top of page

Suplemen Kesihatan Kapsul VS Tablet - Mana Yang Lebih Baik?

Updated: Jan 11, 2023

Anda nak tahu tak? Salah satu contoh yang paling ketara dalam penetapan harga ubat-ubatan yang tidak konsisten adalah perbezaan harga antara suplemen kesihatan dalam bentuk kapsul dan tablet.


Kebanyakan pembekal dan ahli farmasi tahu bahawa sebarang ubat atau suplemen mempunyai keberkesanan yang sama tidak kira samada dalam bentuk kapsul atau tablet.


Namun ramai yang tidak tahu bahawa terdapat perbezaan yang besar dalam harga antara dua jenis ubatan ini.


Dalam perkongsian ini, kami akan terangkan kebaikan dan keburukan untuk kapsul dan tablet.

.

Perbezaan Suplemen Kesihatan - Kapsul dan Tablet

.

Kapsul dan tablet boleh dikatakan sama sahaja, kedua-duanya diambil melalui saluran yang sama iaitu ditelan dengan mulut.


Dan oleh kerana mereka perlu melalui saluran pencernaan, boleh dikatakan cara mereka diproses oleh badan anda juga sama.


Namun terdapat beberapa perbezaan utama antara mereka, termasuk harga.


Salah satu perbezaan yang paling ketara adalah, tablet terdiri daripada bahan ubatan atau suplemen, manakala kapsul hanya mempunyai bahan tersebut di dalam kelongsong.


Kapsul juga biasanya tidak boleh dipatahkan atau dipotong, sementara tablet boleh.

.

.

Suplemen Kesihatan Tablet

.

Tablet adalah sejenis pil yang terdiri sepenuhnya daripada bahan ubatan atau suplemen kesihatan.


Ia dihasilkan dengan memampatkan bahan-bahan menjadi bentuk pil pepejal yang licin.


Pil tablet boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti oblong, bulat, serta pelbagai warna.


Sesetengah tablet juga mempunyai satu garisan untuk memudahkannya dipatahkan atau dipotong.

.

Kelebihan suplemen tablet

.

  • Jangka hayat lama: Tablet lebih tahan lama dan stabil berbanding kapsul.

  • Boleh dikunyah: Sesetengah tablet direka supaya boleh dikunyah membuatkannya mudah dihadam.

  • Mudah dipatahkan: Anda boleh bahagikan tablet anda kepada 2 atau 3 bahagian untuk optimumkan dos anda.

.

Kekurangan suplemen tablet

.

  • Lambat diserap: Masa serapan boleh berbeza, namun badan anda biasanya menyerap tablet lebih perlahan berbanding kapsul.

  • Rasa tidak enak: Kadangkala talbot ditambah dengan perasa, namun ia boleh memberikan rasa yang tidak enak selepas ditelan.

  • Perpecahan yang tidak sekata: Sesetengah tablet tidak melarut dengan sekata apabila ia berada dalam saluran pencernaan, membuatkan ia kurang berkesan.

.

Suplemen Kapsul

.

Suplemen kesihatan dalam bentuk kapsul adalah bentuk lain untuk pil dan ia menyimpan kandungan ubatan atau suplemen di dalam kelongsong di bahagian luar.


Biasanya kapsul mengandungi samada bahan serbuk atau cecair, di mana kedua-duanya bertindak dalam cara yang sama.


Setelah kapsul masuk ke dalam saluran pencernaan, lapisan luarnya akan terlarut dan membebaskan bahan yang terkandung di dalamnya.


Bahan tersebut kemudian akan diserap ke dalam salur darah dan dihantar ke kawasan badan yang berkaitan.


Suplemen kapsul boleh mempunyai kelongsong keras atau lembut.


Biasanya kelongsong keras akan mengandungi bahan ubatan atau suplemen serbuk, namun kadangkala ia juga boleh mengandungi bahan cecair.


Kapsul kelongsong lembut biasanya diperbuat daripada gelatin dan mengandungi bahan cecari, seperti “liquigel”.

.

Kebaikan suplemen kapsul

.

  • Tindakan pantas: Kapsul biasanya bertindak dengan lebih pantas berbanding tablet.

  • Tiada rasa: Kelongsong kapsul biasanya tidak mempunyai rasa.

  • Penyerapan yang lebih baik: Kapsul boleh mempunyai bioavailabiliti yang lebih tinggi, bermaksud bahan ubatan atau suplemen diserap ke dalam salur darah dengan lebih banyak.

.

Kekurangan suplemen kapsul

.

  • Kurang tahan: Suplemen kapsul lebih mudah bertindak balas dengan persekitaran seperti panas matahari, menjejaskan kualitinya.

  • Jangka hayat pendek: Kapsul tamat tempoh dengan lebih cepat berbanding tablet.

  • Dos yang lebih rendah: Pengilang tidak boleh memasukkan banyak bahan suplemen ke dalam kapsul seperti tablet, jadi kapsul perlu bersaiz lebih besar untuk dos yang sama.

  • Produk berasaskan haiwan: Gelatin merupakan bahan berasaskan haiwan dan mungkin tidak sesuai untuk semua individu.

.

.

Kesimpulan Suplemen Kesihatan

.

Setiap jenis pil suplemen pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, termasuklah tablet dan kapsul.


Untuk menentukan mana satu bentuk suplemen kesihatan yang lebih baik, itu bergantung kepada keperluan dan kemahuan anda sendiri.


Sampai di sini sahaja perkongsian kami mengenai suplemen kapsul vs tablet pada kali ini. Khas untuk anda yang berminat menghasilkan suplemen jenama sendiri, team Abam Peah ada tawarkan konsultansi percuma selama 30 minit.


Boleh klik button di bawah untuk informasi lanjut.





Comments


bottom of page