top of page

Cleanser Jenama Sendiri - Brand, Trend & Marketing

Updated: Jan 11, 2023

Cleanser merupakan sebuah produk yang harus dipakai setiap hari untuk menyingkirkan kotoran sisa makeup, debu, dan bakteri penyebab jerawat. Namun, anda tidak boleh sebarang menggunakan cleanser.


Hal ini kerana jenis kulit akan memerlukan jenis cleanser yang berbeza dan perlulah sesuai digunakan pada kulit anda. Pemilihan cleanser yang salah akan menyebabkan masalah kulit seperti dehidrasi, jerawat, noda hitam dan lain-lainnya.


Jadi, inilah peluang buat anda untuk menghasilkan cleanser yang sesuai dan selamat buat mereka. Dalam perkongsian kali ini, Abam Peah nak kongsikan tips untuk anda hasilkan cleanser jenama sendiri.


Jenis-Jenis Cleanser Yang Anda Boleh Hasilkan


Berikut ialah 4 jenis cleanser yang Abam Peah dan senaraikan untuk anda:

  • Gel cleanser

  • Foam cleanser

  • Cream cleanser

  • Bar cleanser


Jadi, terpulanglah kepada anda nak buat jenis cleanser yang mana satu. Kalau tanya abam, abam lagi suka kalau anda hasilkan cleanser dalam bentuk tube sebab senang nak apply terus ke muka. Tak perlu nak potong sabun kecil-kecil. Renyah dan makan masa.


Kenapa Ramai Nak Buat Cleanser Jenama Sendiri


Selain daripada melihat kepada ramai founder yang menjadi kaya raya dengan menghasilkan produk sendiri, sebenarnya potensi pasaran adalah perkara yang paling menarik minat para usahawan ini.


Mungkin sebab inilah ramai yang berlumba-lumba untuk hasilkan cleanser sendiri. Tambahan pula, bukan semua orang mampu membeli jenama-jenama mahal yang terdapat di drugstore contohnya seperti Hada Labo dan Eucerin.


Selain itu, cleanser yang dijual di drugstore pula tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kulit. Ada sesetengah kes di mana ramai yang hadapi breakout lepas seminggu pakai produk di drugstore. Jadi, inilah peluang anda untuk hasilkan produk tempatan yang diyakini halal dan selamat kepada pengguna.


Tips Pilih Jenama Sendiri

Memandangkan sekarang dah ramai yang nak hasilkan cleanser jenama sendiri, ini ada sedikit tips yang Abam Peah nak kongsikan dengan anda. Pemilihan nama produk yang sesuai juga sangat penting apabila anda ingin mengeluarkan sesuatu produk.

Berikut ialah beberapa tips yang anda boleh ikut iaitu:

1. Mudah & Catchy

Jangan pilih nama yang sehinggakan terbelit lidah untuk orang ramai menyebutnya. Apa yang penting, nama brand anda perlulah catchy dan mudah untuk diingati. Barulah mudah untuk anda masuk ke dalam fikiran pelanggan anda.

2. Original

Pastikan nama yang anda pilih belum ada digunakan oleh orang lain. Hal ini adalah penting bagi mengelakkan isu seperti saman hak cipta dan sebagainya. Mudah untuk anda memeriksa samada ia telah digunakan atau tidak.

Anda boleh ke laman web myIPO dan SSM untuk check samada nama brand company anda dah digunakan atau belum. Anda juga boleh check di Google untuk melihat jika ada yang telah menggunakan nama tersebut.

3. Tweak & Blend

Ambil nama yang di translate dari bahasa Inggeris, kemudian tweak nama tu supaya nama jadi lebih unik dan mudah disebut.

Contohnya, KissBeau Cosmetics ialah hasil gabungan perkataan kiss dan beauty.

4. Ada Maksud

Apabila ada client atau customer tanya “Kenapa pilih nama ni?”, kita dah ada jawapan untuk kita sendiri.

5. Brainstorm

Listkan nama-nama yang terbaik, lepas tu buang nama yang kita rasa kurang sesuai.

Memang makan masa sikit bab nak pilih nama brand ni. Sebab kita nak brand kita ni long term dan boleh bawa bisnes sampai ke peringkat global.


Tips Untuk Trend


Sebelum anda keluarkan eyeliner jenama anda sendiri, pastikan anda dah kaji dahulu trend semasa. Lihat siapa trend setter di dalam industri ini. Dari sini, anda boleh tahu beberapa perkara yang dikehendaki pengguna seperti:

  • Jenis

  • Saiz

  • Kesan

  • Harga

  • Packaging

Barulah anda boleh proceed untuk mendapatkan sampel daripada kilang cleanser jenama sendiri seperti Kilang Abam Peah ni. Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan berbagai jenis produk kosmetik.

Baca Sini :


Tips Marketing Kosmetik Jenama Sendiri


Sebagai bakal founder, anda perlu ketahui ilmu-ilmu marketing, terutamanya tentang pelancaran produk. Di bawah ni, Abam Peah nak share tips penting dalam marketing apa yang perlu anda buat dan apa yang perlu anda elak.


Pertama, jangan kedekut untuk mengeluarkan bajet untuk marketing. Tanpa marketing, susah bisnes anda nak berjalan. Tak kisahlah samada low cost marketing, paid marketing atau marketing menggunakan ejen, anda perlu belajar macam mana nak buat marketing tu.


Kedua, jangan ingat ada modal dan produk, semua benda akan berjaya. Berapa ramai abam lihat yang tak berjaya sebab tak sediakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang sepatutnya.


Ketiga, dapatkan testimoni sebanyak mungkin untuk meyakinkan pengguna. Caranya mudah je. Berikan sample atau tester kepada mereka yang terdekat atau mereka yang sudi untuk mencuba produk anda.


Nak tahu lebih lanjut berkenaan kesemua tips ini tak susah. Anda boleh terus berurusan dengan Abam Peah dan team dengan klik button di bawah. Kami akan bantu anda.




Comments


bottom of page