Maksud OEM Yang Sebenar-Benarnya!
- Abam Peah
- Aug 15, 2022
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2023
Kalau ikutkan maksud asal OEM, ia merujuk kepada original equipment manufacturer. Dulu-dulu term OEM ini lebih kepada pengeluar atau kilang asal yang mengeluarkan komponen atau bahagian-bahagian barangan elektronik.
Sebagai contoh, kilang A mendapat kontrak daripada brand Epal untuk menghasilkan komponen tertentu dalam phone Epal. Jadi, jika anda mencari spare part untuk komponen tersebut dan ia dikata komponen OEM, maksud OEM di sini adalah ia merupakan komponen asli yang dikeluarkan oleh kilang A tadi.
Bezanya, kilang A tak boleh claim dia buat untuk brand Epal tersebut. Penghasilan komponen ini pula adalah dalam jumlah yang sangat besar dan banyak. Ia kemudiannya akan diambil oleh mana-mana brand dan dijual di bawah brand tersebut.
Maksud OEM Untuk Produk

Produk yang Abam Peah nak ceritakan untuk bahagian ini pula adalah produk seperti:
Kosmetik
Kecantikan
Suplemen kesihatan
Makanan dan minuman tambahan
Aromaterapi dan spa
Penjagaan diri
Fesyen
Dan lain-lain
Maksud OEM untuk produk-produk ini pula adalah produk yang dihasilkan oleh mana-mana kilang OEM kepada pemilik bisnes yang ingin mengeluarkan produk jenama mereka sendiri.
Ada banyak jenis kilang OEM daripada yang berkualiti sehinggalah yang tidak berkualiti. Kilang yang tidak berkualiti inilah yang merosakkan industri produk OEM dan mencemarkan maksud OEM itu sendiri.
Produk OEM = Produk Timbang Kilo?

Sebelum perkataan OEM ini menjadi popular, perkataan produk timbang kilo popular terlebih dahulu. Banyak sekarang ini kes-kes founder produk yang kantoi bahawa produk mereka adalah produk timbang kilo.
Semuanya selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan produk jenama sendiri yang mengandungi bahan-bahan terlarang terutamanya untuk produk kosmetik, kecantikan, makanan dan minuman tambahan.
Bahan-bahan terlarang inilah yang menyebabkan produk mereka mampu untuk memberikan kesan positif dalam masa yang sangat pantas. Namun, kesan negatifnya pula dalam tempoh jangka masa yang sangat panjang.
Baca Juga : Kilang Jenama Sendiri Penipu? Biar Betul Geng!
Ada juga yang kehilangan nyawa disebabkan oleh tindakan tidak bermoral pihak founder dan juga kilang tersebut. Sebab itulah Abam Peah minta sangat-sangat supaya anda melakukan kajian terlebih dahulu terutamanya berkenaan kilang OEM yang bakal anda berurusan nanti.
Pastikan mereka mempunyai pengesahan dan pengiktirafan terutamanya daripada KKM bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini daripada berlaku.
Kenapa Kena Tempah di Kilang OEM?

Abam Peah sendiri kerap disoal sebegini oleh rakan-rakan, saudara dan keluarga abam. Tujuan utama adanya kilang OEM ini adalah untuk memudahkan mana-mana pemilik bisnes untuk mengeluarkan produk jenama mereka sendiri.
Bayangkan jika pemilik bisnes ini mempunyai idea produk yang hebat namun mempunyai kekangan modal. Macam mana untuk dia setup kilang sendiri bagi penghasilan produk tersebut?
Kos untuk membuka sebuah kilang bukan murah ye. Pasukan penyelidik, makmal penyelidikan, penggunaan teknologi, penggunaan mesin dan tenaga kerja sudah menelan kos yang sangat besar.
Baca Juga : Kilang OEM - 4 Tips Pilih Kilang Terbaik
Belum lagi kos bagi urusan-urusan pengesahan dan pengiktirafan. Semuanya menelan kos yang sangat besar juga. Sebab itulah wujudnya kilang OEM ini. Pemilik bisnes dapat menjalankan bisnes dengan kos yang sangat minima.
Selain daripada itu, Abam Peah sebenarnya excited bila dapat melihat, membimbing dan membantu ramai pemilik bisnes berjaya dengan bisnes mereka. Sebab itulah abam sediakan pakej yang mampu milik untuk mereka yang baru ingin bermula.
Tak cukup dengan itu, team abam juga ada sediakan guide daripada pemilihan produk sehinggalah penghasilan bahan untuk pemasaran. Mudah kan? Dah siap boleh terus jual. Semua benda kami uruskan.
Nak tahu macam mana untuk berurusan dengan team Abam Peah, anda boleh kik button di bawah.

Commenti