top of page

15 Suplemen Untuk Wanita Terbaik - Part 1

Updated: Jan 11, 2023

Buat para wanita, semakin anda meningkat usia, anda pasti akan mempunyai kesedaran bahawa suplemen untuk wanita semakin penting.


Namun suplemen untuk wanita ini sebenarnya penting untuk anda kekal sihat dan kuat sepanjang masa.


Walaupun ramai yang mengatakan bahawa anda boleh mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan harian, namun ini tidak bermaksud suplemen tidak memberi apa-apa manfaat.


Tambahan pula, berapa ramai antara anda yang mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapat nutrien yang diperlukan?


Pada hari ini pula, terdapat banyak jenis suplemen yang dijual di pasaran dan ini mungkin menyebabkan wanita di luar sana keliru dengan suplemen yang patut mereka ambil.


Jangan risau kerana dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan 15 senarai suplemen terbaik untuk wanita yang boleh anda cuba.


Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok senarai suplemen yang akan dikongsikan ini.

.

1. Suplemen Untuk Wanita - Zat Besi

.

Zat besi membantu darah membawa oksigen ke seluruh bahagian badan anda.


Ia juga memainkan peranan dalam penghasilan sel darah merah, menyokong fungsi imun dan kognitif, mengawal suhu badan, dan penting dalam pertumbuhan sel.


Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kurangnya penghasilan sel darah merah.


Ini boleh menyebabkan anemia iaitu keadaan di mana jumlah sel darah merah anda terlalu rendah hingga penghantaran oksigen ke sel badan menjadi terjejas.


Mereka yang mempunyai anemia akan berasa lemah, sesak nafas, mudah terkena penyakit kerana fungsi imun yang terjejas.


Oleh kerana haid menyebabkan kadar zat besi dalam badan anda menurun, penting untuk wanita top-up semula zat besi yang hilang dengan mengambil makanan atau suplemen untuk wanita yang kaya zat besi.


Wanita disyorkan untuk mengambil sebanyak 18 mg zat besi setiap hari.


Untuk wanita hamil, anda perlu mengambil dengan lebih banyak iaitu sekitar 27 mg, manakala untuk mereka yang menyusu perlu dikurangkan kepada 9 mg.

.

2. Suplemen Untuk Wanita - Kalsium

.

Kalsium membuatkan tulang dan gigi anda kekal sihat, dalam masa yang sama turut menyokong fungsi otot.


Ia merupakan antara mineral yang paling penting untuk wanita untuk menjaga kesihatan tulang sepanjang hayat.


Hal ini kerana wanita mula hilang jisim tulang ketika mereka berusia lewat 20-an, jadi anda tidak boleh malas minum susu!


Kalsium boleh didapati daripada produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt.


Selain itu, ia juga boleh diperolehi daripada sayuran hijau seperti brokoli dan kangkung.


Anda disyorkan untuk mengambil sekitar 1000 mg kalsium pada setiap hari untuk mendapat jumlah kalsium yang cukup.

.

3. Magnesium

.

Magnesium boleh membantu mengekalkan fungsi otot dan saraf yang normal, mengawal kadar degupan jantung, menyokong kekuatan imun badan, mengekalkan kekuatan tulang, mengawal kadar gula dan tekanan darah.


Badan anda memerlukan magnesium untuk melakukan lebih 3000 tindak balas biokimia yang normal.


Kekurangan magnesium boleh menyebabkan muntah teruk, sakit perut, dan sakit kepala.


Anda mungkin berisiko untuk mengalami kekurangan magnesium jika anda menghidap penyakit Crohn atau masalah gastrousus lain yang menyukarkan badan anda untuk menyerap nutrien.


Wanita yang berumur 19 hingga 30 tahun disyorkan untuk mengambil 310 mg magnesium sehari, dan 320 mg sehari untuk wanita yang lebih tua.

.

4. Vitamin A

.

Vitamin A mempunyai mempunyai manfaat yang baik untuk badan anda seperti memelihara kesihatan mata, sistem imun, dan bahagian badan yang lain.


Ia merupakan antara vitamin yang terbaik untuk wanita kerana kepentingannya dalam menyokong sistem penglihatan.


Dalam masa yang sama, kajian juga menunjukkan ia boleh mencegah beberapa jenis kanser dan meningkatkan kekuatan sistem imun.


Untuk wanita hamil, anda disyorkan untuk mengambil 770 mcg vitamin A dan 1300 mcg jika anda sedang menyusu.


Selainnya, anda boleh mendapat vitamin A yang cukup daripada makanan sahaja.

.

.

5. Folat

.

Folat merupakan sejenis vitamin B dan penting untuk menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru, serta membantu otak berfungsi dengan baik.


Disebabkan ia membantu menghasilkan sel darah baru dalam badan, ia penting untuk mencegah masalah anemia.


Kekurangan folat boleh meningkatkan risiko kanser serviks, kolon, otak dan paru-paru.


Di samping itu, folat juga sangat penting untuk wanita hamil untuk mengelakkan kecacatan pada kandungan terutamanya ketika bulan pertama kehamilan.


Kebanyakan wanita disyorkan untuk mengambil 400 mikrogram sehari, namun untuk wanita mengandung, mereka perlu mengambil 600 mikrogram sehari dan 500 mikrogram untuk ibu menyusu.

.

6. Biotin

.

Biotin membantu dalam pembentukan asid lemak dan gula dalam darah yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga dalam badan.


Tambahan lagi, ia membantu memetabolismekan asid amino dan karbohidrat.


Kekurangan biotin boleh membawa kepada keadaan yang abnormal seperti keguguran rambut, kuku yang rapuh, dan ruam muka yang bersisik.


Biotin boleh didapati daripada sayur kobis, ubi keledek, avokado, badam, dan raspberi.


Wanita yang berumur 19 tahun ke atas disyorkan untuk mengambil 30 mcg biotin setiap hari.

.

7. Vitamin B

.

Vitamin seperti B6 dan B12 membantu badan anda menukarkan makanan kepada tenaga yang diperlukan badan.


Ia juga penting untuk menjaga kesihatan kulit, rambut dan mata.


Selain itu, vitamin B boleh mengekalkan fungsi sistem saraf, metabolisme, tona otot, dan menajamkan fikiran.


Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan anemia, kelesuan, hilang selera makan, sakit abdomen, tekanan perasaan, kejang otot, rambut gugur, dan perkembangan yang lemah dalam kalangan kanak-kanak.

.

.

Kesimpulan Suplemen Untuk Wanita

.

Banyak juga kan suplemen untuk wanita ni?


Eh tapi dalam senarai ni baru ada 7, mana lagi 8?


Haa kalau anda nak tahu 8 lagi suplemen terbaik untuk wanita, anda boleh sambung membaca di part 2 perkongsian ini.




Comments


bottom of page