Kilang OEM Selangor - Abam Peah Holdings
- Abam Peah
- Aug 20, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Biasanya kalau sebut Abam Peah Holdings, mesti ramai ingat kilang OEM Kelantan je kan. Sebenarnya sekarang ni entah macam mana kilang abam turut menjadi kilang OEM Selangor.
Sebenarnya sekarang ini abam sendiri menerima banyak tempahan produk daripada luar negeri Kelantan. Boleh kata dari seluruh Malaysia. Sebab itulah bila sebut kilang OEM Selangor, kilang abam pun termasuk sekali.
Ramai je yang sanggup datang dari Selangor ke Kelantan untuk berurusan dengan Abam Peah Holdings. Salah satu sebabnya adalah dah makin mudah nak ke mana-mana sekarang ni. Lebuh raya banyak. Kapal terbang pun banyak. Grab dan kereta sewa pun sama banyak.
Alang-alang sampai Kelantan, ramai yang boleh jalan-jalan cari makan dan juga shopping. Kalau yang tak larat nak datang pun boleh berurusan secara online. Team abam akan guide satu persatu bermula daripada pemilihan produk sehinggalah penghantaran produk menggunakan kurier.
Untuk sampel, duduk di Sabah atau Sarawak pun boleh hantar. Orang putih kata “No problem!”.
Oh. Lupa. Sebenarnya ada sebab kenapa ada yang sanggup datang atau berurusan dengan Abam Peah Holdings yang berada di Kelantan ni. Jap. Abam Peah nak share dengan anda sebab-sebabnya.
Abam Peah Holdings - Kilang OEM Selangor #1
Ada beberapa sebab utama yang buat abam yakin bahawa kilang ini akan menjadi pilihan utama founder nombor satu di Malaysia yang ingin keluarkan jenama produk sendiri. Antaranya adalah:
1. Banyak Pilihan Produk

Buat masa ini, di kilang Abam Peah, kami tawarkan produk OEM untuk kategori-kategori berikut:
Herba dan suplemen kesihatan
Kecantikan
Kosmetik
Penjagaan kulit (skincare)
Penjagaan diri
Aromaterapi
Spa
Makanan tambahan
Minuman tambahan
Kopi pracampuran
Style Abam Peah, abam memang tak suka nak beritahu siapa klien-klien abam. Biarlah abam jaga privasi mereka dengan sebaiknya. Cukuplah abam mendapatkan klien dengan cara memberikan tawaran terbaik, berkualiti dan dipercayai.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan persepsi yang bukan-bukan. Sebagai contoh, jika abam mentioned nama klien abam yang berjaya, ramai yang akan datang dengan mindset yang salah iaitu, buat dengan abam, confirm berjaya.
Abam Peah tak berani nak jamin 100% akan berjaya. Tapi abam berani jamin yang abam akan guide dan support sampai anda berjaya. Selebihnya terserah pada rezeki masing-masing.
Ye la. Abam nak kita mampu untuk menjalinkan kerjasama untuk tempoh yang lama. Jadi, pastilah abam akan berikan yang terbaik juga untuk anda.
2. Kilang OEM Selangor Yang Diiktiraf

Buat anda di Selangor atau kawasan sekitar yang ingin cari kilang OEM Selangor, boleh la pilih kilang abam walaupun abam di Kelantan. Kilang OEM Kelantan milik Abam Peah ini diiktiraf oleh agensi dan juga jabatan penting negara yang memantau keselamatan dan keberkesanan setiap produk yang dikeluarkan di kilang.
Selain itu, dengan menggunakan servis produk jenama sendiri daripada Kilang OEM Kelantan Abam Peah, anda akan dibantu untuk mendapatkan kelulusan berikut:
MSC Trustgate application for Quest3+ membership
Health Supplement registration with NPRA via Quest3+
Pendaftaran klasifikasi dan label pemakanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk segala pengiktirafan ini, abam mempunyai sijil sebagai bukti. Selain itu, team abam akan bantu sehingga produk anda memperoleh mana-mana kelulusan yang diperlukan.
Hal ini sangat penting bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar selamat sekaligus mampu untuk memberikan kesan yang terbaik dan meyakinkan pengguna produk anda.
3. Makmal Penyelidikan Bertaraf Tinggi

Kilang OEM Abam Peah ini mempunyai makmal penyelidikan dan juga pasukan R&D kami sendiri. Team abam terdiri daripada pakar-pakar yang akan membantu anda untuk melakukan formulasi yang tepat dan berkesan untuk produk anda.
Team kami memiliki kepakaran dalam bidang kimia dan bioteknologi yang bersedia untuk membantu anda menghasilkan produk yang anda impikan. Selain itu, mereka jugalah yang bertanggungjawab untuk memastikan bahan-bahan yang dipilih mampu untuk memberikan kesan seperti yang diharapkan serta tidak memberikan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan dan keselamatan pengguna.
4. Teknologi dan Mesin

Selain itu, teknologi yang digunakan di kilang abam merupakan teknologi terkini. Sebagai contoh, kami mampu untuk mengekstrak pati bagi mendapatkan keberkesanan 100% berbanding teknologi lama.
Teknologi atau kaedah lama biasanya akan memusnahkan pati yang diekstrak. Jadi, apa yang anda dapat daripada produk anda bukanlah 100% dan kesan yang diberikan juga bukanlah 100%.
5. Design, Packaging & Marketing Material

Anda bukan sahaja akan dibantu dari segi penghasilan produk, malah anda juga akan dibantu dari segi design dan packaging produk anda. Segala idea yang anda ada di dalam fikiran akan direalisasikan oleh creative team kami.
Untuk bahan pemasaran, team abam akan berikan video marketing dan beberapa jenis bahan marketing yang lain sesuai dengan konsep yang dibawa oleh jenama anda. Tujuannya adalah untuk memastikan jika anda memilih Abam Peah Holdings sebagai kilang OEM Selangor anda walaupun abam di Kelantan, bila produk dah siap, anda boleh terus jual.
Settle masalah kan? Sebelum segala bahan marketing dihasilkan, proses perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan apa yang dihasilkan turut memenuhi selera dan kehendak anda.
Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.
Comments