Lipstick Jenama Sendiri - Rahsia Produk Laris
- Abam Peah
- Aug 14, 2022
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2023
Bayangkan kalau anda mempunyai lipstick jenama anda sendiri? Mesti best sebab orang ramai akan gunakan brand anda. Brand anda juga akan menjadi sebutan ramai. Siap boleh pasang billboard lagi tepi highway.
Tapi, mudah ke sebenarnya untuk menjadi founder lipstick jenama sendiri? Kalau anda tanyakan soalan tersebut kepada Abam Peah, abam memang akan jawab mudah dan susah.
Sebabnya, untuk menghasilkan lipstick tersebut, memang sangat-sangat mudah. Anda tak perlu fikir pun macam mana proses bermula daripada formula lipstick, bahan lipstick, macam mana nak masukkan dalam bekas, packaging macam mana dan bahan marketing.
Semua ini anda serahkan kepada kilang produk jenama sendiri atau kilang OEM seperti kilang Abam Peah. Abam dan team memang sentiasa bagi ekstra sekali dengan bahan-bahan pemasaran seperti video dan gambar.

Bukan apa. Kira mudah bila dah siap boleh terus jual.
Bahagian susahnya pula adalah untuk keluar dengan identiti anda sendiri baik dari segi nama atau brand, jenis yang sesuai dalam pasaran, packaging dan juga marketing. Sebab itulah kalau anda ada modal sahaja tanpa ada ilmu bisnes, agak susah sikit untuk anda bersaing dalam pasaran.
Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini, Abam Peah akan kongsikan dengan anda beberapa tips untuk anda keluarkan lipstick jenama sendiri. Jom baca!
Tips Pilih Nama Lipstick Jenama Sendiri

Nama atau brand anda merupakan identiti bisnes anda. Anda boleh memilih nama yang tradisional sebagai contoh Mawar Cosmetics, Cempaka Cosmetics dan lain-lain. Anda juga boleh memilih nama moden seperti kebanyakan brand di luar sana.
Apa yang penting adalah pemilihan nama ini biarlah menarik dan catchy. Barulah orang ramai mudah untuk mengingati anda. Jelas kan? Anda juga kena tahu bezakan nama untuk jenama dan juga nama untuk koleksi.
Sebagai contoh, nama untuk jenama anda adalah Mawar Cosmetics. Kemudian untuk permulaan anda ingin keluarkan koleksi lipstick. Nama koleksi anda boleh jadi apa-apa sahaja. Contoh, Embun Lipstick Collection by Mawar Cosmetics.
Tips Untuk Trend
Sebelum anda keluarkan lipstick jenama anda sendiri, pastikan anda dah kaji dahulu trend semasa. Lihat siapa trend setter di dalam industri ini. Dari sini, anda boleh tahu beberapa perkara yang dikehendaki pengguna seperti:
Warna
Tekstur
Packaging
Kesan
Barulah anda boleh proceed untuk mendapatkan sampel daripada kilang lipstick jenama sendiri seperti Kilang Abam Peah ni. Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan berbagai jenis produk termasuklah lipstick dan produk kosmetik yang lain.
Tips Marketing Lipstick Jenama Sendiri

Penentu terbesar dari usaha anda sendiri selain daripada rezeki adalah rancangan pemasaran atau marketing anda. Ramai pemilik bisnes terutamanya yang baru bermula ini membuat kesilapan yang sangat-sangat kritikal.
Mereka hanya ada idea untuk produk semata-mata tanpa ada idea bagaimana untuk memasarkan produk mereka. Ramai yang beranggapan apabila mereka keluarkan produk, cukup sekadar share di Facebook, Instagram atau Tiktok peribadi sahaja.
Kalau anda merupakan influencer atau public figure, anda masih perlu melihat siapa yang follow anda. Adakah mereka termasuk di dalam kategori target audience anda? Abam Peah ada kongsikan dalam artikel sebelum ini berkenaan target audience.
Baca Selanjutnya : Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2
Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je untuk terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel kali ini. Semoga bermanfaat!
Comments