Produk Sendiri, Mesti Untung Besar Kan?
- Abam Peah
- Aug 17, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Dalam perkongsian kali ini, Abam Peah nak sentuh sikit mindset kebanyakan orang berkenaan produk sendiri. Ramai yang ingat confirm kaya cepat dan untung besar bila buat produk sendiri ni.
Betul ke?
Kalau tanya Abam Peah, abam tak akan kata betul dan abam tak akan juga kata salah. Saspen kan statement abam kali ni? Semua ini berdasarkan pemerhatian abam sepanjang abam menjalankan kilang OEM atau kilang produk jenama sendiri.
Buat Produk Sendiri, Baru Cepat Kaya?
Pendapat peribadi Abam Peah, semua ni bergantung pada rezeki masing-masing. Ada orang yang abam jumpa buat produk sendiri, tapi tak berjaya. Ada yang abam jumpa, tak ada produk sendiri pun. Jual produk orang lain je tapi income boleh tahan masyuk.
Semua ni berbalik kepada asas dalam perniagaan termasuklah ilmu dan kemahiran penting yang diperlukan untuk seseorang itu berjaya di dalam bisnes. Apa ilmu atau kemahiran asas yang perlu anda ada?
a. Market Research

Sebelum buat produk sendiri atau mulakan bisnes anda, anda buat kajian pasaran terlebih dahulu. Anda perlu kenal pasti apa yang diperlukan dalam pasaran. Elakkan daripada buat produk dulu baru fikir macam mana nak sesuaikan dengan pasaran atau keperluan orang ramai.
Sebab itu Abam Peah ada kongsi dalam salah satu artikel sebelum ini berkenaan di antara produk dan masalah, mana yang anda perlu kenal pasti terlebih dahulu.
b. Marketing

Kuasai dulu bab marketing, barulah bila anda buat produk sendiri atau mulakan bisnes, potensi untuk anda berjaya akan meningkat. Marketing ni ada terlalu banyak jenis. Ada jenis low cost marketing, ada paid marketing, ada digital marketing dan ada juga old school marketing.
Mana satu yang anda patut kuasai? Belajar dulu semua dan tengok yang mana paling sesuai dengan produk anda. Tak perlu kuasai semua pun. Cukup sekadar tahu apa yang diperlukan dan nanti anda upah je orang yang power dalam benda ni untuk buatkan bagi pihak anda.
Tapi, anda perlu tahu juga pada peringkat permulaan sebabnya kalau dari awal nak terus upah orang buat semua, besar pula kos yang anda perlu keluar. Semua ini bergantung pada berapa modal wang dan berapa modal ilmu yang anda ada.
c. Sales

Ramai juga yang Abam Peah jumpa memang power bab-bab marketing tapi out pula bab nak close sales. Kalau tak boleh nak close sales, macam mana nak dapat sales kan?
Kuasai juga ilmu ini supaya bila anda dah ada produk sendiri atau mula berbisnes, mudah untuk anda mendapat sales yang banyak. Closing ni ada banyak cara samada nak secara personal menerusi WhatsApp, messenger, DM atau secara automatik menggunakan sistem seperti di Website, Shopee, Lazada dan sebagainya.
Pilih yang mana anda paling yakin untuk menggunakannya. Namun, jika trend pada masa tersebut memerlukan anda menukar medium untuk closing, segeralah tukar. Jangan tunggu lama-lama sangat.
Nasihat Paling Penting Bila Buat Produk Sendiri?
Jujur Abam Peah akan kata pengurusan kewangan yang paling penting sebenarnya. Jangan lah tak sempat merasa keuntungan RM 1 Juta dah kelam kabut nak keluarkan kereta mewah, rumah mewah, pakaian mewah dan segalanya mewah.
Urus kewangan anda dengan sebaiknya dan pastikan kewangan anda benar-benar kukuh dahulu barulah mula untuk menikmati gaya hidup yang lebih mewah.
Kesimpulan
Kalau anda serius nak buat produk sendiri, Abam Peah nasihatkan bertanyalah kepada mereka yang arif dalam bidang ini. Boleh je kalau nak tanya abam atau team abam sebab kami akan bantu dari awal sampai habis untuk urusan buat produk sendiri.
Dengan kami, anda akan mendapat bimbingan dari segi pemilihan produk, branding, packaging dan juga bahan untuk marketing. Senang kan? Dapat je terus boleh jual sebab kami dah siapkan semuanya.
Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah. Nanti team Abam Peah akan guide.
Comments