Minyak Aromaterapi Jenama Sendiri
- Abam Peah
- Aug 22, 2022
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2023
Sebagai usahawan, pastinya anda perasan akan satu trend terkini dalam pasaran iaitu minyak aromaterapi jenama sendiri. Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, minyak aromaterapi mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran sekarang ini.
Sebab itulah jika anda merupakan usahawan yang sedang merancang untuk mengeluarkan minyak aromaterapi jenama sendiri, anda perlu teruskan segera perancangan tersebut.
Ada satu rahsia yang Abam Peah nak kongsi dengan anda. Apa yang menentukan kejayaan bisnes anda adalah ilmu dan kemahiran bisnes yang anda ada. Sebab itulah bagi mereka yang berurusan dengan kilang OEM Abam Peah Holdings, abam dan team akan berikan guide dari awal sehingga anda berjaya.
Sebelum abam sentuh lebih lanjut berkenaan bagaimana team abam boleh bantu anda, jom baca dahulu sedikit sebanyak mengenai minyak aromaterapi yang anda perlu tahu.
Kegunaan Minyak Aromaterapi Jenama Sendiri
Banyak kegunaan dan kelebihan yang dapat diperoleh hasil daripada minyak wangi aromaterapi ini dalam kehidupan seharian kita. Antara kegunaan dan kelebihan yang ada adalah seperti berikut :
1. Masalah Tidur
Ramai sebenarnya yang mempunyai masalah untuk tidur. Masalah ini dikenali sebagai insomnia. Namun, kajian daripada pakar telah membuktikan bahawa minyak aromaterapi mampu untuk menyelesaikan masalah ini.
2. Meredakan stress
Hidup zaman sekarang sangat mencabar. Baik dari segi kerja, keluarga, masyarakat, ekonomi dan juga kewangan. Jadi, tidak hairanlah kenapa rakyat zaman sekarang hidup dalam keadaan yang sangat tertekan.
Kajian juga membuktikan bahawa minyak aromaterapi mampu untuk meredakan stress yang dialami. Bau wangian bahan yang digunakan mampu memberikan sensasi ketenangan di dalam diri.
3. Sakit Kepala
Ramai sebenarnya yang mengalami masalah sakit kepala. Ada banyak faktor yang mendorong kepada masalah ini. Namun, di antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah tekanan dan kerja.
Banyak sangat perkara yang perlu difikirkan pada zaman sekarang sehingga menyebabkan kepala anda mudah untuk berasa sakit. Selain itu, tuntutan kerja yang memerlukan anda menghadap skrin terlalu lama juga boleh menjadi punca.
Brand Produk
Antara langkah pertama dalam penghasilan produk adalah untuk memilih nama atau brand yang sesuai dengan bisnes anda. Sebagai contoh, nama yang dipilih haruslah catchy dan berkaitan dengan produk anda.
Jika anda ingin menghasilkan minyak aromaterapi untuk memberikan ketenangan, janganlah pilih nama-nama yang terlebih “rancak”. Pilih nama yang tenang-tenang je.
Kajian Pasaran
Sangat penting untuk anda mengkaji pasaran terlebih dahulu sebelum anda terus keluarkan produk jenama sendiri. Sebagai contoh, anda boleh lihat apa yang paling diperlukan oleh masyarakat sekarang ini.
Lihat siapa pesaing anda dan minyak aromaterapi jenama sendiri bagaimana yang mereka keluarkan. Dari sini barulah anda boleh untuk tentukan beberapa perkara seperti berikut:
Kesan
Harga
Nama brand
Medium pemasaran
Bentuk pemasaran
Packaging
Dan lain-lain
Selepas anda dah kenal pasti perkara-perkara yang disebutkan tadi, barulah mudah untuk anda menghasilkan jenama anda sendiri.
Cara Jual Minyak Aromaterapi Jenama Sendiri
Seterusnya anda perlu tahu bagaimana cara untuk anda mempromosikan minyak aromaterapi jenama sendiri ini. Untuk tips dan informasi lanjut, Abam Peah ada kongsikan di dalam artikel-artikel sebelum ini.
Ada banyak perkara yang abam sentuh. Sampai terpaksa abam hasilkan dua bahagian yang berbeza untuk topik cara buat produk jenama sendiri tersebut.
Baca Sini : Cara Buat Produk Jenama Sendiri - PART 1
Tapi, kalau anda nak bantuan segera, anda boleh bekerjasama dengan team abam. Klik button di bawah dan team abam akan bantu bermula daripada penghasilan produk sehinggalah penghasilan bahan pemasaran seperti poster dan video untuk iklan (PERCUMA).
Comments