top of page

Kilang OEM Makanan & Minuman Kesihatan

Updated: Jan 11, 2023

Ramai sebenarnya yang sedang mencari info berkenaan kilang OEM makanan. Untuk pengetahuan anda, di antara produk OEM makanan dan minuman yang sedang mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran sekarang ini adalah makanan dan minuman tambahan.


Ia juga dikenali sebagai makanan dan minuman kesihatan. Hal ini kerana makanan dalam kategori “jajan” sudah tepu dan tempoh trending jenis makanan sedemikian sudah semakin menghampiri penghujungnya.



Makanan-makanan dalam kategori tersebut adalah jenis bermusim yang agak sukar untuk anda jadikan sebagai sebuah perniagaan untuk tempoh yang lama. Sebab itulah kalau anda tanya Abam Peah, abam akan cadangkan untuk anda memilih makanan dalam niche kesihatan.


Kilang OEM Makanan & Minuman Kesihatan


Ada banyak jenis makanan dan minuman kesihatan yang anda boleh hasilkan. Apa yang Abam Peah nak tegaskan di sini adalah ia bukan semestinya dalam kategori ubat sahaja.


Ia juga bukanlah pahit dan tak sedap. Sebaliknya, ada banyak cara untuk anda menjadikan ia pilihan ramai. Abam Peah ada kongsikan dalam perkongsian-perkongsian yang lepas. Boleh baca dalam perkongsian tersebut.



Antara jenis makanan dan minuman kesihatan yang anda boleh hasilkan adalah:


1. Suplemen


Suplemen merupakan makanan tambahan yang menjadi di antara hot selling products di kilang OEM makanan. Anda boleh dapatkan suplemen dalam beberapa bentuk yang berbeza seperti:

  • Serbuk - Lebih mudah diserap jika dilarutkan di dalam air. Namun, jika dicampur dengan makanan solid, ia memerlukan masa untuk dicerna sebelum dapat diserap masuk ke dalam badan.

  • Cecair - Ia juga lebih mudah diserap kerana ia tidak perlu melalui proses pencernaan yang kompleks kerana anda mengambil vitamin dan nutrien secara terus.

  • Kapsul - Suplemen atau makanan tambahan dalam bentuk kapsul juga mudah diserap oleh badan kerana ia mudah untuk cair dan terurai bentuknya di dalam badan selain mampu untuk membebaskan bahan aktif dengan lebih cepat.


2. Minuman Bervitamin


Produk dalam kategori minuman mungkin agak sukar untuk anda temukan di kilang OEM makanan. Tapi, anda boleh temukannya di kilang Abam Peah Holdings. Kami ada sediakan minuman bervitamin yang anda boleh pilih bahan, perisa dan apa kesan yang diinginkan untuk kesihatan.


Team R&D abam akan hasilkan formulasi yang paling sesuai dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti serta selamat untuk diambil. Kesannya, ia akan memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan pengguna.


3. Susu Berperisa


Di kilang abam juga ada ditawarkan produk minuman kesihatan dalam bentuk susu berperisa. Nak perisa apa? Inform je team abam dan kami akan usahakan sehingga produk anda menjadi realiti.


Susu berperisa ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ada selebriti yang turut menghasilkannya. Apa yang anda boleh lakukan adalah menghasilkan produk susu berperisa jenama sendiri adalah:

  • Hasilkan rasa yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar

  • Pilih perisa yang lebih digemari ramai

  • Pilih jenis khasiat yang ingin diberikan hasil pengambilan produk anda


4. Kopi Pracampuran


Ia termasuk dalam kategori kopi segera yang dihasilkan daripada ekstrak kopi kering. Apa yang menariknya mengenai produk kopi pracampuran ini adalah anda boleh memilih untuk menambah bahan-bahan yang mampu memberikan kebaikan untuk kesihatan.


Kesimpulan Kilang OEM Makanan & Minuman Kesihatan


Apapun, jika anda serius untuk menghasilkan produk daripada kilang OEM makanan dan minuman kesihatan, anda perlu tahu bagaimana untuk menilai samada kilang OEM tersebut adalah yang terbaik untuk anda.


Abam Peah ada kongsikan dalam artikel sebelum ini berkenaan tips memilih kilang OEM terbaik.



Tapi, kalau anda nak terus berurusan dengan abam, anda boleh klik button di bawah kerana team abam ada tawarkan pakej yang tak masuk akal. Kami bukan sahaja akan hasilkan produk untuk anda. Kami juga akan berikan anda bahan pemasaran dalam bentuk poster dan video produk yang anda boleh gunakan untuk iklan dan pemasaran.


Nak tahu lebih lanjut? Klik button di bawah.




Comentarios


bottom of page