Lipgloss Jenama Sendiri - Tips Untuk Anda Bermula
- Abam Peah
- Aug 22, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Salah satu produk yang menjadi trending dalam pasaran sekarang ini adalah lipgloss. Sebab itulah semakin ramai usahawan yang mencuba nasib untuk menghasilkan lipgloss jenama sendiri.
Bagi Abam Peah, tiada isu pun sebenarnya jika saingan ramai. Hal ini kerana apa yang menentukan kejayaan sesebuah jenama adalah rezeki dan juga ilmu yang ada pada founder tersebut.
Sebab itulah bagi mana-mana klien yang datang berurusan dengan Abam Peah Holdings, kami akan pastikan mereka benar-benar tahu apa yang mereka lakukan. Abam tanya beberapa soalan mudah je.
"Apa kelebihan lipgloss anda berbanding jenama lain?"
"Siapa yang sesuai dengan lipgloss jenama sendiri yang bakal anda keluarkan?"
"Dimana anda akan promote produk anda nanti?"
Kalau anda boleh jawab soalan-soalan tersebut, bermaksud anda dah buat kajian. Tapi jangan main rasa-rasa ye. Rasa-rasa tu akan buatkan bisnes anda susah untuk berjaya. Anda cuma perlu fokus pada tips yang abam ada kongsikan dalam artikel-artikel sebelum ni.
Baca Sini : Cara Buat Produk Sendiri - PART 1
Barulah anda faham proses pembuatan produk tak susah. Proses untuk menjualnya sahaja yang susah.
Sebabnya, untuk menghasilkan lipstick OEM Malaysia, anda tak perlu fikir pun macam mana proses bermula daripada formula lipgloss, bahan lipgloss, macam mana nak masukkan dalam bekas, packaging macam mana dan bahan marketing.
Semua ini anda serahkan kepada kilang produk jenama sendiri atau kilang OEM seperti kilang Abam Peah. Abam dan team memang sentiasa bagi ekstra sekali dengan bahan-bahan pemasaran seperti video dan gambar.

Bukan apa. Kira mudah bila dah siap boleh terus jual.
Bahagian susahnya pula adalah untuk keluar dengan identiti anda sendiri baik dari segi nama atau brand, jenis yang sesuai dalam pasaran, packaging dan juga marketing. Ramai yang rasa bila mereka mempunyai modal, mereka confirm berjaya.
Sedangkan banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan seperti rezeki dan juga macam mana anda mempersembahkan produk anda serta cara anda memasarkan produk anda.
Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini, Abam Peah akan kongsikan dengan anda beberapa tips untuk anda keluarkan lip gloss jenama sendiri. Jom baca!
Tips Pilih Nama Lipgloss Jenama Sendiri
Nama atau brand anda merupakan identiti bisnes anda. Anda boleh memilih nama yang tradisional sebagai contoh Mawar Cosmetics, Cempaka Cosmetics dan lain-lain. Anda juga boleh memilih nama moden seperti kebanyakan brand di luar sana.
Apa yang penting adalah pemilihan nama ini biarlah menarik dan catchy. Barulah orang ramai mudah untuk mengingati anda. Jelas kan? Anda juga kena tahu bezakan nama untuk jenama dan juga nama untuk koleksi.
Sebagai contoh, nama untuk jenama anda adalah Mawar Cosmetics. Kemudian untuk permulaan anda ingin keluarkan koleksi lipgloss. Nama koleksi anda boleh jadi apa-apa sahaja. Contoh, Embun Lipgloss Collection by Mawar Cosmetics.
Tips Untuk Trend

Sebelum anda buat keputusan berkenaan lipgloss OEM Malaysia yang anda bakal keluarkan, pastikan anda dah buat research dahulu. Lihat siapa trend setter di dalam industri ini. Dari sini, anda boleh tahu beberapa perkara yang dikehendaki pengguna seperti:
Warna
Tekstur
Packaging
Kesan
Harga
Medium pemasaran
Bahan pemasaran
Barulah anda boleh proceed untuk mendapatkan sampel daripada kilang OEM untuk lipgloss jenama sendiri seperti di Kilang Abam Peah ni. Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan berbagai jenis produk termasuklah lipsgloss dan produk kosmetik yang lain.
Jangan risau. Anda boleh beritahu kami apa yang anda perlukan. Warna macam mana yang anda idamkan dan tekstur jenis apa. Team abam boleh hasilkan mengikut kriteria anda.
Tips Marketing Lipgloss Jenama Sendiri

Penentu terbesar dari usaha anda sendiri selain daripada rezeki adalah rancangan pemasaran atau marketing anda. Ramai pemilik bisnes terutamanya yang baru bermula ini membuat kesilapan yang sangat-sangat kritikal.
Mereka hanya ada idea untuk produk semata-mata tanpa ada idea bagaimana untuk memasarkan produk mereka. Ramai yang beranggapan apabila mereka keluarkan produk, cukup sekadar share di Facebook, Instagram atau Tiktok peribadi sahaja.
Kalau anda merupakan influencer atau public figure, anda masih perlu melihat siapa yang follow anda. Adakah mereka termasuk di dalam kategori target audience anda? Abam Peah ada kongsikan dalam artikel sebelum ini berkenaan target audience.
Baca Selanjutnya : Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2
Kalau nak lagi mudah dan cepat untuk keluarkan lipgloss jenama sendiri , anda boleh je untuk terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel kali ini. Semoga bermanfaat!
Comentários