Kilang OEM Kelantan - Abam Peah Holdings
- Abam Peah
- Aug 15, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Ramai yang kata founder-founder produk ni datang dari negeri Kelantan. Abam Peah tak tahu la nak kata betul atau tak statement tu sebab abam tak pernah pun buat bancian. Hahaha.. Apa yang abam tahu, kalau sebut Kilang OEM Kelantan, Abam Peah Holdings akan terlintas yang pertama dalam fikiran.
Misi abam suatu masa nanti, tak kisah la sebut kilang OEM negeri mana sekalipun, kilang Abam Peah akan jadi pilihan pertama dan utama. Ada sebab kenapa abam berani berimpian sedemikian rupa.
Jom abam ceritakan apa kelebihan Abam Peah Holdings yang akan membantu anda yang ingin keluarkan produk jenama sendiri dan terus berjaya dengan produk anda!
Abam Peah Holdings - Kilang OEM Kelantan #1!
Ada beberapa sebab utama yang buat abam yakin bahawa kilang ini akan menjadi pilihan utama pemilik bisnes di Malaysia yang ingin keluarkan jenama produk sendiri. Antaranya adalah:
1. Banyak Pilihan Produk

Buat masa ini, di kilang Abam Peah, kami tawarkan produk OEM untuk kategori-kategori berikut:
Herba dan suplemen kesihatan
Kecantikan
Kosmetik
Penjagaan kulit (skincare)
Penjagaan diri
Aromaterapi
Spa
Makanan tambahan
Minuman tambahan
Kopi pracampuran
Jenis Abam Peah, abam tak suka untuk beritahu siapa klien-klien abam. Biarlah abam jaga privasi mereka dengan sebaiknya. Cukuplah abam mendapatkan klien dengan cara memberikan tawaran terbaik, berkualiti dan dipercayai.
Salah satu sebabnya abam tak suka expose siapa klien-klien abam adalah abam tak nak anda yang baru bermula dan lihat abam merupakan pembekal produk kepada jenama yang terkenal dan berjaya seterusnya anda ingat anda juga akan terus berjaya dengan mudah.
Kalau gagal, abam pula yang dipersalahkan. Cara abam, abam akan pastikan klien abam tu faham dulu produk yang ingin dikeluarkan, tahu kepada siapa nak dijual dan tahu macam mana nak jual.
Abam dan team akan support dari awal sampai habis. Berjaya atau tidak, semuanya bergantung pada rezeki.
2. Kilang Diiktiraf

Kilang OEM Kelantan milik Abam Peah ini diiktiraf oleh agensi dan juga jabatan penting negara yang memantau keselamatan dan keberkesanan setiap produk yang dikeluarkan di kilang.
Selain itu, dengan menggunakan servis produk jenama sendiri daripada Kilang OEM Kelantan Abam Peah, anda akan dibantu untuk mendapatkan kelulusan berikut:
MSC Trustgate application for Quest3+ membership
Health Supplement registration with NPRA via Quest3+
Pendaftaran klasifikasi dan label pemakanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Bila buat dengan kilang abam, semua hal berkaitan pensijilan dan pengiktirafan akan dibantu dengan sebaiknya. Barulah anda dan pengguna yakin dengan produk OEM atau produk jenama sendiri milik anda.
3. Makmal Penyelidikan

Kilang OEM Kelantan Abam Peah ini mempunyai makmal penyelidikan dan juga pasukan R&D kami sendiri. Pasukan inilah yang akan membantu anda menghasilkan produk untuk mendapatkan kesan yang anda impikan.
Selain itu, mereka jugalah yang bertanggungjawab untuk merangka formula dan juga memastikan bahan-bahan yang dipilih mampu untuk memberikan kesan seperti yang diharapkan serta tidak memberikan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan dan keselamatan pengguna.
4. Teknologi dan Mesin

Teknologi yang digunakan perlulah merupakan teknologi terkini terutamanya dalam proses untuk mengekstrak pati daripada bahan-bahan yang ingin digunakan. Hal ini kerana kebanyakan produk di luar sana menggunakan teknologi lama.
Ia sekaligus menyebabkan pati yang diekstrak bukanlah 100%. Jadi, apa yang anda sapu, minum, makan atau guna daripada produk-produk tersebut tidak akan memberikan kesan 100%.
Untuk menggunakan teknologi terkini, mesin yang digunakan juga perlulah dalam kategori mesin terkini. Hanya mesin terkini sahaja mampu untuk menampung teknologi yang terbaru.
5. Design, Packaging & Marketing Material

Anda bukan sahaja akan dibantu dari segi penghasilan produk, malah anda juga akan dibantu dari segi design dan packaging produk anda. Kami mempunyai team khas yang akan membantu anda untuk menentukan design dan packaging yang paling sesuai dengan jenama anda.
Apa yang lagi best, team Kilang OEM Kelantan Abam Peah juga menyediakan bahan pemasaran atau marketing material. Kan senang bila kilang provide semua macam ni. Dah siap boleh terus jual.
Kalau anda nak tahu macam mana Abam Peah dan team boleh bantu anda untuk keluarkan produk jenama sendiri, klik button di bawah untuk informasi lanjut.

Whatsapp saya berminat 0179770859 Raihan