Kilang Produk Sendiri - Siap Boleh Terus Jual?
- Abam Peah
- Aug 21, 2022
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2023
Tengah mencari kilang produk sendiri untuk projek bisnes anda? Sebenarnya apa yang anda perlu berikan perhatian jika anda ingin berurusan dengan pihak kilang ini? Tak ramai yang sudi kongsikan informasi-informasi sebegini.
Jadi, Abam Peah menggunakan kesempatan medium blog ini untuk berkongsi serba sedikit yang abam tahu supaya ia dapat memudahkan urusan anda. Jom baca perkongsian Abam Peah kali ini mengenai tips pemilihan kilang produk sendiri terbaik.
Tips Pemilihan Kilang Produk Sendiri Terbaik
Apa perkara penting yang anda perlu fokuskan jika anda ingin keluarkan produk jenama anda sendiri? Di bawah ini abam kongsikan empat tips utama yang anda perlu tahu.
1. MOQ Rendah

Biasanya bila anda nak berurusan dengan pihak kilang, anda pasti kerap mendengar mengenai MOQ atau minimum order quantity kan? Sebenarnya MOQ ini adalah jumlah minimum yang anda perlu order untuk produk anda.
Kebanyakan kilang produk sendiri telah menetapkan MOQ mereka yang tersendiri. Ada yang berada di dalam kategori yang agak mahal dan ada juga yang berada di dalam kategori yang agak murah.
Mungkin anda tertanya-tanya adakah pakej produk jenama sendiri murah ini berbaloi atau tidak untuk anda pilih. Jangan risau. Abam Peah ada kongsikan di dalam artikel sebelum ini.
Baca Sini : Produk Jenama Sendiri Murah - Boleh Percaya Ke?
Pilih MOQ yang paling sesuai dengan bajet anda atau anda boleh bertanyakan dahulu kepada kilang tersebut samada bajet anda tersebut sesuai atau tidak untuk bermula. Hal ini kerana jika bajet anda terlalu rendah, kos per unit akan menjadi sangat mahal.
Jika kos mahal, berapa pula harga jual anda kan?
Harga jual yang terlalu tinggi akan menyukarkan anda untuk menembusi pasaran apatah lagi untuk kekal bersaing dalam pasaran. Sebab itulah MOQ ditetapkan. Jelas?
2. Ejen Jualan

Ejen jualan memainkan peranan yang sangat penting semasa anda berurusan. Hal ini kerana ejen jualan kilang produk sendiri bukan sahaja perlu pandai untuk memikat hati anda untuk berurusan dengan mereka.
Mereka juga perlu tahu apa yang berpotensi untuk menembusi pasaran. Tanya pendapat mereka jika anda mempunyai idea yang menarik dan berpotensi. Mereka juga perlulah mampu untuk memberikan idea yang lebih baik dan membantu anda merealisasikannya.
3. Kelulusan KKM

Perhatikan juga samada kilang produk sendiri tersebut mendapat pengiktirafan daripada badan, jabatan dan juga kementerian yang sepatutnya. Hal ini kerana jika mereka sendiri tidak mempunyai kelulusan, bagaimana mereka akan membantu anda?
Di kilang Abam Peah, kami mempunyai team R&D yang mempunyai kepakaran dalam proses kajian dan pembangunan produk. Mereka akan hasilkan formula dan menentukan bahan-bahan yang diperlukan untuk penghasilan produk anda.
Kilang produk sendiri yang berkualiti perlulah mempunyai team R&D ini. Jika tidak, agak sukar untuk anda meminta customization terhadap formula anda. Besar kemungkinan mereka akan mengulang-ulang formula dan bahan yang sama untuk anda dan pesaing.
4. Bahan Marketing

Bukan calang-calang kilang produk sendiri yang mampu menawarkan bahan marketing kepada anda yang ingin membuat produk sendiri. Barulah mudah untuk anda yang baru bermula untuk terus menjual.
Macam di kilang abam, abam akan siapkan dengan design packaging sekali ye. Memang niat abam untuk memudahkan mereka yang ingin bermula dengan produk sendiri ini.
Sebab itulah khas untuk anda semua, abam ada promosi istimewa bagi anda yang ingin mengeluarkan produk anda sendiri. Semuanya akan disiapkan untuk anda. Dah siap, boleh terus jual.
Untuk info lanjut berkenaan promosi ini, anda boleh klik butang di bawah.
Comments