top of page

Produk Sendiri Modal Rendah - Wujud dan Berkualiti Ke?

Updated: Jan 11, 2023

Salah satu daripada masalah utama rakyat Malaysia yang Abam Peah perasan bila abam keluarkan pakej produk sendiri modal rendah adalah, mereka akan pertikaikan banyak benda.


Antara soalan yang kerap team abam dapat bila keluarkan pakej produk sendiri modal rendah adalah,


“Bukan scam kan pakej ni?”


“Kilang you betul wujud ke?”


“Saya nak datang tengok kilang dulu. Wujud ke tak.”


“Kualiti sama ke dengan pakej lain?”


“Boleh kurang lagi tak harga?”


Wah. Boleh tepuk dahi Abam Peah dan team bila dapat soalan-soalan macam ni. Ye la. Biasa letak harga pakej standard ramai yang kata mahal dan tak ada modal. Bila kita keluarkan pakej mampu milik, macam-macam ragam.


Tapi biasalah kan bila berbisnes ni. Kena kuat dan kena hadap kerenah-kerenah orang ramai. Sebab itulah dalam perkongsian kali ini Abam Peah nak kongsikan samada wujud atau tidak dan bagaimana sebenarnya kualiti produk sendiri modal redah ini.


Jom baca!


Produk Sendiri Modal Rendah


Apa yang abam nak sentuh dalam perkongsian kali ini adalah kelebihan dan kekurangan yang ada jika anda mendapatkan pakej produk sendiri modal rendah. Kemudian, anda pertimbangkan baik buruk pakej tersebut jika anda benar-benar serius ingin bermula.


Kelebihan Produk Sendiri Modal Rendah


Di antara kelebihan pakej sebegini adalah:


a. Modal Permulaan



Sekalipun anda mempunyai modal perniagaan yang besar, anda masih perlu berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan. Hal ini kerana teori dan praktikal bisnes sangat berbeza.


Besar kemungkinan anda perlu laburkan lebih banyak modal untuk marketing bagi memastikan produk anda terjual segera. Sebab itulah jika anda boleh mendapatkan pakej produk sendiri modal rendah, ia jauh lebih baik.


Ia akan mengurangkan risiko kerugian yang anda mungkin tanggung.


b. Kualiti


Produk Sendiri Modal Rendah

Jangan risau bab kualiti kerana kebanyakan kilang OEM yang menawarkan pembuatan produk jenama sendiri ini perlu menjaga kualiti produk mereka tanpa mengira berapa harga pakej yang dikeluarkan.


Hal ini kerana pihak kilang terpaksa bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini nanti. Jadi, sudah pastilah kualiti setiap produk yang dikeluarkan akan dijaga dengan sebaiknya.


c. MOQ



MOQ atau minimum order quantity merupakan jumlah minimum yang anda perlu order daripada kilang. Dalam pakej modal rendah, biasanya jumlah minimum juga sangat rendah.


Jadi, anda dapat mengurangkan risiko kerugian jika projek produk jenama sendiri anda tidak berjaya. Anda juga boleh cuba untuk test market tanpa memerlukan anda untuk mengeluarkan produk secara berlebihan.


Kekurangan Pakej Modal Rendah


Antara kekurangan yang terpaksa ditanggung adalah:


a. Kos



Sekalipun anda mampu mendapatkan pakej produk sendiri modal rendah, tidak dapat dinafikan bahawa kos per unit adalah tinggi untuk anda. Jadi, pakej sebegini hanya sesuai untuk anda yang baru ingin bermula atau ingin test market.


Bagi anda yang benar-benar serius dan yakin dengan produk anda, anda boleh terus dapatkan dalam kuantiti yang lebih banyak. Dengan cara ini, pihak kilang produk jenama sendiri dapat memberikan harga per unit yang jauh lebih rendah untuk anda.


b. Masa


Masa yang dimaksudkan di sini bukanlah tempoh masa yang diperlukan oleh kilang untuk mengeluarkan produk anda. Seperti di kilang Abam Peah, kami tiada masalah untuk mengeluarkan produk anda sesegera mungkin tanpa mengambil kira berapa jumlah yang anda inginkan.


Namun, prosedur sama dipraktikkan oleh semua kilang OEM yang ada di Malaysia di mana anda perlu menunggu giliran anda mengikut order que. Bayangkan jika anda menempah produk anda pada kuantiti yang sangat minimum dan tiba-tiba produk anda laris.


Anda perlu menunggu lama lagi untuk restock dan di sini akan berlaku opportunity lost untuk anda. Bayangkan anda dah menggunakan modal anda untuk membuatkan orang ramai sedar akan kewujudan produk anda dan tiba-tiba sahaja ada gap yang sangat lama untuk anda restock. Ia sedikit sebanyak akan menjejaskan marketing anda.


Kesimpulan


Bagi Abam Peah, apa yang penting sebelum anda bermula tak kisah lah anda nak dapatkan pakej produk sendiri modal rendah atau sebaliknya, anda perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tepat.


Abam Peah ada kongsikan dalam artikel-artikel sebelum ini.



Kalau nak lebih cepat dan mudah, anda boleh dapatkan konsultansi daripada team Abam Peah. Jangan risau la anda dari negeri mana sekalipun, abam dan team boleh uruskan semuanya.


Untuk info lanjut, klik button di bawah.





Comments


bottom of page