Kilang OEM Johor - Abam Peah Holdings
- Abam Peah
- Aug 17, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Percaya tak, kalau sebut sesiapa yang mencari Kilang OEM Johor, Abam Peah Holdings turut menjadi sebutan. Eh? Bukan Abam Peah ni Kilang OEM Kelantan ke?
Abam Peah pun sebenarnya terkejut. Rupanya nama kilang abam ni dah dikenali juga di Johor. Mungkin ada klien-klien abam dari sana yang secara tak langsung mempromosikan kilang abam.
Terima kasih abam ucapkan kepada mereka.
Sebenarnya Abam Peah ada ramai je klien yang datang dari luar Kelantan. Mungkin sebab sekarang ini medium pengangkutan dan lebuh raya pun dah banyak serta selesa. Jadi, mudah untuk orang datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Bila ditanya kepada klien-klien abam, antara sebab mereka memilih Abam Peah Holdings adalah:
Abam Peah Holdings - Kilang OEM Johor #1
Ada beberapa sebab utama yang buat abam yakin bahawa kilang ini akan menjadi pilihan utama founder nombor satu di Malaysia yang ingin keluarkan jenama produk sendiri. Antaranya adalah:
1. Banyak Pilihan Produk

Sebenarnya ada pembekal produk yang boleh menghasilkan pelbagai jenis produk dan ada juga yang tidak. Jadi nak pilih yang mana? Kalau tanya Abam Peah, mestilah abam suruh anda pilih kami. Hahaha
Team kami boleh hasilkan kepelbagaian formula produk untuk anda. Lagi banyak formula, lagi lah banyak pilihan untuk menghasilkan produk anda. Buat masa ini, di kilang Abam Peah, kami tawarkan produk OEM untuk kategori-kategori berikut:
Herba dan suplemen kesihatan
Kecantikan
Kosmetik
Penjagaan kulit (skincare)
Penjagaan diri
Aromaterapi
Spa
Makanan tambahan
Minuman tambahan
Kopi pracampuran
Style Abam Peah, abam memang tak suka nak beritahu siapa klien-klien abam. Biarlah abam jaga privasi mereka dengan sebaiknya. Cukuplah abam mendapatkan klien dengan cara memberikan tawaran terbaik, berkualiti dan dipercayai.
Salah satu sebabnya abam tak suka expose siapa klien-klien abam adalah abam tak nak anda yang baru bermula dan lihat abam merupakan pembekal produk kepada jenama yang terkenal dan berjaya seterusnya anda ingat anda juga akan terus berjaya dengan mudah.
Bukan apa, taknak lah nanti ada isu yang timbul dan anda gagal, abam pula yang dipersalahkan. Cara abam, abam akan pastikan klien abam tu faham dulu produk yang ingin dikeluarkan, tahu kepada siapa nak dijual dan tahu macam mana nak jual.
Abam dan team akan support dari awal sampai habis. Berjaya atau tidak, semuanya bergantung pada rezeki.
2. Kilang Diiktiraf

Buat anda di Johor atau kawasan sekitar yang ingin cari kilang OEM Johor, mari ler pilih kilang abam walaupun abam di Kelantan.
Kilang abam memang terbukti diiktiraf oleh agensi dan juga jabatan penting negara yang memantau keselamatan dan keberkesanan setiap produk yang dikeluarkan di kilang.
Kilang OEM Kelantan milik Abam Peah ini diiktiraf oleh agensi dan juga jabatan penting negara yang memantau keselamatan dan keberkesanan setiap produk yang dikeluarkan di kilang.
Selain itu, dengan menggunakan servis produk jenama sendiri daripada Kilang OEM Kelantan Abam Peah, anda akan dibantu untuk mendapatkan kelulusan berikut:
MSC Trustgate application for Quest3+ membership
Health Supplement registration with NPRA via Quest3+
Pendaftaran klasifikasi dan label pemakanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini bukan auta tau, kalau anda tak percaya anda boleh buat research sendiri pasal kilang OEM Abam Peah Holdings. Bila buat dengan kilang abam, semua hal berkaitan pensijilan dan pengiktirafan akan dibantu dengan sebaiknya.
Jadi, anda tak perlu risau kerana produk OEM yang bakal dihasilkan adalah 100% selamat dan meyakinkan pengguna.
3. Makmal Penyelidikan

Kilang OEM Johor ini mempunyai makmal penyelidikan dan juga pasukan R&D kami sendiri. Team kami memiliki kepakaran dalam bidang kimia dan bioteknologi yang bersedia untuk membantu anda menghasilkan produk yang anda impikan.
Selain itu, mereka jugalah yang bertanggungjawab untuk merangka formula dan juga memastikan bahan-bahan yang dipilih mampu untuk memberikan kesan seperti yang diharapkan.
Mereka juga akan memastikan produk yang dihasilkan tidak memberikan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan dan keselamatan pengguna.
4. Teknologi dan Mesin

Teknologi yang digunakan perlulah merupakan teknologi terkini terutamanya dalam proses untuk mengekstrak pati daripada bahan-bahan yang ingin digunakan. Hal ini kerana kebanyakan produk di luar sana menggunakan teknologi lama.
Ia sekaligus menyebabkan pati yang diekstrak bukanlah 100%. Jadi, apa yang anda sapu, minum, makan atau guna daripada produk-produk tersebut tidak akan memberikan kesan 100%.
Untuk menggunakan teknologi terkini, mesin yang digunakan juga perlulah dalam kategori mesin terkini. Hanya mesin terkini sahaja mampu untuk menampung teknologi yang terbaru.
5. Design, Packaging & Marketing Material

Anda bukan sahaja akan dibantu dari segi penghasilan produk, malah anda juga akan dibantu dari segi design dan packaging produk anda. Selain itu, team khas kami juga akan membantu anda untuk menentukan design dan packaging yang paling sesuai dengan jenama anda.
Sebagai langkah pertama abam untuk memastikan walaupun tidak berada di Johor dan mampu menjadi Kilang OEM Johor, Abam Peah juga menyediakan bahan pemasaran atau marketing material.
Kan senang bila kilang provide semua macam ni. Dah siap boleh terus jual. Kalau anda nak tahu macam mana Abam Peah dan team boleh bantu anda untuk keluarkan produk jenama sendiri, klik button di bawah untuk informasi lanjut.
Comments