8 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Suplemen Part 2
- Abam Peah
- Sep 2, 2022
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2023
Okay. Kita sambung daripada PART 1 mengenai 8 PERKARA ANDA PERLU TAHU SEBELUM AMBIL SUPLEMEN. Dalam PART 2 ini Abam Peah akan kongsikan empat lagi perkara yang anda perlu tahu. Jom baca!
Sambungan Topik Suplemen
Sebelum tu, kalau anda perasan, Abam Peah selalu tekankan betapa pentingnya untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa suplemen.
Semua ini adalah untuk memastikan anda tidak tersalah langkah dan merisikokan kesihatan anda. Apa yang Abam Peah kongsikan ini lebih kepada panduan umum dan tidak mampu untuk mengatasi nasihat doktor secara spesifik bergantung pada tahap kesihatan anda.
5. Diet Anda Adalah Penentu
Betul. Pakar kesihatan atau pakar pemakanan akan menentukan jenis suplemen yang sesuai untuk anda berdasarkan diet atau apa yang anda makan setiap hari. Anda juga mungkin akan diminta untuk sediakan diari makanan anda sendiri.
Hal ini bertujuan untuk pakar mengenalpasti nutrien apa yang tidak mencukupi di dalam badan anda. Selain itu, pemeriksaan fizikal juga akan dilakukan untuk melihat nutrisi badan anda.
Jenis ujian adalah berbeza bergantung kepada individu.
6. Suplemen Ada Bermacam Jenis
Betul. Ada macam-macam jenis, rasa, bentuk, saiz dan harga. Sebenarnya ramai yang dah terbiasa dengan suplemen dalam bentuk kapsul. Namun, sekarang ini ramai yang memilih untuk jadikannya dalam bentuk minuman seperti minuman bervitamin.
Ada juga yang disediakan dalam bentuk cecair khas untuk mereka yang mempunyai masalah buah pinggang. Apapun, confirm betul-betul dulu dengan doktor anda samada anda boleh mengambilnya atau tidak.
Selain itu, ada juga suplemen yang dihasilkan dalam bentuk yang lebih menarik seperti biskut, coklat, puding, bijirin dan macam-macam lagi. Semuanya adalah untuk menjadikan suplemen lebih mudah dan sedap untuk dinikmati.
7. Percaya Sains
Tak salah kalau anda nak percaya kaedah tradisional. Abam Peah pun kadang lebih prefer kaedah tradisional. Tapi, tak bermaksud kita kena abaikan sains dan teknologi di dalam bidang perubatan.
Apa yang anda perlu lebih percaya adalah jika ia spesifik berdasarkan tahap kesihatan, pemakanan dan juga keadaan anda. Lagilah anda kena percaya. Mungkin akan ada silap daripada doktor dalam menentukan keadaan anda.
Tapi, apa yang doktor larang tu lebih baik ikut. Jangan langgar. Bahaya. Jika anda dapat berjumpa dengan pakar pemakanan pun bagus. Mereka lebih arif berkenaan bab-bab pemakanan apa yang sesuai dengan anda.
8. Suplemen Tak Rosakkan Buah Pinggang Wujud
Sebenarnya memang wujud suplemen yang selamat untuk anda yang mempunyai buah pinggang yang bermasalah. Hal ini kerana pesakit-pesakit ini berisiko untuk mengalami masalah kekurangan nutrien disebabkan oleh keadaan kesihatan mereka.
Apapun, ambillah suplemen tersebut berdasarkan cadangan doktor anda. Bukan ikut cadangan keluarga, kenalan atau sesiapa sahaja secara melulu. Ingat. Baik untuk mereka, belum tentu baik untuk anda. Kalau apa-apa jadi, alasan yang biasanya akan disebut adalah,
“Laa.. Aku guna elok je. Mana aku tahu tak sesuai untuk kau.”
Begitulah. Tapi, di kilang Abam Peah ni memang abam sentiasa pastikan founder yang ingin keluarkan suplemen sendiri tahu dan faham akan etika untuk marketing. Tak ada yang claim bukan-bukan sebab produk dari kilang Abam Peah ada segala kelulusan dan sijil yang diperlukan.
Sebab itulah ramai yang datang buat produk dengan Abam Peah. In shaa Allah selamat dan akan melalui ujian klinikal terlebih dahulu. So, kalau ada yang berminat nak keluarkan suplemen sendiri, pastikan anda faham tentang risiko-risiko yang ada dan jangan keluarkan semata-mata nak buat untung sahaja.
Fikirkan juga kesannya terhadap pengguna. Kalau nak tanya lebih lanjut mengenai suplemen, boleh klik button di bawah. Nanti team Abam Peah akan bantu.
.
Comments