OEM Skincare Malaysia - Jenis Produk Yang Ada
- Abam Peah
- Aug 22, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
OEM skincare Malaysia sekarang ini mendapat sambutan yang sangat-sangat luar biasa. Baik para usahawan yang ingin keluarkan produk skincare sendiri dan juga pengguna yang semakin percaya dengan jenama tempatan.
Skincare merupakan niche yang sentiasa mempunyai demand yang sangat tinggi dalam pasaran. Semua ini disebabkan oleh ramai yang sangat-sangat menjaga kesihatan kulit dan ramai juga yang mengalami masalah kulit.
Cumanya ada satu soalan yang bermain dalam fikiran para usahawan. Susah ke sebenarnya untuk menghasilkan produk skincare jenama sendiri? Kalau tanya Abam Peah, proses penghasilan tu tak susah sebab anda serahkan kepada kilang OEM skincare Malaysia.
Team abam boleh uruskan proses untuk hasilkan produk skincare yang anda mahukan daripada formulasi bahan-bahan, sampailah ke packaging. Tak cukup dengan itu, kami juga akan uruskan bahan untuk marketing. Serahkan saja pada kami.
Jadi anda tak perlu pening kepala fikir macam mana nak hasilkan produk skincare tersebut. Anda hanya perlu fikirkan cara nak jual sahaja. Barangan skincare yang dihasilkan di kilang kami juga mematuhi segala piawaian yang telah ditetapkan oleh KKM. Produk anda dijamin selamat untuk digunakan.
Jenis Produk Skincare Jenama Sendiri
Terdapat beberapa produk skincare pilihan yang boleh dihasilkan di kilang kami seperti:
Krim Rawatan
Krim Siang dan Malam
Serum
Kalau nak keluarkan sesuatu produk, anda mestilah kenal dulu produk yang anda nak jual kan? Barulah senang nak yakinkan orang ramai untuk membeli produk skincare jenama anda.
Jangan risau, Abam Peah akan ceritakan sedikit sebanyak tentang produk-produk yang abam sebutkan tadi. Jom baca sampai habis!
OEM Skincare Malaysia - Krim Rawatan

Sesuai dengan namanya, krim ini berfungsi untuk merawat dan menghilangkan parut yang ada pada kulit. Terdapat juga krim rawatan yang boleh memulihkan kulit yang rosak.
Dengan formulasi krim yang betul, ia juga boleh mencerahkan kembali kulit yang gelap akibat terbakar di bawah matahari. Jika anda mempunyai masalah tertentu yang anda ingin selesaikan dengan krim rawatan, anda boleh usulkan kepada kami.
Team R&D di Abam Peah Holdings mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam menghasilkan formulasi mengikut apa yang diinginkan oleh anda. Sebut sahaja apa yang anda ingin capai dengan skincare OEM Malaysia yang bakal anda keluarkan.
Team abam akan hasilkan formulasi dan memilih bahan-bahan yang sesuai. Seterusnya pihak anda akan diberikan sampel terlebih dahulu. Selepas semuanya memenuhi kriteria anda, anda boleh berbincang dengan lebih lanjut mengenai penghasilannya.
OEM Skincare Malaysia - Krim Siang dan Malam

Krim siang dan krim malam mempunyai fungsi yang berbeza dan digunakan pada waktu yang berbeza. Bagi anda yang sudah terbiasa dengan produk skincare, kedua-dua jenis krim ini pastinya tidak asing lagi buat anda.
Krim siang lebih fokus untuk melindungi kulit daripada risiko kerosakan seperti sinaran matahari, pencemaran, radikal bebas, dan bahan kimia dalam makeup. Ia biasanya dipakai sebelum mengenakan solekan untuk mengekalkan efek makeup.
Krim malam pula lebih fokus untuk merawat kulit anda. Ianya boleh membaiki, melembab dan memulihkan kesihatan kulit sewaktu anda tidur. Kedua-dua krim ini biasanya dijadikan satu set.
Skincare OEM - Serum

Serum pula merupakan jenis cecair rumusan khas yang mengandungi bahan aktif seperti antioksidan dan peptida yang boleh memulihkan dan menyuburkan kulit. Teksturnya yang halus membolehkan ia untuk meresap jauh ke dalam kulit untuk merawat dengan lebih cepat dan efektif.
Penggunaan serum juga semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna masa kini. Hal ini kerana semakin ramai yang menyedari bahawa kulit mereka memerlukan penjagaan yang sangat teliti dan rapi.
Kesimpulan
OEM skincare Malaysia mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk anda bermula. Dengan mengkaji kehendak pasaran dengan sebaiknya, anda mampu untuk keluarkan produk jenama anda sendiri yang menepati kehendak pengguna.
Walaupun kejayaan sesuatu bisnes itu bergantung kepada rezeki, namun anda juga harus mempunyai marketing plan atau rancangan pemasaran yang baik. Tanpa usaha, impian anda hanyalah tinggal angan-angan.
Ramai usahawan terutamanya yang baru mulakan bisnes membuat kesilapan dengan menganggap bahawa mereka tidak perlukan rancangan pemasaran yang kukuh, cukup hanya dengan idea produk yang bernas sahaja.
Andai kata produk anda sememangnya sempurna dari semua aspek sekalipun, produk anda akan susah laku tanpa strategi yang betul untuk meyakinkan orang ramai supaya membeli produk anda.
Misal kata anda ingin mempromosikan produk anda di Facebook, anda perlu tahu adakah friends dan followers anda termasuk dalam kategori target audience anda? Abam Peah pernah kongsikan tentang target audience dalam artikel lain sebelum ini.
Baca Selanjutnya: Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2
Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan skincare OEM kali ini. Semoga bermanfaat!
Comments