10 Khasiat Garam Bukit Untuk Kesihatan Anda - Part 2
- Abam Peah
- Oct 15, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Jika anda dah baca part 1 untuk artikel ini, anda pasti dah tahu bahawa garam bukit adalah berbeza dengan garam biasa.
Ia juga mempunyai manfaat yang banyak untuk kesihatan.
Baca Disini : 10 Khasiat Garam Bukit - Part 1
Dalam perkongsian kali ini, kami akan jelaskan beberapa lagi khasiat garam bukit yang mungkin anda belum tahu.
Kandungan garam bukit terdiri daripada 40% natrium dan 60% klorida.
Natrium adalah elektrolit yang akan menarik dan menyimpan air yang berada di dalam dan di luar badan.
Badan anda juga memerlukan natrium untuk mengekalkan kesihatan fungsi otot dan saraf.
Klorida pula adalah elektrolit yang berada dalam darah untuk membantu mengawal jumlah cecair yang dihantar kepada sel badan supaya seimbang.
Ia juga bertindak bersama natrium dan kalium untuk mengekalkan homeostasis dalam badan.
Khasiat Garam Bukit
1. Penting untuk kesihatan kulit
Berita baik untuk anda yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit, garam bukit boleh membantu anda mencantikkan kulit anda.
Anda boleh gunakan garam bukit sebagai bahan untuk dijadikan skrub muka dengan mencampurkannya bersama minyak badam dan minyak untuk melembapkan kulit wajah.
Skrub ini sangat berguna untuk exfoliate kulit anda, atau menanggalkan sel-sel kulit mati daripada permukaan kulit dan menggalakkan pembaharuan sel baru.
Skrub garam bukit ini juga boleh membantu menghilangkan garis halus atau kedutan pada wajah akibat penuaan.
2. Membersihkan udara
Selain digunakan sebagai makanan dan bahan produk penjagaan kulit, ia juga boleh digunakan untuk purify atau membersihkan udara sekeliling.
Anda mungkin pernah jumpa lampu yang diperbuat daripada garam bukit yang menjadi hiasan di atas meja kopi dan sebagainya.
Dikatakan lampu ini mampu meningkatkan kualiti udara di sekelilingnya dan mencegah tindak balas alahan.
Ini kerana garam bukit bersifat “hygroscopic” iaitu ia akan menyerap air atau kelembapan daripada udara sekeliling.
Oleh itu ia dapat membantu mengurangkan kadar pertumbuhan kulat dan alahan.
3. Menenangkan jiwa
Selain membersihkan udara, lampu garam bukit juga boleh memberikan ketenangan kepada anda.
Berbeza dengan pendedahan kepada “blue light” yang dipancarkan daripada skrin telefon pintar, komputer dan TV, cahaya yang dihasilkan oleh lampu garam bukit memberikan ios bercaj negatif seperti ion persekitaran semulajadi.
Apabila badan anda terdedah dengan ion bercaj negatif, ia akan menggalakkan penghasilan serotonin iaitu “hormon gembira”.
Ini akan membuatkan anda rasa lebih tenang dan tenteram terutamanya jika anda sering menghabiskan masa di depan skrin telefon dan komputer.
Serotonin juga membantu anda mengurangkan tekanan perasaan yang boleh membuat anda rasa murung.
4. Merawat kesakitan otot
Satu lagi ciri-ciri garam bukit yang baik untuk kesihatan, iaitu ia bersifat anti-radang dan dapat melegakan inflamasi.
Jika anda mengalami sengal otot, anda boleh merendam bahagian otot yang terjejas ke dalam air garam bukit untuk mengurangkan rasa sengal, seeloknya gunakan air suam.
Garam bukit mengandungi magnesium iaitu mineral yang diserap oleh badan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan tisu penghubung yang boleh menyebabkan rasa sengal jika terjejas.
5. Melancarkan pernafasan
Untuk sesiapa yang mengalami masalah pernafasan, terdapat kajian yang mendapati bahawa terapi garam bukit boleh membantu anda melancarkan pernafasan.
Apabila anda menghirup bau garam bukit, partikel garam akan diserap terus ke dalam saluran pernafasan.
Partikel ini boleh membersihkan saluran pernafasan daripada partikel berbahaya yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
Dengan ini, saluran pernafasan anda akan menjadi lebih luas dan memudahkan anda untuk bernafas.
Garam bukit yang bersifat anti-bakteria dan anti-virus juga boleh mencegah jangkitan bakteria dan virus daripada paru-paru anda.
Kesimpulan Khasiat Garam Bukit
Jika anda ingin menambahkan garam bukit ke dalam diet harian anda, pastikan anda tidak mengambil garam bukit secara berlebihan.
Ini kerana pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
Buah pinggang anda juga akan merana untuk memproses kandungan garam yang berlebihan dalam badan.
Oh. Kalau anda nak hasilkan suplemen berasaskan bahan-bahan tertentu, kilang Abam Peah ada offer menarik untuk anda.
Untuk info lanjut, klik button di bawah.
Comments