top of page

Scrub Jenama Sendiri - Macam Mana Nak Buat?

Updated: Jan 11, 2023

Sedar akan potensi yang ada, ramai yang berminat untuk menghasilkan scrub jenama sendiri. Selain cleanser, scrub merupakan di antara produk wajib ada bagi menjaga kecantikan dan juga kebersihan kulit.


Sebabnya scrub ini penting untuk membuka liang pori yang tersumbat. Adalah bahan-bahan dan tindak balas yang akan berlaku untuk menghasilkan kesan sedemikian rupa. Proses secara terperinci, boleh tanya team penyelidik di makmal penyelidikan Abam Peah. Hahaha





Bagi abam, bisnes scrub ini merupakan di antara bisnes yang berpotensi tinggi kerana kesedaran penjagaan kulit dan wajah semakin meningkat. Tidak perlu untuk anda educate orang ramai secara berlebihan.


Cukup sekadar anda tahu apa yang anda boleh selesaikan dan apa yang membuatkan anda berbeza berbanding pesaing-pesaing anda. Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini Abam Peah akan kongsikan dengan anda macam mana untuk anda berjaya dengan scrub jenama sendiri. Jom baca!


Jenis-Jenis Scrub Yang Anda Boleh Hasilkan


Terdapat beberapa jenis scrub yang ada di dalam pasaran dan mempunyai permintaan sekarang ini. Antaranya ialah:

  • Face scrub

  • Body scrub

  • Foot scrub

  • Lips scrub


Mungkin anda sendiri tertanya-tanya jenis yang mana patut anda hasilkan sebagai scrub jenama sendiri. Bagi Abam Peah, anda boleh kenal pasti dulu apa masalah yang anda ingin selesaikan.


Sebagai contoh, masalah yang anda ingin selesaikan fokus lebih kepada bahagian badan. Anda mempunyai idea unik untuk dijadikan USP produk anda untuk bahagian badan. Jadi, proceed dengan body scrub dahulu.


Kenapa Ramai Nak Buat Scrub Jenama Sendiri



Scrub Jenama Sendiri


Bila kita selalu tengok founder produk kecantikan atau kesihatan hidup mewah, pasti terlintas dalam fikiran kita untuk menikmati kehidupan yang serupa. Tiada masalah asalkan anda memberi manfaat kepada orang lain.


Tiada masalah juga jika anda menghasilkan produk anda mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Sebab itulah penting jika anda ingin hasilkan scrub jenama sendiri, anda perlu memilih kilang produk jenama sendiri yang sah dan diiktiraf.



Tambahan lagi, tidak semua orang mampu membeli jenama-jenama yang terdapat di drugstore contohnya seperti St Ives Face scrub dan Freeman. Selain itu, scrub yang dijual di drugstore tak semestinya sesuai untuk semua jenis kulit.


Ada yang abam tahu, banyak yang mengalami breakout selepas seminggu pakai produk di drugstore. Jadi, inilah peluang anda untuk hasilkan produk tempatan yang diyakini halal dan selamat kepada pengguna.


Tips Pilih Jenama Sendiri




Memandangkan sekarang dah ramai yang nak hasilkan scrub sendiri, ini ada sedikit tips yang Abam Peah nak kongsikan dengan anda. Pemilihan nama produk yang sesuai juga sangat penting apabila anda ingin mengeluarkan sesuatu produk.

Berikut ialah beberapa tips yang anda boleh ikut iaitu:

1. Mudah & Catchy

Jangan pilih nama yang sehinggakan terbelit lidah untuk orang ramai menyebutnya. Apa yang penting, nama brand anda perlulah catchy dan mudah untuk diingati. Barulah mudah untuk anda masuk ke dalam fikiran pelanggan anda.

2. Original

Pastikan nama yang anda pilih belum ada digunakan oleh orang lain. Hal ini adalah penting bagi mengelakkan isu seperti saman hak cipta dan sebagainya. Mudah untuk anda memeriksa samada ia telah digunakan atau tidak.

Anda boleh ke laman web myIPO dan SSM untuk check samada nama brand company anda dah digunakan atau belum. Anda juga boleh check di Google untuk melihat jika ada yang telah menggunakan nama tersebut.

3. Tweak & Blend

Ambil nama yang di translate dari bahasa Inggeris, kemudian tweak nama tu supaya nama jadi lebih unik dan mudah disebut.

Contohnya, KissBeau Cosmetics ialah hasil gabungan perkataan kiss dan beauty.

4. Ada Maksud

Apabila ada client atau customer tanya “Kenapa pilih nama ni?”, kita dah ada jawapan untuk kita sendiri.

5. Brainstorm

Listkan nama-nama yang terbaik, lepas tu buang nama yang kita rasa kurang sesuai.

Memang makan masa sikit bab nak pilih nama brand ni. Sebab kita nak brand kita ni long term dan boleh bawa bisnes sampai ke peringkat global.


Tips Untuk Trend



Scrub Jenama Sendiri


Sebelum anda keluarkan scrub jenama anda sendiri, pastikan anda dah kaji dahulu trend semasa. Lihat siapa trendsetter di dalam industri ini.

Dari sini, anda boleh tahu beberapa perkara yang dikehendaki pengguna seperti:

  • Warna

  • Tekstur

  • Packaging

  • Kesan

Barulah anda boleh proceed untuk mendapatkan sampel daripada kilang scrub jenama sendiri seperti Kilang Abam Peah ni.

Kami mempunyai kepakaran untuk menghasilkan berbagai jenis produk termasuklah scrub dan produk kosmetik yang lain.


Tips Marketing Kosmetik Jenama Sendiri


Sebagai bakal founder, anda perlu ketahui ilmu-ilmu marketing, terutamanya tentang pelancaran produk. Di bawah ni, Abam Peah nak share tips penting dalam marketing apa yang perlu anda buat dan apa yang perlu anda elak.

Pertama, jangan kedekut untuk mengeluarkan bajet untuk marketing. Tanpa marketing, susah bisnes anda nak berjalan. Tak kisahlah samada low cost marketing, paid marketing atau marketing menggunakan ejen, anda perlu belajar macam mana nak buat marketing tu.

Kedua, jangan ingat ada modal dan produk, semua benda akan berjaya. Berapa ramai abam lihat yang tak berjaya sebab tak sediakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang sepatutnya.

Ketiga, dapatkan testimoni sebanyak mungkin untuk meyakinkan pengguna. Caranya mudah je. Berikan sample atau tester kepada mereka yang terdekat atau mereka yang sudi untuk mencuba produk anda.


Kalau nak lagi mudah dan cepat, anda boleh je untuk terus hubungi team Abam Peah. Klik je button di bawah. Kami akan guide anda daripada awal sehingga habis. Kami akan cover kesemuanya termasuklah apa yang dikongsikan di dalam artikel berkenaan kosmetik jenama sendiri kali ini.





Comments


bottom of page