top of page

Kilang OEM Malaysia - Tips Pilih Kilang Terbaik

Updated: Jan 11, 2023

Kilang OEM Malaysia merupakan pilihan terbaik bagi para usahawan untuk bermula dengan produk jenama mereka sendiri. Tapi, ada satu masalah yang buatkan para usahawan ini jadi stuck untuk bermula.


Semuanya disebabkan oleh terlalu banyak iklan dan pakej yang ditawarkan.


Sampaikan terus tak tahu nak pilih kilang yang mana!





Jangan risau. Zaman sekarang kan zaman moden. Maklumat semuanya di hujung jari anda sahaja. Anda beruntung sebenarnya sebab sampai ke bahagian blog di website Abam Peah ni. Di sini abam akan kongsikan sebanyak mungkin informasi menarik berkenaan OEM dan juga cara untuk anda hasilkan produk jenama anda sendiri.


Barulah anda boleh buat keputusan dengan lebih baik. Jom baca!


Tips Pemilihan Kilang OEM Malaysia Terbaik


1. MOQ Rendah



Kilang OEM


Seperti di kilang OEM Malaysia milik Abam Peah, kami juga menawarkan minimum order quantity (MOQ) yang rendah. MOQ adalah kuantiti minimum yang anda perlu order dengan kilang tersebut.


Ada sesetengah kilang mengenakan MOQ yang sangat tinggi. Ia sekaligus memberikan sedikit kesukaran buat para usahawan ini untuk bermula. Bayangkan jika modal untuk produk sahaja sudah terlalu besar, macam mana nak dibahagikan modal tersebut dengan sebaiknya untuk iklan dan pemasaran?


Apapun, janganlah pula letakkan modal yang terlalu rendah. Bukan kesian untuk pihak kilang sahaja. Kami lebih kesiankan anda kerana kos per unit produk anda akan menjadi sangat mahal. Jika kos per unit mahal, berapa pula harga jualan anda?


2. Ejen Jualan



Kilang OEM


Ejen jualan adalah sangat penting bagi memastikan proses untuk anda menghasilkan produk jenama sendiri di kilang OEM Malaysia berjalan dengan lancar. Ejen tersebut haruslah tahu bagaimana untuk membantu anda dalam menentukan jenis produk yang sesuai, kesan produk, branding, packaging dan juga marketing.


3. Kelulusan KKM





Ramai pengeluar produk sendiri yang terlebih excited sewaktu nak bermula sampai terlupa untuk memeriksa apa yang paling penting untuk sebarang produk yang ingin dihasilkan iaitu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Kalau kilang tu sendiri tak mempunyai kelulusan, macam mana anda nak yakin bahawa produk yang dihasilkan untuk anda tersebut selamat dan tidak mempunyai bahan-bahan merbahaya? Di kilang abam, itulah perkara pertama yang abam utamakan.


4. Bahan Marketing





Bukan calang-calang kilang OEM yang mampu menawarkan bahan marketing kepada anda yang ingin membuat produk sendiri. Barulah mudah untuk anda yang baru bermula untuk terus menjual.


Macam di kilang abam, abam akan siapkan dengan design packaging sekali ye. Memang niat abam untuk memudahkan mereka yang ingin bermula dengan produk sendiri ini.


Sebab itulah khas untuk anda semua, abam ada promosi istimewa bagi anda yang ingin mengeluarkan produk anda sendiri. Semuanya akan disiapkan untuk anda. Dah siap, boleh terus jual.


Untuk info lanjut berkenaan promosi ini, anda boleh klik butang di bawah.






Comments


bottom of page