini barulah anda boleh dapatkan testimoni, trust dan banyak lagi informasi lain yang sangat berharga untuk bisnes anda. Dapatkan juga feedback daripada mereka untuk anda menambah baik produk dan bisnes anda.


5. Pilih Kilang Produk Jenama Sendiri





Abam Peah ada kongsikan berkenaan tips untuk memilih kilang produk jenama sendiri atau kilang OEM ini.



Kesimpulan untuk perkongsian cara buat produk sendiri kali ini, Abam Peah nasihatkan supaya anda benar-benar tahu apa yang anda nak buat. Apa yang anda nak produk anda selesaikan. Barulah anda mencari kilang OEM untuk buatkan produk anda.


Jika tidak, anda hanya akan membuang masa, tenaga dan wang anda untuk bersaing dalam market yang anda main terjah je. Kalau anda ada masalah dalam mana-mana bahagian cara buat produk sendiri yang abam kongsikan, klik je button di bawah.





Nanti team abam akan bantu anda.


Comments


bottom of page