top of page

Kilang Jenama Sendiri Penipu? Biar Betul Geng!

Updated: Jan 11, 2023

Sejak kebelakangan ini, kita boleh lihat satu trend di mana ramai yang mengeluarkan produk jenama sendiri. Macam-macam jenama ada. Di sebalik kerancakan kemunculan jenama-jenama ini, rancak juga khabar angin yang mengatakan kilang jenama sendiri penipu.





Kenapa pula ye ada yang cakap macam tu? Berdasarkan pemerhatian Abam Peah, mereka yang berkata sedemikian adalah netizen yang tertukar dengan kilang produk timbang kilo yang tidak berlesen dan berdaftar.


Kilang produk timbang kilo ini wujud sebab ada founder yang cuba mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. Sebagai contoh produk kecantikan. Ramai yang ada masalah parut jerawat, jadi mereka ini memilih kilang yang menggunakan bahan yang salah dan murah yang mampu memberikan kesan segera kepada pengguna.


Tapi, kesan segera ini turut memberikan risiko terhadap kesihatan dan keselamatan pengguna. Sebab itulah bila ada list yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), banyak produk yang "sangkut".


“Jadi betul kan kilang jenama sendiri penipu?”



Kilang Jenama Sendiri Penipu


Eh. Tak boleh nak hukum macam tu. Banyak sebenarnya kilang jenama sendiri ini yang sah, berdaftar dan mempunyai pengesahan daripada jabatan-jabatan penting negara seperti daripada KKM, JAKIM, dan lain-lain.


Kilang yang menipu tersebut memang dari awal fokus kepada keuntungan dengan cara yang salah sahaja. Selain itu, ada juga mereka yang memilih untuk berurusan dengan kilang-kilang tersebut.


Kalau semua yang nak jadi founder telus dalam bisnes mereka, pasti mereka tidak akan support kilang yang menyediakan “racun” kepada para pengguna. Tapi, boleh jadi juga mereka yang ingin mengeluarkan produk jenama sendiri tak tahu apa prosedur yang perlu dilakukan sebelum berurusan dengan mana-mana kilang.


Akhirnya mereka tanpa sengaja tersilap dalam memilih kilang jenama sendiri penipu ini. Abam Peah sebenarnya ada kongsikan tips bagaimana untuk memilih kilang produk jenama sendiri dalam perkongsian sebelum ini.



Kenapa Perlukan Kilang Jenama Sendiri?


Mungkin anda sendiri tertanya-tanya kalau ramai yang mengatakan kilang jenama sendiri penipu, kenapa mereka yang ingin keluarkan produk sendiri tak buat sendiri je semua kan? Ada sebabnya.


1. Kos Setup Kilang





Kalau nak buat produk sendiri kena setup kilang sendiri dulu, memang tak ramai yang dapat bermula. Kebanyakan mereka yang memilih untuk keluarkan jenama sendiri tidak mempunyai modal yang besar.


Sekalipun ada modal besar, risiko yang perlu ditanggung adalah sangat tinggi jika produk mereka tidak berjaya menembusi pasaran. Jadi, lebih baik berurusan dengan kilang sedia ada kan?


2. Pasukan dan Makmal R&D





R&D (research and development) merupakan elemen terpenting di dalam sesebuah kilang jenama sendiri yang sah. Dengan mempunyai pasukan R&D yang terdiri daripada pasukan penyelidik dan makmal penyelidikan, barulah sesebuah kilang itu dapat mengeluarkan produk yang berkesan dan selamat.


Bayangkan jika mereka yang baru sahaja ingin memulakan bisnes jenama sendiri perlu untuk mengupah para penyelidik ini dan menyediakan makmal penyelidikan khas, agak-agak berapa modal permulaan yang mereka perlu laburkan?


3. Teknologi dan Mesin





Apa jadi agaknya jika anda ingin mengeluarkan produk jenama sendiri dan anda perlu mengeluarkan modal permulaan yang sangat besar untuk membeli mesin terkini dan menggunakan teknologi terkini untuk bisnes anda?


Sesetengah mesin anda perlu untuk membayar cash. No hutang-hutang. Produk belum keluar lagi tapi modal dah terlalu banyak dikeluarkan. Sebab itulah ramai pemilik bisnes yang baru bermula memilih untuk mendapatkan servis daripada kilang jenama sendiri.


Bila bisnes dah stabil, nak buka kilang sendiri pun tiada masalah. Nak berbisnes, kena bijak memanfaatkan peluang sekeliling dan kena bijak menggunakan modal yang ada.


Sesiapa yang ingin mulakan produk jenama sendiri, jangan tersalah pilih kilang jenama sendiri penipu. Kalau nak selamat, hubungi team Abam Peah. Boleh dapatkan consultation daripada team dulu. Kalau rasa tak sesuai, abam tak paksa. Abam siap boleh recommend lagi kilang lain.


Untuk informasi lanjut, klik button di bawah.






Comentarios


bottom of page