Produk Jenama Sendiri? Baca Sini Dulu Sebelum Kena Scam!
- Abam Peah
- Aug 14, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Berapa ramai yang teringin untuk memiliki produk jenama sendiri? Kalau boleh, semua yang berniaga pasti nak anda brand sendiri kan. Ditambah pula dengan “tayangan” di media sosial yang menunjukkan founder produk ni hidup mewah.
Kalau tanya Abam Peah, abam akan cakap tak susah pun nak buat produk jenama sendiri ni. Semua orang boleh buat. Sebabnya sekarang ini modal permulaan tak tinggi macam dulu-dulu.
Anda boleh bermula dengan minimum order quantity (MOQ) yang sangat rendah. Jadi, tak perlulah untuk anda peruntukkan modal yang sangat besar pada produk semata-mata.
Sebab itulah abam kata buat produk ni tak susah. Bahagian yang susah adalah bila anda dah ada produk. Apa strategi branding dan marketing anda? Kebanyakan pemilik bisnes yang excited buat produk jenama sendiri hanya ada clear idea untuk jenis produk yang nak dijual sahaja.
Bila tanya macam mana nak jual? Wallahualam.
Tips Keluarkan Produk Jenama Sendiri
Sebab itulah dalam perkongsian kali ini Abam Peah nak kongsikan tips-tips yang anda perlu tahu sebelum anda bermula dengan brand anda sendiri. Jom baca!
1. Kenal Masalah dan Audiens

Mana anda kena fokus dulu di antara masalah dan produk? Buat produk dulu baru fikir masalah apa yang boleh produk anda selesaikan atau tengok dulu apa masalah yang ada baru keluarkan produk untuk selesaikan masalah tersebut?
Sebelum bermula, kenal pasti dulu apa masalah yang ada dan mempunyai audiens yang ramai. Maksudnya di sini, jangan lah pilih masalah yang hanya 1 daripada 1,000,000 orang alami.
Cari masalah yang 3 daripada 5 orang akan alami. Barulah audiens anda besar dan market anda juga besar. Jelas?
2. Cipta USP Produk Jenama Sendiri

USP atau nama penuhnya unique selling proposition merupakan ciri unik yang ada pada produk anda untuk membezakan anda dengan pesaing anda. Apa guna susah-susah buat produk sendiri tapi sama je dengan pesaing kan?
Sebab itulah anda perlu cipta satu USP supaya market berikan perhatian terhadap produk anda. Tapi, jangan memandai-mandai reka USP yang produk anda tak boleh berikan. Jadi kes saman nanti.
3. Medium Pemasaran

Kalau orang lain berjaya di Facebook, belum tentu lagi produk anda pun akan berjaya di sana. Sama juga di medium pemasaran atau platform-platform yang ada. Setiap bisnes mempunyai platform yang berbeza untuk berjaya.
Macam mana nak tentukan medium mana yang paling sesuai? Tengok balik audiens untuk produk anda. Mereka yang mengalami masalah yang produk anda boleh selesaikan ada di mana?
Jenis marketing macam mana yang mereka suka? Gambar, artikel atau video? Kaji semua ini dulu sebelum keluarkan modal untuk produk jenama sendiri. Barulah anda tak kena scam dengan “tayangan” founder produk.
4. Kilang Produk Jenama Sendiri

Point nombor 4 paling penting sebenarnya. Kalau anda jumpa kilang produk jenama sendiri yang tepat, untuk 3 points sebelum ini, mereka akan setelkan. Macam di kilang Abam Peah.
Kami tak akan biarkan pemilik bisnes yang bersemangat nak buat produk jenama sendiri terus excited tanpa bimbingan. Kalau kami rasa ada yang tak kena dengan apa yang dirancang, kami akan bagi pendapat kami juga.
Kami akan bantu supaya pemilik bisnes ini tak rasa macam kena scam. Sebab itulah team abam siap guide daripada awal berkenaan jenis produk, masalah apa nak setel dan berikan sekali bahan untuk anda gunakan dalam marketing campaign anda.
Fuh. Mantap kan? Abam Peah bukan apa. Abam nak servis yang abam berikan ni bukan abam je yang buat untung. Nak sama-sama untung dengan adanya kerjasama untuk tempoh yang panjang.
Nak tahu lebih lanjut macam mana team Abam Peah boleh bantu untuk anda hasilkan produk jenama anda sendiri? Klik button di bawah.
Comments