Kilang OEM Kosmetik - Produk Anda Boleh Hasilkan
- Abam Peah
- Aug 20, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Kilang OEM kosmetik semakin mendapat perhatian terutamanya daripada mereka yang ingin menghasilkan produk sendiri. Lebih-lebih lagi setelah melihat ramai founder baru di Malaysia yang keluarkan produk kosmetik mereka sendiri dan berjaya.
Seperti di kilang OEM Abam Peah Holdings, kami merupakan diantara kilang OEM kosmetik pilihan utama di Malaysia. Semuanya disebabkan oleh beberapa faktor yang Abam Peah ada kongsikan dalam artikel-artikel sebelum ini.
Baca Sini : Kilang OEM - Abam Peah Holdings
Dengan adanya kilang OEM kosmetik ini juga, anda tak perlu risau pun tentang cara-cara nak hasilkan produk kosmetik ini. Seperti kilang Abam Peah, kami boleh uruskan semua proses penghasilan produk kosmetik dari formulasi bahan, sampailah ke packaging dan bahan pemasaran.
Anda hanya perlu pilih pakej yang sesuai sahaja.
Produk yang kami hasilkan juga adalah mengikut standard atau piawaian yang ditetapkan oleh KKM. Jadi, produk kosmetik anda nanti dijamin selamat!
Jenis Produk di Kilang OEM Kosmetik
Untuk pengetahuan anda juga, kilang abam menyediakan servis untuk menghasilkan formula dan mengeluarkan pelbagai jenis produk kosmetik yang mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran seperti:
Gincu/lipstick
Lipmatte
Pengilap bibir/lipgloss
Bedak asas/foundation
Celak mata/eyeliner
Kebanyakan mereka yang ingin menghasilkan produk komsetik sendiri biasanya akan mengalami kesukaran untuk menentukan produk mana satu yang perlu dihasilkan. Bagi mereka yang mempunyai modal lebih, terus ingin mengeluarkan kesemua jenis dalam satu masa.
Perkara sebegini kalau boleh Abam Peah akan minta klien elakkan kerana abam nak mereka fokus dahulu dengan sejenis produk. Setidak-tidaknya jika berlaku perkara yang tidak diingini, masih ada modal untuk mereka bermula semula.
Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini abam akan kongsikan jenis produk yang boleh dibuat di kilang OEM kosmetik. Jom baca!
Kilang OEM Kosmetik - Lipstick

Mustahil jika ada yang tak tahu lipstick tu apa kan? Ia merupakan alat solek paling asas dan wajib ada bagi para wanita. Ia juga akan dibawa ke mana-mana di dalam handbag mereka.
Fungsi utamanya adalah untuk menyerlahkan kecantikan bibir dan memberi sentuhan glamour pada makeup. Ia juga akan menaikkan lagi seri wajah dan ajaibnya ia juga akan menaikkan lagi outfit anda jika warna pakaian dan juga gincu anda dipadankan dengan baik.
Baca Juga : Lipstick OEM Malaysia - Tips Untuk Anda Bermula
Lipmatte

Lipmatte termasuk dalam kategori jenis-jenis lipstick. Ia memberikan kesan finishing yang tidak berkilat pada bibir. Selain itu, ia juga sangat susah untuk melekat pada apa-apa permukaan yang disentuh bibir.
Hal ini kerana teksturnya yang tidak berminyak tidak seperti lipstick biasa.
Kilang OEM Kosmetik - Lipgloss

Bagi wanita, mereka tahu apa sebenarnya pengilap bibir atau lipgloss. Tapi, kalau tanyakan kepada lelaki, boleh garu kepala juga dibuatnya. Pernah tak nampak wanita yang mempunyai bibir yang terlebih berkilat?
Jika ya, itu bermaksud mereka mengenakan pengilap bibir pada bibir mereka.Ia berfungsi untuk membuatkan bibir kelihatan lebih berkilat daripada gincu biasa di samping menjadikan bibir tampak lebih penuh.
Selain itu, ia juga merupakan di antara produk yang kerap dipilih oleh mereka yang ingin mendapatkan produk OEM cosmetic. Mungkin kerana permintaannya yang semakin meningkat pada masa sekarang.
Foundation

Bedak asas atau foundation ini merupakan solekan yang paling asas dan penting. Bedak ini berfungsi untuk menutup semua ketidaksempurnaan pada muka seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, parut dan sebagainya.
Disebabkan oleh hal itu jugalah ia turut menjadi di antara produk kilang OEM kosmetik yang popular untuk dihasilkan oleh mereka yang ingin mengeluarkan produk jenama sendiri.
Kilang OEM Kosmetik - Eyeliner

Bagi wanita yang inginkan mata yang cantik dan menawan, mereka akan menggunakan celak mata atau eyeliner untuk menekankan garisan mata mereka. Dengan teknik yang betul, mereka boleh mengubah persepsi bentuk mata supaya kelihatan lebih besar dan menarik.
Sebab itulah potensi OEM cosmetic ini sangat tinggi. Hal ini kerana segala produk yang dinyatakan ini mempunyai potensi dan juga permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran.
Kesimpulan
Sekalipun demand dan potensinya tinggi, tiada jaminan bahawa anda akan 100% berjaya. Untuk berjaya, selain daripada bergantung pada rezeki, anda juga perlu lengkapkan diri anda dengan ilmu yang sewajarnya.
Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah pada marketing plan atau rancangan pemasaran yang baik. Tanpa usaha, susahlah rezeki nak datang.
Ramai usahawan terutamanya yang baru mulakan bisnes membuat kesilapan dengan menganggap bahawa mereka tidak perlukan rancangan pemasaran yang kukuh, cukup hanya dengan idea produk yang bernas sahaja.
Andai kata produk anda sememangnya sempurna dari semua aspek sekalipun, produk anda akan susah laku tanpa strategi yang betul untuk meyakinkan orang ramai supaya membeli produk anda.
Misal kata anda ingin mempromosikan produk anda di Facebook, anda perlu tahu adakah friends dan followers anda termasuk dalam kategori target audience anda? Abam Peah pernah kongsikan tentang target audience dalam artikel lain sebelum ini.
Baca Selanjutnya: Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2
Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan OEM cosmetic kali ini. Semoga bermanfaat!
Komentáre