top of page

Cleanser Paling Sesuai Untuk Jenis Kulit Anda

Updated: Jan 11, 2023

Siapa yang tidak inginkan kulit wajah yang lembut, halus dan berseri?


Pastinya semua inginkan kulit yang sempurna begini, dan untuk itu rutin penjagaan kulit yang terbaik perlu diutamakan.


Tak kisahlah samada anda mempunyai kulit muda atau matang, langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit adalah dengan membersihkannya menggunakan cleanser atau pencuci muka.


Untuk keberkesanan yang terbaik, anda perlu menggunakan cleanser yang paling sesuai dengan anda.


Ye lah, takut nanti makin teruk pula kulit anda bila guna cleanser yang tidak sesuai dengan jenis kulit anda.

.

Fungsi Cleanser

.

Cleanser atau pencuci muka ini merupakan produk penjagaan kulit yang penting untuk setiap individu dalam menjaga kesihatan kulit muka.


Ia berfungsi dengan menghilangkan sel kulit mati, habuk, minyak, peluh, sebum, solekan, dan kotoran lain daripada kulit untuk membersihkan liang pori tersumbat.


Cleanser juga bertindak sebagai rawatan jerawat yang paling asas untuk kulit berjerawat, kemerahan, dan masalah kulit lain yang berpunca daripada kotoran luar.

.

Jenis Kulit

.

Sebelum memilih cleanser untuk disertakan dalam rutin penjagaan kulit anda, pertama sekali anda perlu kenalpasti dahulu jenis kulit anda.


Ini untuk pastikan cleanser yang anda pilih itu sesuai dengan kulit anda dan dapat mengekalkan kesihatannya.


Terdapat 5 jenis kulit yang utama iaitu kulit normal, berminyak, kering, kombinasi, dan sensitif.


Berikut adalah cara untuk mengenalpasti jenis kulit berdasarkan penampilan kulit.

.

1. Kulit normal

.

  • Tidak berminyak atau kering

  • Liang pori yang kecil

  • Sedikit ketidaksempurnaan

  • Tidak sensitif

.

2. Kulit berminyak

.

  • Liang pori yang besar

  • Kulit muka tampak berkilat

  • Jerawat, blackhead, whitehead, dan ketidaksempurnaan lain

.

3. Kulit kering

.

  • Liang pori tidak kelihatan

  • Tompokan merah

  • Kulit muka kusam

  • Banyak garisan halus dan kedutan

  • Kulit kurang anjal

.

4. Kulit kombinasi

.

  • Kulit berminyak pada sesetengah bahagian muka, kering pada sesetengah bahagian lain, dan normal pada bahagian lain

  • Biasanya bahagian “zon-T” akan lebih berminyak (dahi, hidung, dan dagu) dan bahagian lain adalah normal atau kering.

.

5. Kulit sensitif

.

Biasanya kulit sensitif akan bertindak balas dengan keadaan sekeliling. Antara simptomnya adalah:


  • Kemerahan

  • Kegatalan

  • Keradangan

  • Kekeringan

.

Cleanser Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit Muka

.

Kalau anda nak tahu cleanser yang anda guna tu sesuai atau tidak dengan kulit muka anda, anda patut rasa bersih, lembut, dan tidak berlaku iritasi pada kulit semasa dan selepas mencuci muka.


Setiap jenis kulit akan mempunyai tindak balas berbeza terhadap pencuci muka dan bahan tertentu dalam cleanser, jadi penting untuk anda gunakan cleanser yang sesuai dengan kulit muka anda.

.

.

1. Cleanser untuk kulit normal

.

Bahan terbaik dalam cleanser untuk kulit normal adalah retinol, asid salisilik, vitamin C, dan bahan pengelupas kimia.


Bahan-bahan ini menggalakkan pembaharuan sel kulit, meningkatkan hidrasi, dan melembutkan kulit untuk mengekalkan kesihatannya.

.

2. Cleanser untuk kulit berminyak

.

Untuk mengurangkan minyak, kilat muka, dan mengelakkan jerawat, anda boleh gunakan cleanser yang mengandungi benzoyl peroksida, asid salisilik, dan asid glikolik.


Bahan-bahan ini boleh menghilangkan minyak berlebihan daripada laing pori anda.


Minyak pokok teh juga merupakan bahan semulajadi yang boleh menghilangkan minyak dan melawan bakteria.


Semua bahan ini juga boleh membantu mengatasi masalah blackhead dan whitehead.

.

3. Cleanser untuk kulit kering

.

Anda perlu menggunakan cleanser yang mengembalikan hidrasi dan melembabkan kulit jika anda mempunyai kulit kering.


Elakkan daripada menggunakan skrub fizikal atau pencuci muka dengan butiran mikro kerana ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit kering anda.


Sebaliknya gunakan cleanser yang bebas wangian, hipoalergenik, bebas paraben, dan bebas sabun untuk memastikan tidak berlaku iritasi pada kulit anda semasa mencuci.

.

.

Kesimpulan

.

Untuk memilih cleanser dengan bijak, anda harus kenalpasti jenis kulit muka anda dahulu supaya cleanser yang anda pilih itu tidak memberikan kesan negatif kepada kulit anda.


Barulah boleh kekalkan penampilan anda yang menarik dan berseri kan?


Kalau anda mempunyai masalah kulit yang teruk, anda perlu dapatkan nasihat pakar dermatologi untuk menentukan rutin penjagaan kulit yang sesuai dengan anda.


Sampai di sini saja perkongsian kami mengenai cleanser paling sesuai untuk jenis kulit muka anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.


Oh. Kalau anda nak keluarkan cleanser jenama sendiri, team Abam Peah boleh bantu. Apapun, Abam Peah ada sediakan sedikit panduan khas untuk anda. KLIK BUTTON DI BAWAH.




Comments


bottom of page