5 Resepi Homemade Cleanser - Anda Boleh Buat Sendiri
- Abam Peah
- Sep 2, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Kesihatan kulit muka semestinya menjadi keutamaan buat mereka yang mementingkan penampilan wajah.
Anda juga pasti mahukan wajah anda kekal cantik dan berseri setiap masa bukan?
Biarpun untuk diri sendiri mahupun untuk tatapan orang yang tersayang.
Lagi-lagi untuk para isteri, mesti inginkan suami sentiasa terpesona dengan kecantikan wajah anda.
Barulah tak pandang orang lain. Eh.
Di luar sana, banyak jenis cleanser yang anda boleh dapati daripada kedai-kedai runcit dan supermarket dalam pelbagai jenama.
Haa apa kata lepas ini anda cuba buat cleanser anda sendiri?
Nanti bila jiran-jiran tanya “Apa rahsia kulit muka kau berseri-seri ni?”, barulah boleh bangga sikit dengan cleanser buatan sendirian berhad. Hahaha.
Tak tahu cara nak buat cleanser sendiri?
Jangan risau, sebab itu lah kami nak berkongsi dengan anda kali ini.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan kepada anda step-by-step cara nak buat 5 homemade cleanser dengan mudah menggunakan bahan yang sedia ada di rumah anda.
Jom baca setiap satu resepi rahsia ini.
.
Resepi Homemade Cleanser Sendiri
.
1. Susu
.
Susu mengandungi asid laktik yang membuatkannya sesuai dijadikan cleanser untuk membantu membuang sel kulit mati dan membersihkan liang pori tersumbat.
Cara-cara menggunakan susu sebagai cleanser adalah seperti berikut.
Ambil bola kapas dan celupkan ke dalam susu.
Sapu ke seluruh muka sampai rata dalam gerakan membulat.
Bilas dengan air suam. Jangan terlalu panas, suam-suam kuku je.
Ulang setiap hari untuk mendapatkan kulit yang bersih dan subur.
.
.
2. Tomato
.
Kalau anda nak tahu, tomato mengandungi beberapa vitamin dan nutrien yang bagus untuk kesihatan kulit anda.
Ia mungkin boleh membantu anda mendapatkan kulit cerah berseri idaman anda.
Bagaimana cara menggunakan tomato sebagai cleanser? Ikut langkah yang berikut.
Potong sebiji tomato separuh-separuh.
Gosok tomato yang dipotong tadi perlahan-lahan ke seluruh kawasan muka.
Biarkan selama 5 hingga 10 minit.
Bilas dengan air dan anda akan dapat rasakan kulit anda semakin licin, lembut, dan kelihatan anjal.
.
3. Madu
.
Ini bukan madu payung emas ya. Dalam resepi ini kita akan gunakan madu lebah.
Madu sebenarnya kaya dengan antioksidan yang bukan hanya menenangkan kulit, malah boleh membantu mengurangkan masalah jerawat.
Ia mencerahkan kulit anda tanpa menghilangkan semua minyak semulajadi kulit.
Ikut langkah yang berikut untuk memanfaatkan khasiat madu sebagai homemade cleanser.
Basahkan kulit muka anda.
Ambil separuh sudu madu asli dan sapukan perlahan-lahan pada seluruh kawasan muka yang lembab.
Bilas menggunakan air suam.
Keringkan muka anda menggunakan tuala lembut. Anda akan dapati kulit anda lebih segar dan lembut.
.
Baca Juga: Elakkan 4 Bahan Ini Dalam Cleanser Anda!
.
4. Ubi kentang
.
Selain kaya dengan manfaat sebagai masakan, ubi kentang juga baik untuk digunakan pada permukaan kulit anda.
Ia penuh dengan sumber zat besi dan vitamin C untuk membantu mengurangkan jeragat, sunburn, tompok hitam, garisan halus, dan kulit kusam.
Cara-cara menggunakan ubi kentang adalah seperti berikut.
Ekstrak jus daripada sebiji ubi kentang bersaiz sederhana.
Sapu dan urut jus tersebut ke seluruh muka dan leher dalam pergerakan membulat.
Biarkan sampai kering sekitar 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air.
.
5. Cuka cider epal
.
Cuka cider epal mempunyai banyak manfaat kesihatan, termasuklah kesihatan kulit anda.
Ia boleh mencerahkan kulit sekaligus menghilangkan jerawat pada muka anda.
Tapi sebelum anda gunakan pada muka, cuba test pada kulit leher atau bahagian dalam siku anda dahulu untuk pastikan ia tidak menyebabkan iritasi pada kulit anda.
Cara menggunakan cuka cider epal adalah seperti berikut.
Cairkan cuka tersebut dalam nisbah 1:2 dengan air.
Titikkan beberapa titik cuka yang telah dicairkan tadi ke atas muka dan sapu perlahan-lahan untuk membuang sebarang debu, peluh, atau minyak.
Bilas dengan air sejuk.
.
Kesimpulan Homemade Cleanser
.
Mudah kan cara nak buat homemade cleanser yang disebut tadi?
Apa tunggu lagi, terus saja capai bahan-bahan tadi dan cuba lakukan sendiri di rumah hari ini.
Sampai di sini saja perkongsian kami tentang 5 homemade cleanser anda boleh buat sendiri kali ini. Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.
Oh. Kalau anda nak keluarkan cleanser jenama sendiri, team Abam Peah boleh tolong. Klik button dibawah untuk dapatkan 30 minit konsultansi percuma.
.
Comments