Produk OEM Malaysia - Jenis & Tips Memilih Produk
- Abam Peah
- Aug 22, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya produk OEM Malaysia ni ada produk apa je? Ye la. Mungkin anda ada idea untuk menghasilkan produk sendiri, tapi anda tak tahu di mana anda boleh cari kilang yang menyediakan produk OEM Malaysia.
Bukan apa. Anda risau tersilap pilih kilang produk timbang kilo atau kilang-kilang yang menyediakan produk tanpa mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan dan kementerian yang sepatutnya.
Banyak risiko yang anda perlu tanggung jika tersalah langkah ini. Anda merisikokan bisnes anda kerana mengeluarkan produk yang tidak selamat. Nyawa dan kesihatan pengguna juga dalam risiko. Anda juga berkemungkinan besar untuk disaman oleh pengguna.
Sebab itulah penting untuk anda tahu jenis produk OEM Malaysia dan di mana anda boleh dapatkannya. Jom baca perkongsian Abam Peah kali ini berkenaan produk OEM Malaysia.
Produk OEM Malaysia
Apa sebenarnya maksud OEM ni? Kalau anda nak tahu, OEM merupakan akronim bagi original equipment manufacturer. Ramai yang beranggapan bahawa barang OEM ini adalah barang ciplak atau copy ori. Sebenarnya itu tanggapan yang salah.
OEM di sini bermaksud pengeluar produk tanpa jenama yang menghasilkan barangan dalam kuantiti yang banyak. Barangan ini kemudian diambil oleh pengusaha lain yang ada jenama sendiri tetapi tiada kilang.
Sebagai contoh dalam dunia gajet dan elektronik contohnya jenama Apple, bukan kesemua komponen yang ada di dalam gajet mereka daripada kilang mereka sendiri. Mereka mendapatkan daripada kilang-kilang OEM.
Hal ini adalah penting bagi mengurangkan kos untuk membangunkan kilang, teknologi, mesin dan juga kepakaran. Konsep sama juga digunakan di dalam produk OEM Malaysia.
Jadi, produk OEM ini adalah barang original yang dihasilkan oleh pengilang tetapi tidak mempunyai jenama. Sama seperti kilang Abam Peah dimana kami menghasilkan pelbagai jenis produk mengikut kehendak dan permintaan client, kemudian mereka akan meletakkan branding atau jenama mereka sendiri pada produk tersebut untuk dijual.
Setiap produk yang dihasilkan adalah unik, berkualiti, berkesan dan mempunyai kelulusan daripada KKM dan juga kementerian serta agensi penting lain. Di kilang kami, anda boleh dapatkan servis untuk hasilkan pelbagai jenis produk seperti:
Herba & Suplemen Kesihatan
Kecantikan & Kosmetik
Penjagaan Kulit (Skin Care)
Penjagaan Diri (Toiletries)
Aromaterapi & Spa
Makanan
Produk Apa Yang Sesuai?
Jangan risau. Jika anda mempunyai produk-produk tertentu, kemukakan sahaja soalan dan hasrat anda kepada team Abam Peah. Mereka akan bantu anda dari semua segi bermula daripada brainstorm idea produk, branding, packaging dan juga marketing.
Untungnya buat anda yang mendapatkan servis di kilang abam, kami juga memberikan anda bahan pemasaran dalam bentuk poster dan juga video yang anda boleh gunakan untuk iklan dan pemasaran produk anda.
Abam nak mudahkan semua klien abam. Jadi, bila produk dah siap anda boleh terus jual. Mudah kan? Jika anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut cara untuk memilih produk apa yang sesuai, anda boleh baca dalam perkongsian sebelum-sebelum ini.
Baca Juga : Cara Buat Produk Sendiri - PART 1
Kesimpulan Produk OEM Malaysia
Sebenarnya proses untuk menghasilkan produk OEM Malaysia ini tidak susah kerana segala proses yang berkaitan formulasi, penyelidikan, penghasilan dan sebagainya akan diuruskan oleh pihak kilang.
Apa yang anda perlu tahu adalah jenis produk yang paling sesuai untuk anda keluarkan dan juga bagaimana untuk anda pasarkan produk anda. Sebab itulah Abam Peah suka sebut bahawa ramai yang boleh menjadi founder namun tak ramai yang boleh jadi usahawan berjaya.
Apa yang membezakan kejayaan atau kegagalan sesebuah produk adalah ilmu perniagaan. Jadi, jangan sesekali menganggap jika anda mempunyai modal yang besar, anda confirm berjaya.
Sekian sahaja perkongsian daripada abam untuk produk OEM Malaysia. Kalau nak shortcut untuk keluarkan produk anda sendiri, terus hubungi Abam Peah dan team. Kami akan bantu anda daripada awal sehingga selesai. Klik button di bawah.
Comments