Kosmetik Jenama Sendiri - Masih Ada Demand Ke?
- Abam Peah
- Aug 17, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Ramai sebenarnya yang teringin nak mempunyai produk kosmetik jenama sendiri. Tapi, bila melihatkan keadaan pasaran semasa, ramai yang berasa ragu-ragu akan potensi produk jenama sendiri ini.
Apa yang dirisaukan adalah sekiranya projek produk kosmetik jenama sendiri mereka ini tidak berjaya. Modal hangus begitu sahaja. Stok pula terpaksa longgok di bawah katil atau dalam stor.
Sebab itulah Abam Peah selalu nasihatkan supaya mereka yang ingin bermula ini bukan bermula dengan mempunyai modal semata-mata. Ilmu perniagaan juga perlu ada. Barulah potensi untuk berjaya itu meningkat.
Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini abam akan kongsikan sedikit sebanyak informasi yang anda perlu tahu untuk berjaya dengan produk kosmetik jenama sendiri. Jom baca!
Kenapa Ramai Nak Buat Kosmetik Jenama Sendiri

Melihat ramai founder produk kecantikan mahupun jamu dan kesihatan ‘kaya raya’ dengan bisnes mereka. Abam tahu mesti ramai yang nak pasang angan-angan untuk buat produk kosmetik jenama sendiri bukan?
Mungkin sebab inilah ramai yang berlumba-lumba untuk hasilkan kosmetik sendiri. Tambahan lagi, tidak semua orang mampu membeli jenama-jenama yang famous contohnya seperti Sephora dan Mac Cosmetics.
Selain itu, jenama terkenal juga masih diragui tentang status halalnya. Jadi, ini adalah peluang anda untuk hasilkan produk tempatan yang diyakini halal dan selamat kepada pengguna.
Tips Pilih Jenama Sendiri
Memandangkan sekarang dah ramai yang nak hasilkan produk sendiri, ini ada sedikit tips yang Abam Peah nak kongsikan dengan anda. Pemilihan nama produk yang sesuai juga sangat penting apabila anda ingin mengeluarkan sesuatu produk.
Berikut ialah beberapa tips yang anda boleh ikut iaitu:
1. Mudah & Catchy

Jangan pilih nama yang sehinggakan terbelit lidah untuk orang ramai menyebutnya. Apa yang penting, nama brand anda perlulah catchy dan mudah untuk diingati. Barulah mudah untuk anda masuk ke dalam fikiran pelanggan anda.
2. Original

Pastikan nama yang anda pilih belum ada digunakan oleh orang lain. Hal ini adalah penting bagi mengelakkan isu seperti saman hak cipta dan sebagainya. Mudah untuk anda memeriksa samada ia telah digunakan atau tidak.
Anda boleh ke laman web myIPO dan SSM untuk check samada nama brand company kita tu dah digunakan atau belum. Anda juga boleh check dengan masukkan ".com" dihujung nama brand anda.
3. Tweak & Blend
Ambil nama yang di translate dari bahasa Inggeris, kemudian tweak nama tu supaya nama jadi lebih unik dan mudah disebut.
Contohnya, KissBeau Cosmetics ialah hasil gabungan perkataan kiss dan beauty.
4. Ada Maksud

Apabila ada client atau customer tanya “Kenapa pilih nama ni?”, kita dah ada jawapan untuk kita sendiri.
5. Brainstorm
Listkan nama-nama yang terbaik, lepas tu buang nama yang kita rasa kurang sesuai.
Memang makan masa sikit bab nak pilih nama brand ni. Sebab kita nak brand kita ni long term dan boleh bawa bisnes sampai ke peringkat global.
Tips Untuk Trend

Sebelum anda keluarkan kosmetik jenama anda sendiri, pastikan anda dah kaji dahulu trend semasa. Lihat siapa trend setter di dalam industri ini. Dari sini, anda boleh tahu beberapa perkara yang dikehendaki pengguna seperti:
Warna
Tekstur
Packaging
Kesan
Barulah anda boleh proceed untuk mendapatkan sampel daripada kilang kosmetik jenama sendiri seperti Kilang Abam Peah ni. Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan berbagai jenis produk kosmetik dan produk-produk lain.
Tips Marketing Kosmetik Jenama Sendiri
Sebagai bakal founder, anda perlu ketahui ilmu-ilmu marketing, terutamanya tentang pelancaran produk. Di bawah ni, Abam Peah nak share tips penting dalam marketing apa yang perlu anda buat dan apa yang perlu anda elak.
Pertama, anda tak boleh kedekut untuk keluarkan modal marketing. Tanpa marketing, bisnes anda memang akan susah untuk hidup. Abam Peah ada kongsikan mengenai dalam perkongsian sebelum ini.
Baca Selanjutnya : Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2
Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je untuk terus hubungi team Abam Peah. Hanya perlu klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan kosmetik jenama sendiri kali ini.

Comments