Minuman Bervitamin Jenama Sendiri - Sedap & Segar!
- Abam Peah
- Aug 15, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Antara produk yang berpotensi untuk mengaut keuntungan sekarang ini dalam pasaran adalah produk minuman bervitamin jenama sendiri. Nak tahu kenapa? Jom Abam Peah kongsikan dalam perkongsian kali ini.
Antara jenis suplemen yang terdapat di pasaran adalah minuman bervitamin yang mengandungi vitamin tambahan. Selain daripada vitamin sintetik, minuman bervitamin juga mengandungi bahan-bahan yang lain seperti gula (dalam kuantiti yang sangat sedikit) dan penambah perisa untuk membuatkannya lebih sedap.
Terdapat juga minuman bervitamin yang mengandungi kafein. Biasanya minuman ini diambil oleh atlet-atlet setelah bersukan untuk mengembalikan nutrisi yang telah hilang. Minuman ini juga boleh diambil oleh orang yang memerlukan vitamin tambahan seperti kanak-kanak, orang sakit dan warga tua.
Bayangkan jika anda mempunyai minuman bervitamin jenama anda sendiri. Lebih-lebih lagi bila produk anda menjadi pilihan atlet-atlet terkenal dan menjadi produk pilihan untuk orang ramai.
Mesti best kan?
Sekarang pula zaman pasca covid, orang ramai pun mula bersukan kembali. Kalau anda nak keluarkan produk minuman bervitamin, inilah masanya!
Mungkin ramai yang rasa susah untuk memulakan produk minuman bervitamin jenama sendiri. Abam Peah nak beritahu anda bahawa tak susah sebenarnya kalau anda nak keluarkan minuman bervitamin jenama sendiri.

Tak percaya? Meh Abam Peah jelaskan sebabnya.
Kilang OEM seperti kilang Abam Peah ada menyediakan kepakaran untuk menghasilkan minuman bervitamin dari formulasi dan pembuatan, sampai ke packaging, bahkan bahan untuk marketing pun kami boleh sediakan.
Anda hanya perlu pakej yang sesuai sahaja, produk boleh siap tanpa anda perlu belajar tentang cara bancuhan minuman bervitamin dan sebagainya. Yang tinggal sekarang hanyalah untuk anda memulakan langkah mempromosikan produk minuman bervitamin jenama anda sendiri.
Kalau anda ingin tahu tips-tips untuk anda keluarkan minuman bervitamin jenama sendiri, abam nak anda baca perkongsian ni sampai habis.
Tips Pilih Nama Minuman Bervitamin Jenama Sendiri

Benda pertama yang anda perlu fikirkan dalam marketing plan anda adalah nama jenama atau brand anda. Tanpa jenama, macam mana nak promosikan produk kan?
Untuk pilihan nama jenama, anda boleh pilih apa sahaja nama yang anda suka asalkan ianya menarik dan ringkas. Barulah orang mudah untuk ingat jenama anda.
Antara contoh nama-nama moden yang anda boleh gunakan adalah VitaSolution, Natural Vitamin, Fruity dan sebagainya. Jika anda ingin mengeluarkan koleksi minuman bervitamin yang tertentu, anda perlu tahu untuk membezakan nama koleksi dan nama jenama.
Contohnya jika nama jenama adalah VitaSolution, dan anda ingin keluarkan koleksi minuman bervitamin dengan perisa buah-buahan, anda boleh namakan koleksi tersebut sebagai Fruity Collection by VitaSolution.
Tips Untuk Trend

Selepas anda dah berpuas hati dengan nama jenama anda, kini tiba masanya untuk anda lakukan langkah seterusnya. Sebelum anda launch produk minuman bervitamin jenama sendiri, pastikan anda lakukan sedikit research untuk memahami trend semasa.
Perhatikan jenama-jenama besar atau trendsetter di dalam industri minuman bervitamin dan belajar bagaimana mereka mengeluarkan produk mereka. Dari sini, anda boleh mengetahui kehendak pengguna seperti:
Perisa
Jenis vitamin
Packaging
Manfaat
Barulah anda boleh customize produk anda dan dapatkan sampel daripada kilang OEM seperti Kilang Abam Peah ini. Segala customization yang anda kehendaki, kami boleh penuhi kerana di sini kami ada kepakaran untuk menghasilkan bermacam jenis minuman termasuklah minuman bervitamin.
Tips Marketing Minuman Bervitamin Jenama Sendiri
Walaupun kejayaan sesuatu bisnes itu bergantung kepada rezeki, namun anda juga harus bijak dalam merancang langkah pemasaran atau marketing anda. Jika anda tidak mempunyai perancangan yang kukuh, produk anda akan susah untuk laku di pasaran walaupun anda mempunyai idea produk yang terbaik.
Ramai yang hanya mengiklankan produk mereka di media sosial tanpa melakukan apa-apa kajian tentang audience mereka. Jika anda ingin memasarkan produk anda di Instagram misalnya, anda perlu tahu dahulu adakah followers anda termasuk dalam golongan target audience anda.
Abam Peah ada kongsikan tentang target audience dalam artikel sebelum ini.
Baca Selanjutnya: Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2
Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan susu berperisa jenama sendiri kali ini. Semoga bermanfaat!
コメント