top of page

Kilang OEM - 4 Tips Pilih Kilang Terbaik

Updated: Jan 11, 2023

Kilang OEM merupakan pilihan terbaik bagi anda yang ingin mengeluarkan produk brand sendiri. Namun, terdapat terlalu banyak kilang OEM di luar sana. Banyak juga iklan-iklan di media sosial yang mempromosikan penghasilan produk sendiri.


Sampaikan terus tak tahu nak pilih kilang yang mana!





Jangan risau. Sekalipun untuk menghasilkan produk anda sendiri pada peringkat awalnya sangat mencabar, jika anda berjaya mencari kilang yang tepat, semua ini bukan lagi masalah untuk anda.


Kilang terbaik akan membantu anda daripada awal sehingga anda berjaya dengan produk yang dihasilkan.


Jom baca perkongsian Abam Peah kali ini mengenai tips pemilihan kilang OEM terbaik.


Tips Pemilihan Kilang OEM Terbaik


1. MOQ Rendah



Kilang OEM


Seperti di kilang OEM milik Abam Peah, kami menawarkan minimum order quantity (MOQ) yang rendah. MOQ adalah kuantiti minimum yang anda perlu order dengan kilang. Kadang-kadang seram bila tengok MOQ kilang-kilang ni. Sampai ribuan unit untuk order minimum dan caj yang dikenakan pula terlalu mahal untuk anda yang baru bermula.


Pilih MOQ yang paling sesuai dengan bajet anda atau anda boleh bertanyakan dahulu kepada kilang tersebut samada bajet anda tersebut sesuai atau tidak untuk bermula. Hal ini kerana jika bajet anda terlalu rendah, kos per unit akan menjadi sangat mahal.


Jika kos mahal, berapa pula harga jual anda kan?


Harga jual yang terlalu tinggi akan menyukarkan anda untuk menembusi pasaran apatah lagi untuk kekal bersaing dalam pasaran. Sebab itulah MOQ ditetapkan. Jelas?


2. Ejen Jualan



Kilang OEM


Setiap kilang pasti ada ejen jualan mereka sendiri. Macam di kilang Abam Peah, ejen-ejen jualan abam semuanya ramah-ramah. Ye la. Macam abam.


Bukan sekadar ramah, malah ejen-ejen jualan ini juga perlulah mempunyai kemahiran dalam pemasaran dan perniagaan supaya mereka dapat membantu anda memilih produk yang paling sesuai untuk masuk ke dalam pasaran.


Sebagai contoh, mereka perlu tahu apa yang sedang in demand, bakal “meletop” dan jika anda mempunyai idea produk yang unik, mereka mampu membantu anda untuk merealisasikannya.


3. Kelulusan KKM





Ramai pengeluar produk sendiri yang terlebih excited sewaktu nak bermula sampai terlupa untuk memeriksa apa yang paling penting untuk sebarang produk yang ingin dihasilkan iaitu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Kalau kilang tu sendiri tak mempunyai kelulusan, macam mana anda nak yakin bahawa produk yang dihasilkan untuk anda tersebut selamat dan tidak mempunyai bahan-bahan merbahaya? Di kilang abam, itulah perkara pertama yang abam utamakan.


4. Bahan Marketing





Bukan calang-calang kilang OEM yang mampu menawarkan bahan marketing kepada anda yang ingin membuat produk sendiri. Barulah mudah untuk anda yang baru bermula untuk terus menjual.


Macam di kilang abam, abam akan siapkan dengan design packaging sekali ye. Memang niat abam untuk memudahkan mereka yang ingin bermula dengan produk sendiri ini.


Sebab itulah khas untuk anda semua, abam ada promosi istimewa bagi anda yang ingin mengeluarkan produk anda sendiri. Semuanya akan disiapkan untuk anda. Dah siap, boleh terus jual.


Untuk info lanjut berkenaan promosi ini, anda boleh klik butang di bawah.






Comments


bottom of page