top of page

Eyeliner Jenama Sendiri - Macam Mana Nak Buat?

Updated: Jan 11, 2023

Selalu kita dengar banyak founder yang buat lipstik dan foundation kan? Sebenarnya boleh je kalau anda nak buat eyeliner jenama sendiri. Untuk perkongsian kali ini, Abam Peah nak kongsikan tips dan prosedur yang anda perlu tahu.


Eyeliner juga adalah alatan asas dan wajib ada selain lipstik dan foundation. Eyeliner membuat garis mata anda nampak lebih besar.





Selalunya wanita yang memakai full makeup beserta eyeshadow, mereka akan padankan dengan eyeliner. Hal ini kerana, pemakaian eyeliner akan membuat warna eyeshadow lebih indah dan menawan. Meskipun tanpa eyeshadow, bentuk mata anda akan lebih besar jika memakai eyeliner.


Eyeliner Pon Ada Banyak Jenis Ke?


Ya.. jangan ingat bedak je banyak jenis. Eyeliner pun mempunyai pelbagai bentuk dan jenis yang banyak dijual di pasaran. Antara jenis-jenis eyeliner yang menjadi pilihan adalah :

  • Eyeliner pensil

  • Eyeliner gel

  • Eyeliner pen

  • Eyeliner cair

  • Eyeliner stamp


Jadi, terpulanglah kepada anda nak buat jenis eyeliner yang mana satu. Kalau tanya Abam Peah, abam akan pilih untuk buat brand eyeliner jenis stamp. Nak tahu sebab apa? Sebab abam tengok ramai yang meninggalkan feedback mereka lebih selesa dengan jenis tersebut dan menjadi trend masa kini.


Tekap-tekap sikit dah jadi dah. Senang kan.


Kenapa Ramai Nak Buat Eyeliner Jenama Sendiri?



Eyeliner Jenama Sendiri



Melihat ramai founder produk kecantikan mahupun jamu dan kesihatan ‘kaya raya’ dengan bisnes mereka. Abam tahu mesti ramai yang nak pasang angan-angan untuk buat produk jenama sendiri bukan?


Mungkin sebab inilah ramai yang berlumba-lumba untuk hasilkan eyeliner jenama sendiri. Tambahan lagi, tidak semua orang mampu membeli jenama-jenama yang famous contohnya seperti Sephora dan Mac Cosmetics.


Selain itu, jenama terkenal juga masih diragui tentang status halalnya juga. Jadi, ini adalah peluang anda untuk hasilkan produk tempatan yang diyakini halal dan selamat kepada pengguna.


Tips Pilih Jenama Sendiri


Eyeliner Jenama Sendiri


Memandangkan sekarang dah ramai yang nak hasilkan produk sendiri, ini ada sedikit tips yang Abam Peah nak kongsikan dengan anda. Pemilihan nama produk yang sesuai juga sangat penting apabila anda ingin mengeluarkan sesuatu produk.

Hal ini kerana nama merupakan cerminan sesuatu produk.

Pertama sekali, pastikan nama brand kita itu belum ada orang lain atau company lain gunakan. Cara nak check mudah je. Anda boleh ke laman web myIPO dan SSM untuk check samada nama brand/ produk/ company kita tu dah digunakan atau belum.

Anda juga boleh check dengan masuk ".com" dihujung nama tu. Selain itu, cuba tweak dan blend nama brand kita supaya nampak lagi unik. Ambil nama yang di translate dari bahasa Inggeris, kemudian tweak nama tu supaya nama jadi lebih unik dan mudah disebut.

Contohnya, SunKay ialah hasil nama tweak gabungan Matahari dan Okay.


Tips Untuk Trend





Sebelum anda keluarkan eyeliner jenama anda sendiri, pastikan anda dah kaji dahulu trend semasa. Lihat siapa trend setter di dalam industri ini. Dari sini, anda boleh tahu beberapa perkara yang dikehendaki pengguna seperti:

  • Warna

  • Tekstur

  • Packaging

  • Kesan

Barulah anda boleh proceed untuk mendapatkan sampel daripada kilang eyeliner jenama sendiri seperti Kilang Abam Peah ni. Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan berbagai jenis produk termasuklah eyeliner dan produk kosmetik yang lain.


Tips Marketing Kosmetik Jenama Sendiri





Sebagai bakal founder, anda perlu ketahui ilmu-ilmu marketing, terutamanya tentang pelancaran produk. Di bawah ni, Abam Peah ada nak share tips penting dalam marketing apa yang perlu anda buat dan apa yang perlu anda elak.

Pertama, jangan kedekut untuk mengeluarkan bajet untuk marketing. Tanpa marketing, susah bisnes anda nak berjalan. Tak kisahlah samada low cost marketing, paid marketing atau marketing menggunakan ejen, anda perlu belajar macam mana nak buat marketing tu.

Kedua, jangan ingat ada modal dan produk, semua benda akan berjaya. Berapa ramai abam lihat yang tak berjaya sebab tak sediakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang sepatutnya.

Ketiga, dapatkan testimoni sebanyak mungkin untuk meyakinkan pengguna. Caranya mudah je. Berikan sample atau tester kepada mereka yang terdekat atau mereka yang sudi untuk mencuba produk anda.

Kalau nak tahu banyak lagi, Abam Peah cadangkan anda untuk terus hubungi team abam. Mereka akan bantu daripada awal pembuatan produk sehinggalah penyediaan bahan pemasaran. Kiranya bila produk siap, dah boleh terus jual. Best kan?






Comments


bottom of page