top of page

Iodin - 10 Manfaat Untuk Anda Part 2

Ini merupakan bahagian kedua dan sambungan untuk tajuk “10 Manfaat Iodin Untuk Anda”.


Jika anda belum baca bahagian pertama, pastikan anda baca juga perkongsian tersebut kerana anda bakal terlepas info yang menarik di sana.



Iodin dianggap sebagai mineral yang penting untuk badan anda kerana ia membantu badan anda berfungsi dengan baik.


Ia boleh dijumpai secara semulajadi dalam tanah dan dan air laut.


Jadi, sayuran yang tumbuh dalam tanah beryodium dan hasil laut merupakan sumber makanan yang baik untuk anda dapatkan iodin.


Apapun jom kita teruskan dengan 5 lagi manfaat yang boleh diberikan oleh iodin kepada badan anda.


Manfaat Iodin - Sambungan


1. Meningkatkan fungsi kognitif


Seperti yang telah disebut dalam bahagian pertama, pengambilan iodin semasa kehamilan boleh meningkatkan perkembangan otak bayi.


Manfaat ini juga boleh dilanjutkan untuk kesihatan fungsi otak semasa zaman kanak-kanak.


Ini juga boleh mengurangkan risiko kecacatan intelek.


Selalunya kanak-kanak mendapat iodin yang cukup melalui pemakanan mereka, namun anda boleh bertanya pakar kanak-kanak untuk pengesahan lanjut mengenai pengambilan iodin mereka.


2. Membantu merawat penyakit payudara fibrocystic


Suplemen atau ubatan iodin mungkin boleh membantu merawat penyakit payudara fibrocystic.


Keadaan ini bukanlah kanser, dan biasa berlaku kepada wanita dalam usia reproduktif serta menyebabkan ketulan payudara yang menyakitkan.


Walaupun terdapat info yang menjanjikan iodin boleh membantu dengan sista payudara fibrocystic, anda tidak seharusnya cuba merawatnya sendiri.


Anda hanya boleh mengambil suplemen iodin untuk merawat keadaan ini jika anda mendapat saranan doktor.


Jika tidak, anda berisiko untuk mengalami kesan sampingan daripada ketoksikan iodin.


3. Membersihkan air


Iodin merupakan salah satu kaedah untuk membersihkan atau mendisinfeksi air.


Ini boleh membantu terutamanya dalam keadaan di mana anda tidak mempunyai akses kepada sumber air bersih seperti banjir dan sebagainya.


Dua peratus cecair iodin berwarna boleh ditambahkan kepada air dalam kenaikan 5 titis setiap satu liter air jernih.


Jika air tersebut keruh, tambahkan 10 titis setiap satu liter air.


Walaupun ia berfungsi untuk disinfeksi air minuman, terdapat juga kebimbangan bahawa ia boleh meningkatkan pengambilan iodin keseluruhan dan menjejaskan kesihatan.


Jumlah pengambilan iodin tidak sepatutnya melebihi 2 mg setiap hari.


4. Perlindungan daripada kejatuhan nuklear


Jika berlaku kecemasan nuklear, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menyarankan penggunaan kalium iodida (KI) untuk melindungi kelenjar tiroid anda daripada kerosakan radiasi.


Ia boleh didapati dalam formulasi tablet dan cecair.


Walaupun ia tidak semestinya boleh melindungi anda sepenuhnya daripada radiasi, namun lebih cepat KI diambil, tiroid anda dipercayai akan dilindungi dengan lebih baik.


Anda perlu tahu bahawa terdapat risiko serius yang dikaitkan dengan KI, termasuk masalah gastrousus, keradangan, dan tindak balas alahan.


Anda lebih berisiko untuk mengalami komplikasi jika anda telah mempunyai penyakit tiroid.



5. Merawat jangkitan


Iodin yang datang dalam bentuk cecair boleh digunakan dengan disapu pada bahagian berkaitan untuk membantu merawat dan mencegah jangkitan.


Ia berfungsi dengan membunuh bakteria di dalam dan sekeliling luka yang ringan.


Iodin sapuan tidak patut digunakan ke atas bayi yang baru lahir. Ia juga tidak boleh digunakan pada luka yang dalam, gigitan haiwan, atau kulit melecur.


Pastikan anda ikut arahan pada bungkusan untuk informasi dos, dan jangan gunakan untuk lebih daripada 10 hari melainkan diarahkan oleh doktor.


Kesimpulan Manfaat Iodin


Iodin merupakan nutrien yang penting untuk anda.


Individu yang tinggal di kawasan dengan akses mudah kepada garam beryodium, makanan laut, dan sesetengah jenis sayuran boleh mendapatkan iodin daripada pemakanan mereka.


Dalam sesetengah kes, anda perlu mengambil suplemen iodin untuk mengelakkan diri anda daripada mengalami kekurangan iodin, atau sebagai rawatan untuk masalah kesihatan yang tertentu.


Anda boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai keperluan iodin anda.


Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini mengenai manfaat iodin untuk anda. Oh. Khas untuk anda yang nak buat suplemen jenama sendiri.


Kilang Abam Peah ada promosi tak masuk akal baik dari MOQ dan bajet serta bahan-bahan marketing percuma. Gambar, video dan photoshoot produk percuma! Jimat banyak.


Jom baca perkongsian Abam Peah mengenai suplemen jenama sendiri dan promosi yang anda bakal dapat. Klik button di bawah.





Comments


bottom of page