top of page

Krim Jerawat Terbaik Jenama Sendiri

Updated: Jan 11, 2023

Mesti anda pernah terfikir untuk menghasilkan krim jerawat terbaik jenama sendiri kan?


Bukan apa. Jerawat ini merupakan masalah kulit yang selalu sangat dihadapi oleh semua orang termasuklah diri kita sendiri. Guna produk tu tak menjadi, guna produk ni pun sama. Sebab itulah terlintas untuk hasilkan produk jenama sendiri je.


Tambahan pula, ada potensi yang sangat besar sebenarnya untuk anda jika anda ingin hasilkan produk jenama anda sendiri berkaitan jerawat ini. Boleh jadi dalam bentuk krim rawatan, serum, krim siang dan malam dan lain-lain.


Dalam artikel ini, team Abam Peah akan memperkenalkan dan berkongsi dengan anda segala bahan-bahan yang sesuai yang perlu ada dalam sebuah krim jerawat terbaik. Jom baca!

.

Fungsi Krim Jerawat Terbaik

.

Tak kisah anda nak hasilkan produk apa sekalipun, anda perlu pastikan ia berfungsi dan memberikan kesan yang terbaik kepada pengguna tanpa ada sebarang kesan sampingan. Ramai founder sekarang ini tersalah pilih kilang yang mampu memberikan kesan yang diimpikan segera.


Namun, ia turut datang bersama-sama dengan kesan sampingan. Akhirnya, produk diboikot dan bisnes terus melingkup. Sebab itulah penting untuk anda memilih kilang yang tepat untuk anda berurusan.


Apa yang penting dalam krim jerawat terbaik, anda perlu pastikan produk anda mempunyai bahan-bahan yang mampu untuk mengurangkan kerengsaan pada kulit disebabkan oleh jerawat, membersihkan liang pori dan mencerahkan kesan parut jerawat.


Ia boleh dihasilkan dalam bentuk krim,gel atau lotion dan untuk digunakan pada kulit yang telah dibersihkan selepas mencuci muka.

.

Bahan dalam Krim Jerawat Terbaik

.

Penting untuk anda memastikan bahan-bahan yang terkandung dalam krim jerawat terbaik anda memainkan peranan yang sepatutnya untuk mengatasi masalah jerawat dan meningkatkan penampilan kulit.


Untuk pengetahuan anda, ada bermacam-macam jenis bahan yang boleh dijumpai dalam krim jerawat. Antaranya adalah agen penghapus jerawat, exfolian, dan pelembap.


Agen penghapus jerawat boleh ditemukan dalam berbagai jenis bahan yang berbeza. Ia bertindak dengan cara membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengelakkan timbulnya jerawat baru.


Bahan-bahan ini anda boleh bincang dengan team Abam Peah. Hal ini kerana bahan-bahan yang akan digunakan bergantung kepada apa kelebihan yang anda ingin ada dalam produk anda.


Exfolian pula membantu dalam proses menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan parut jerawat. Pelembap pula lebih kepada membantu dalam proses mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikannya kelihatan lebih sihat.

.

Contoh Bahan

.

Terdapat beberapa jenis bahan-bahan yang sangat berkesan dalam proses untuk mengatasi dan merawat jerawat, dan setiap bahan dalam krim jerawat terbaik ini memiliki kelebihan tersendiri.


Antara bahan-bahan yang perlu ada dalam krim jerawat adalah:

  • Asid salisilik: membantu membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengelakkan timbulnya jerawat baru

  • Benzoil peroksida: membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan kerengsaan

  • Asid glikolik: mengeksfoliasi kulit dan membantu mencerahkan parut jerawat

Konsentrasi yang disyorkan untuk kebanyakan bahan-bahan ini adalah bergantung kepada manfaat krim jerawat jenama sendiri yang anda ingin hasilkan.


Apa yang anda perlu tahu adalah, tidak semestinya konsentrasti yang tinggi akan berikan kesan yang terbaik pada kulit. Hal ini kerana setiap kulit adalah berbeza dan anda perlu pilih satu tahap yang paling sesuai untuk kebanyakan jenis kulit.


Jika tidak, ia akan menyebabkan iritasi kepada individu yang mempunyai kulit yang agak sensitif.

.

Kepentingan Pemilihan Krim

.

Memilih krim jerawat yang sesuai adalah penting untuk memperoleh hasil yang optimal. Oleh sebab itulah, penting untuk anda mengetahui senarai bahan dan memastikan bahawa bahan yang anda pilih adalah berkesan dan selamat.


Walaupun bahan-bahan yang disebutkan tadi sangat berkesan dalam mengatasi jerawat, mereka juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif jika digunakan dalam konsentrasi yang terlalu tinggi.


Jadi, jika anda ingin menghasilkan krim jerawat jenama sendiri, penting untuk anda pastikan anda mendapat bantuan daripada pakar. Seperti kami di Kilang OEM Abam Peah, kami mempunyai pakar untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan selamat.


Disini, kami mempunyai makmal penyelidikan dan pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar-pakar bertauliah. Setiap produk jenama sendiri yang dihasilkan akan dipastikan memenuhi ciri dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Selain itu, kami juga akan membantu anda dari segi pemilihan bahan, menentukan jenis kesan krim jerawat anda, membantu dari segi design, packaging dan turut menawarkan khidmat photoshoot video dan gambar produk.


Sebab itulah produk klien-klien kami sangat mudah untuk laris dalam pasaran. Nak tahu lebih lanjut bagaimana team Abam Peah boleh bantu anda menghasilkan krim jerawat terbaik? Klik button di bawah untuk dapatkan konsultansi percuma selama 30 minit dengan team Abam Peah.

.







Comments


bottom of page