Sabun Jenama Sendiri - Tips Bina Brand Berjaya
- Abam Peah
- Aug 21, 2022
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2023
Buat anda yang berminat untuk menghasilkan sabun jenama sendiri, tahniah Abam Peah ucapkan kerana anda nampak potensi dan pasaran yang ada untuk produk ini. Nak tahu kenapa?
Sabun merupakan keperluan mandian yang paling asas dan digunapakai oleh semua orang setiap hari. Di setiap rumah, wajib ada stock sabun yang disimpan untuk seisi keluarga.
Paling-paling kurang pun mesti simpan seketul sabun buku untuk kecemasan. Dah alang-alang cakap pasal sabun kan, Abam Peah ingin berkongsi beberapa fakta menarik tentang sabun yang anda mungkin belum tahu:
Perkataan sabun atau soap merupakan berasal daripada perkataan bahasa latin iaitu “sapo”. Ia merupakan nama sebuah gunung dalam mitos romawi kuno.
Proses pembuatan sabun dinamakan proses saponification. Ia merupakan proses untuk mencampurkan minyak tumbuhan dan lemak sebagai base dan ditambahkan ke dalam garam asid lemak.
Buih daripada sabun terbentuk kerana sabun mengandungi sulfat. Lebih banyak sulfat dalam sabun, lebih banyak buih yang akan dihasilkan.
Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang sabun jenama sendiri, bolehlah berhubung dengan team R&D di makmal penyelidikan team Abam Peah. Apa yang boleh dilihat di sini adalah, bisnes produk sabun ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk berjaya dalam pasaran.
Orang ramai sendiri pun tahu tentang kepentingan sabun dalam kehidupan harian mereka. Jadi, kalau anda nak mula keluarkan barangan jenama sendiri, produk sabun ini memang sangat sesuai untuk dijadikan produk sulung anda.
Permintaannya di pasaran tak perlu cerita lagi dah, memang sah-sah orang akan guna. Tapi nak keluarkan produk sabun ini kena pastikan sabun anda selamat untuk digunakan. Sebab itulah anda perlu pilih kilang OEM yang sah dan diiktiraf.
Di kilang Abam Peah, produk yang kami hasilkan memang mengikut segala piawaian yang telah ditetapkan oleh KKM. Jadi anda tak perlu risau kerana sabun jenama sendiri anda memang selamat untuk digunakan.
Tips Pilih Jenama Sendiri

Anda mungkin dapat lihat di luar sana ada bermacam nama yang orang gunakan untuk jenama mereka. Sebenarnya untuk pilih nama jenama ini, anda boleh ikut kreativiti anda sendiri dan pilih nama yang anda suka.
Namun, anda haruslah gunakan nama yang original supaya tidak sama dengan orang lain. Anda mungkin berhadapan dengan saman hak cipta jika anda gunakan nama jenama yang telah sedia ada.
Anda juga boleh gabungkan beberapa perkataan untuk menjadi satu perkataan unik yang catchy. Contohnya seperti MoonShine yang diambil daripada perkataan Moon dan Shine.
Apapun biarlah nama yang anda pilih itu ringkas dan menarik supaya mudah untuk lekat di ingatan orang ramai.
Tips Untuk Trend

Selepas anda dah berpuas hati dengan nama jenama anda, sekarang adalah masanya untuk anda lakukan langkah seterusnya. Sebelum anda launch produk sabun jenama sendiri, pastikan anda lakukan sedikit research untuk memahami trend semasa.
Perhatikan jenama-jenama besar atau trendsetter di dalam industri sabun dan belajar bagaimana mereka mengeluarkan produk mereka. Dari sini, anda boleh mengetahui kehendak pengguna seperti:
Bau
Warna
Packaging
Kesan pada kulit
Harga
Tekstur
Barulah anda boleh customize produk anda dan dapatkan sampel daripada kilang OEM seperti Kilang Abam Peah ini. Segala customization yang anda kehendaki, kami boleh penuhi kerana di sini kami ada kepakaran untuk menghasilkan bermacam jenis produk penjagaan diri termasuk sabun.
Tips Untuk Marketing Sabun Jenama Sendiri

Sekalipun demand dan potensinya tinggi, tiada jaminan bahawa anda akan 100% berjaya. Untuk berjaya, selain daripada bergantung pada rezeki, anda juga perlu lengkapkan diri anda dengan ilmu yang sewajarnya.
Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah pada marketing plan atau rancangan pemasaran yang baik. Tanpa usaha, susahlah rezeki nak datang.
Ramai usahawan terutamanya yang baru mulakan bisnes membuat kesilapan dengan menganggap bahawa mereka tidak perlukan rancangan pemasaran yang kukuh, cukup hanya dengan idea produk yang bernas sahaja.
Andai kata produk anda sememangnya sempurna dari semua aspek sekalipun, produk anda akan susah laku tanpa strategi yang betul untuk meyakinkan orang ramai supaya membeli produk anda.
Misal kata anda ingin mempromosikan produk anda di Facebook, anda perlu tahu adakah friends dan followers anda termasuk dalam kategori target audience anda? Abam Peah pernah kongsikan tentang target audience dalam artikel lain sebelum ini.
Baca Selanjutnya: Cara Buat Produk Sendiri - Prosedur Anda Perlu Tahu Part 2
Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je terus hubungi team Abam Peah. Klik button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan sabun jenama sendiri kali ini. Semoga bermanfaat!
Comments