top of page

Kilang OEM Jus Minuman - Apa Lagi Produk Lain Yang Ada?

Updated: Jan 11, 2023

Ramai sebenarnya yang salah faham dengan kilang OEM jus minuman. Mereka sangkakan hanya minuman jenis jus sahaja boleh dihasilkan. Sedangkan banyak lagi produk jenis minuman jenama sendiri yang boleh dihasilkan oleh pihak kilang.


Abam Peah memang tak nafikan bahawa produk jenama sendiri dalam bentuk makanan atau minuman mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Semua ini kerana rakyat Malaysia memang gemar untuk makan dan minum.


Ia sekaligus membuka peluang untuk para usahawan menceburkan diri dalam bidang ini. Disebabkan oleh hal itu jugalah kilang OEM jus minuman mula mendapat permintaan yang sangat tinggi.


Modal yang diperlukan tidak terlalu tinggi, dan keuntungan pulangan atau profit margin juga tinggi. Tambahan pula, produk jenis minuman ini digemari orang ramai orang, tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.


Selain daripada jus minuman, Abam Peah nak kongsikan juga produk-produk dalam kategori minuman yang mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran. Semua ini berdasarkan kajian dan pemerhatian abam dan juga team. Jom baca!


Produk Lain di Kilang OEM Jus Minuman


Memang Abam Peah tak nafikan bahawa kilang OEM jus minuman mendapat tempahan produk yang banyak dalam kategori minuman. Tapi, ada satu perkara yang mereka mungkin tidak kongsikan kepada anda.


Tempahan yang mereka terima bukan sahaja untuk jus minuman. Sebaliknya mereka menerima tempahan untuk produk-produk minuman lain dalam kuantiti yang sangat banyak.


Berdasarkan apa yang Abam Peah tahu, abam boleh suggest tiga produk yang paling berbaloi untuk anda keluarkan iaitu:

  • Kopi pracampuran

  • Minuman bervitamin

  • Susu berperisa


Mesti anda tertanya-tanya kenapa abam suggest produk minuman yang diatas kan? Semua ini kerana produk-produk minuman ini mempunyai beberapa ciri iaitu:

  • Profit margin yang tinggi

  • Permintaan yang tinggi

  • Mudah untuk disimpan


1. Kopi Pracampuran


Kopi pracampuran ini merupakan sejenis kopi segera yang dihasilkan daripada ekstrak kopi kering yang mudah larut dalam air. Kandungan lain dalam kopi pracampuran ini adalah gula dan krimer jadi anda boleh bancuh kopi ini dengan dengan menggunakan air panas sahaja.


Selain itu, anda boleh juga campurkan dengan bahan-bahan yang berkhasiat untuk kesihatan. Ia boleh menjadi USP yang kuat untuk kopi pramcampuran jenama sendiri milik anda.



2. Minuman Bervitamin


Minuman ini merupakan sejenis minuman ringan yang mengandungi nutrisi seperti vitamin C dan boleh didapati dengan pelbagai perisa. Ia lebih sihat daripada minuman ringan yang lain seperti minuman jus dan berkarbonat.


Selain itu, kandungan gula di dalamnya juga lebih rendah sekaligus boleh dijadikan sebagai alternatif minuman untuk kesihatan yang lebih baik.



3. Susu berperisa


Susu berperisa ini tidak jauh beza dengan susu biasa, cuma yang membezakannya adalah rasanya yang datang dengan pelbagai perisa seperti coklat dan buah-buahan. Selain itu, ia turut dikayakan dengan nutrien dan vitamin sekaligus menjadikan ia pilihan yang baik untuk kesihatan.



Kesimpulan Kilang OEM Jus Minuman


Apa yang abam nak sarankan anda untuk lakukan adalah lihat apa lagi produk yang ada di kilang OEM jus minuman pilihan anda tersebut. Dari situ, anda boleh pilih apa yang terbaik sebenarnya untuk anda keluarkan.


Hal ini kerana kebanyakan jus minuman di luar sana mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Ditambah pula kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini semakin peka dengan kepentingan menjaga kesihatan.


Sebab itulah minuman bervitamin yang mempunyai perisa buah-buahan dan sebagainya mula mendapat tempat dalam pasaran. Jadi, antara pilihan terbaik untuk anda adalah dengan mengeluarkan minuman bervitamin jenama sendiri.


Anda juga boleh memilih untuk mengeluarkan susu berperisa jenama sendiri. Ia bukan sahaja disukai oleh orang dewasa. Kanak-kanak juga sukakannya. Jadi, anda boleh mendapat market yang lebih besar dan luas.


Sekian sahaja perkongsian abam kali ini berkenaan kilang OEM jus minuman. Semoga bermanfaat! Kalau anda perlukan apa-apa pertolongan berkaitan pengeluaran produk jenama sendiri, anda boleh klik button di bawah untuk info lanjut.




1 comentário


nabihan nazeri
nabihan nazeri
17 de out. de 2024

Thank you for the info!


<a href="https://mudah-oem.com/kilang-oem/">skincare oem</a>

Curtir
bottom of page