Minyak Kelapa - 10 Manfaat Untuk Anda
- Abam Peah
- Oct 15, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Minyak kelapa semakin mendapat sambutan sebagai minyak memasak sejak kebelakangan ini.
Ramai yang semakin sedar akan manfaatnya kepada kesihatan badan, termasuk ciri-ciri antimikrob dan antioksidan.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan terangkan 10 manfaat minyak kelapa terhadap kesihatan anda.
1. Menggalakkan pembakaran lemak
Minyak kelapa sebenarnya kaya dengan medium-chain triglycerides (MCTs) iaitu sejenis lemak tepu.
Secara amnya, lemak tepu terbahagi kepada 3 kategori di mana setiap satunya mempunyai kesan yang berbeza pada badan anda.
Rantai panjang (Long-chain)
Rantai sederhana (Medium-chain)
Rantai pendek (Short-chain)
Terdapat bukti kajian yang menunjukkan pengambilan MCT boleh meningkatkan jumlah kalori yang dibakar oleh badan.
Jadi, ia mungkin membantu anda menurunkan berat badan.
2. Boleh menjadi sumber tenaga yang cepat
Kandungan MCT yang terdapat dalam minyak kelapa boleh membekalkan tenaga yang cepat untuk anda.
MCT yang anda ambil terus disalurkan kepada hati anda dan menjadi bekalan tenaga yang pantas seperti karbohidrat, iaitu sumber tenaga utama badan anda.
Sebenarnya, MCT juga telah lama digunakan dalam produk nutrisi sukan untuk para atlet yang memerlukan sumber tenaga yang pantas.
3. Mungkin mempunyai kesan antimikrob
Minyak kelapa mempunyai sifat antimikrob dan anti-kulat kerana kandungan MCT, atau lebih tepat lagi asid laurik.
Asid laurik merupakan asid lemak yang membentuk kira-kira 50% daripada MCT dalam minyak kelapa.
Kajian menunjukkan asid laurik mungkin boleh memainkan peranan sebagai agen bakteriostatik, iaitu bahan yang menghalang bakteria daripada membiak tanpa membunuhnya.
4. Mengurangkan rasa lapar
Salah satu ciri-ciri MCT yang menarik ialah ia dapat mengurangkan pengambilan makanan.
Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana badan anda mencerna MCT, sebahagian MCT yang anda ambil diproses dalam satu proses yang menghasilkan molekul yang digelar keton.
Keton boleh mengurangkan selera makan dengan bertindak secara langsung pada saraf otak atau mengubah kadar hormon lapar seperti ghrelin.
5. Mungkin boleh mengurangkan sawan
Diet keto yang rendah karbohidrat dan tinggi lemak telah lama digunakan untuk merawat pelbagai masalah termasuk epilepsi tahan dadah.
Ia menunjukkan boleh membantu dalam mengurangkan kekerapan sawan berlaku.
Pengkaji percaya bahawa kekurangan glukosa untuk menjana sel otak boleh menjadi sebab dalam pengurangan kekerapan sawan dalam kalangan individu yang mengalami epilepsi dengan diet keto.
6. Menjaga kesihatan kulit
Minyak kelapa bukan hanya digunakan untuk makanan, ia juga sesuai digunakan pada kulit sebagai produk kosmetik penjagaan kulit.
Kajian menunjukkan minyak kelapa boleh meningkatkan kelembapan dalam kulit yang kering.
Ia juga mungkin meningkatkan fungsi kulit, membantu mencegah kehilangan air yang berlebihan dan melindungi anda daripada faktor luaran seperti agen berjangkit, bahan kimia dan alergen.
7. Boleh melindungi rambut anda
Minyak kelapa juga boleh membantu anda mencegah kerosakan rambut.
Sebagai contoh, satu kajian menyatakan bahawa disebabkan minyak kelapa menembusi lapisan helaian rambut, ia membuatkan rambut lebih fleksibel dan kuat untuk mencegah rambut daripada mudah putus atau rosak.
Kajian lain juga mendapati minyak kelapa menyuburkan helaian rambut dan mengurangkan kerosakan rambut.
8. Meningkatkan kesihatan oral
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa menggunakan minyak kelapa sebagai bahan pencuci mulut boleh memberi manfaat kepada kebersihan mulut anda dengan cara yang menjimatkan kos.
Pencuci mulut minyak kelapa ini boleh mengurangkan jumlah bakteria berbahaya dalam mulut dengan ketara.
Ini mungkin boleh dikaitkan dengan sifat antibakteria asid laurik.
Tambahan pula, asid laurik dalam minyak kelapa bertindak balas dengan air liur untuk membentuk bahan seperti sabun yang mencegah kaviti dan mengurangkan pembentukan plak gigi dan radang gusi.
9. Mungkin boleh mengurangkan simptom penyakit Alzheimer
Penyakit Alzheimer merupakan punca masalah dementia yang paling biasa berlaku.
Kondisi ini mengurangkan kebolehan otak anda untuk menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.
Bagaimanapun, pengkaji percaya bahawa keton boleh menghilangkan tanda awal penyakit Alzheimer dengan membekalkan tenaga alternatif untuk sel otak.
Baca Juga : Iodin - 10 Manfaat Untuk Anda
10. Sumber antioksidan yang baik
Minyak kelapa merupakan sumber yang baik untuk antioksidan yang boleh membantu meneutralkan molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas.
Ini secara tidak langsung boleh membantu mencegah penyakit kronik dan degeneratif.
Antioksidan dalam minyak kelapa memberikan ia potensi anti-radang dan kesan perlindungan otak.
Kesimpulan Manfaat Minyak Kelapa
Minyak kelapa boleh memberikan manfaat kepada kesihatan anda samada apabila ditambah ke dalam makanan atau digunakan sebagai produk penjagaan diri.
Namun jika anda ingin menambahkan minyak kelapa ke dalam makanan, pastikan anda ambil dalam kadar yang tidak berlebihan untuk mengelakkan risiko penyakit jantung.
Sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kami ini mengenai manfaat minyak kelapa. Semoga perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.
Oh. Sebelum Abam Peah terlupa, kilang abam ada promosi menarik untuk anda yang nak hasilkan suplemen jenama sendiri. Memang team Abam Peah akan guide dari A-Z.
Untuk informasi lanjut, klik button di bawah.
Comments