top of page

10 Khasiat Garam Bukit Untuk Kesihatan Anda - Part 1

Updated: Jan 12, 2023

Rupanya garam bukit ni berbeza dengan garam yang biasa. Jadi, khasiat garam bukit juga berbeza dengan garam biasa.


Yelah, namanya pun dah berbeza, semestinya tidak sama kan.


Jadi persoalannya sekarang ini, apakah khasiat garam bukit ni?


Dalam perkongsian kali ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang beberapa khasiat garam bukit yang mungkin ramai belum tahu.


Garam bukit sebenarnya merupakan sejenis mineral yang terhasil daripada sebatian natrium klorida yang diekstrak daripada garam bawah tanah.


Garam yang terjual di pasaran perlu melalui proses penapisan untuk menyingkirkan bendasing supaya yang tinggal hanyalah natrium klorida sahaja.


Selepas proses ini, agen anti ketulan ditambahkan untuk meningkatkan kelembapannya serta iodin ditambah bersama mineral ini.


Kalau anda tidak pernah melihat rupa garam bukit ini, ia merupakan garam yang berwarna merah jambu.


Ia diekstrak daripada Lombong Garam Khewra yang terletak berdekatan kawasan Himalaya di Pakistan.


Nutrien Dalam Garam Bukit


Terdapat persamaan dalam kandungan garam bukit dan garam biasa iaitu kedua-duanya mengandungi natrium klorida.


Namun garam bukit mengandungi 84 mineral dan unsur surih tambahan yang membuatkannya istimewa.


Garam bukit juga mengandungi mineral seperti kalsium, kalium, magnesium dan zat besi yang lebih tinggi berbanding garam biasa.


Berikut adalah kandungan nutrien yang terdapat dalam setiap 100mg garam bukit:


  • Kalsium: 1.6mg

  • Kalium: 2.8mg

  • Magnesium: 1.06mg

  • Zat besi: 0.0369mg

  • Natrium: 368mg


Khasiat Garam Bukit


1. Khasiat Garam Bukit - Membantu menyingkirkan toksin


Semestinya anda pernah dengar tentang proses detox bukan?


Detoks atau detoksifikasi ini adalah proses untuk menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan anda.


Toksin dalam badan boleh menyebabkan anda berasa letih, berat badan naik, sembelit, muka berjerawat, dan mood swing.


Salah satu cara untuk menyingkirkan toksin adalah dengan menggunakan garam bukit.


Ia dicampurkan dengan air dan dan diminum sebagai agen detoks kerana mengandungi mineral seperti magnesium, sulfida, kalsium sulfida, kalsium klorida, dan kalium klorida.


Air garam bukit yang melalui saluran pencernaan akan menyingkirkan toksin yang terdapat dalam badan dan menggantikannya dengan mineral yang berkhasiat untuk badan.



2. Mengandungi natrium yang lebih rendah


Garam biasa dihasilkan melalui pelbagai proses dan telah ditambahkan dengan bahan pengawet.


Ini menyebabkan kandungan natriumnya lebih tinggi berbanding kandungan garam bukit.


Natrium yang tinggi boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular.


Sebaliknya, garam bukit mengandungi mineral penting lain dalam kandungan yang lebih tinggi.


Antara mineral yang terkandung dalam garam bukit adalah iodin yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan, membantu usus untuk menyerap nutrisi, dan menurunkan tekanan darah.


3. Khasiat Garam Bukit - Mengekalkan hidrasi badan


60% daripada keseluruhan komposisi badan anda terdiri daripada air dan ianya penting untuk kelangsungan hidup.


Air memastikan anda sentiasa sihat dan cergas.


Badan anda memerlukan air untuk mengawal suhu badan terutamanya ketika melakukan aktiviti fizikal yang lasak dengan mengeluarkan peluh.


Anda boleh mengalami dehidrasi jika badan anda tidak mempunyai air yang cukup untuk menghasilkan peluh.


Untuk mengembalikan hidrasi dengan berkesan, air garam bukit adalah cara yang sangat baik terutamanya selepas bersukan.


Air garam bukit boleh mengembalikan mineral dan elektrolit yang hilang semasa anda bersukan melalui peluh.


4. Melancarkan pencernaan


Penghasilan enzim dan keseimbangan kadar pH dalam sistem pencernaan adalah penting untuk membantu badan anda mencerna makanan dengan baik.


Setiap bahagian dalam sistem pencernaan perlu mempunyai kadar pH yang berbeza bergantung kepada fungsi bahagian tersebut.


Contohnya, air liur yang penting untuk mencerna makanan berkanji dan memudahkan ia diserap melalui saluran pencernaan, memerlukan kadar pH 6.5 hingga 7.5.


Garam bukit mengandungi mineral seperti natrium, kalium, klorida, dan bikarbonat yang sangat membantu untuk mengawal keseimbangan asid-alkali dalam sistem badan.


Kesimpulannya, garam bukit boleh membantu proses pencernaan secara tidak langsung.



5. Membantu anda tidur dengan nyenyak


Siapa sangka garam boleh membantu anda mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.


Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa badan anda akan mengalami tindak balas biokimia sekitar pukul 2 hingga 4 pagi.


Ini kerana tahap hormon stress yang tinggi boleh menyebabkan tidur anda terganggu.


Kekurangan garam dalam diet anda boleh menyebabkan kadar darah dalam sistem simpatetik berkurangan dan mendorong badan anda untuk menghasilkan adrenalin.


Jadi jika anda mengalami masalah kesukaran tidur, anda boleh tambahkan sedikit garam bukit ke dalam menu pemakanan anda untuk membantu anda tidur dengan lebih baik.



Kesimpulan Khasiat Garam Bukit


Menarik juga kan khasiat yang dapat diperoleh daripada garam bukit sebenarnya?


Kalau anda rasa info ini menarik, pastikan anda sambung baca di bahagian seterusnya kerana kami akan kongsikan beberapa lagi khasiat garam bukit yang tidak kurang menariknya.







Comments


bottom of page