top of page

Ubat Jerawat Jenama Sendiri

Updated: Jan 11, 2023

Mesti anda pernah terfikir untuk menghasilkan ubat jerawat jenama sendiri kan?


Biasanya, bila kita sendiri atau melihat orang sekeliling kita hadapi masalah sebegini, kita mula membayangkan kalaulah kita dapat hasilkan produk sendiri. Pasti segala manfaat yang terbaik akan kita berikan.


Sebenarnya anda boleh untuk hasilkan produk atau ubat jerawat jenama sendiri ini. Sekarang ini banyak kilang-kilang yang mampu merealisasikan impian anda. Sama seperti di Abam Peah Holdings Sdn Bhd.


Kami bukan sahaja mempunyai kilang untuk membantu proses penghasilan dan pengeluaran produk, malah kami juga mempunyai makmal penyelidikan kami sendiri. Di makmal ini, anda akan temui pasukan penyelidik yang bertauliah.


Mereka inilah yang akan membantu anda menghasilkan produk jenama sendiri menggunakan bahan-bahan terbaik dan memastikan produk yang dihasilkan selamat serta memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh kementerian dan juga pihak berkuasa.


Tambahan pula, produk berkaitan jerawat mempunyai pasaran yang sangat besar. Anda boleh hasilkan ia dalam bentuk krim rawatan, serum, krim siang dan malam dan lain-lain. Jangan risau. Team Abam Peah boleh tolong.


Sebelum tu, team Abam Peah akan memperkenalkan dan berkongsi sedikit sebanyak dengan anda berkenaan bahan-bahan yang sesuai yang perlu ada dalam sebuah krim jerawat terbaik. Jom baca!

.

Fungsi Ubat Jerawat

.

Tak kisah anda nak hasilkan produk apa sekalipun, perkara pertama dalam minda anda adalah untuk memastikan ia memberikan kesan yang terbaik kepada pengguna tanpa memberikan kesan sampingan.


Banyak sangat sekarang ini kes di mana baik di pihak kilang mahupun founder produk yang tidak memikirkan soal keselamatan pengguna. Bahan yang digunakan memang tidak dapat dinafikan mampu memberikan kesan segera.


Namun, ia turut datang bersama-sama dengan kesan sampingan yang sangat merbahaya. Akhirnya produk diboikot dan bisnes tidak dapat diteruskan lagi. Untuk menjual lagi di kemudian hari pun dah susah sebab orang mesti kenal siapa founder yang terlibat.


Apa yang penting dan anda perlu pastikan ada pada ubat jerawat anda nanti, anda perlu psatikan ia mempunyai bahan-bahan yang mampu memberikan kesan seperti berikut:

  • Mengurangkan kerengsaan pada kulit yang disebabkan oleh jerawat

  • Membantu untuk membersihkan liang pori bagi mengelakkan jerawat

  • Mencerah atau memudarkan parut jerawat


Ia boleh dihasilkan dalam bentuk krim,gel atau lotion dan untuk digunakan pada kulit yang telah dibersihkan selepas mencuci muka.

.

Bahan dalam Krim Jerawat Terbaik

.

Penting untuk anda memastikan bahan-bahan yang terkandung dalam krim jerawat terbaik anda memainkan peranan yang sepatutnya untuk mengatasi masalah jerawat dan meningkatkan penampilan kulit.


Untuk pengetahuan anda, ada bermacam-macam jenis bahan yang boleh dijumpai dalam krim jerawat. Antaranya adalah agen penghapus jerawat, exfolian, dan pelembap.


Agen penghapus jerawat boleh ditemukan dalam berbagai jenis bahan yang berbeza. Ia bertindak dengan cara membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengelakkan timbulnya jerawat baru.


Bahan-bahan ini anda boleh bincang dengan team Abam Peah. Hal ini kerana bahan-bahan yang akan digunakan bergantung kepada apa kelebihan yang anda ingin ada dalam produk anda.


Exfolian pula membantu dalam proses menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan parut jerawat. Pelembap pula lebih kepada membantu dalam proses mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikannya kelihatan lebih sihat.


.

Contoh Bahan

.

Terdapat beberapa jenis bahan-bahan yang sangat berkesan dalam proses untuk mengatasi dan merawat jerawat, dan setiap bahan dalam krim jerawat terbaik ini memiliki kelebihan tersendiri.


Antara bahan-bahan yang perlu ada dalam krim jerawat adalah:

  • Asid salisilik: membantu membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengelakkan timbulnya jerawat baru

  • Benzoil peroksida: membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan kerengsaan

  • Asid glikolik: mengeksfoliasi kulit dan membantu mencerahkan parut jerawat

  • Asid beta-hidroksi (BHA): exfolian yang membantu membersihkan liang pori dan meningkatkan penampilan parut jerawat

  • Tanah liat: membantu menyerap kelebihan minyak dan meningkatkan penampilan kulit secara keseluruhan

  • Teh hijau: mengandungi antioksidan yang dapat mengurangkan kerengsaan dan merah pada kulit

  • Kepingan willow: sumber semula jadi asid salisilik, yang membantu membersihkan liang pori dan mengelakkan timbulnya jerawat baru

  • Zink: mineral penting yang membantu mengawal pengeluaran sebum dan mengurangkan kerengsaan

  • Retinoid: diperoleh daripada vitamin A, bahan ini membantu membersihkan liang pori dan menggalakkan pertukaran sel, sehingga menjadikan kulit lebih halus dan bersih

  • Niasinamide: bentuk vitamin B3, bahan ini membantu mengurangkan kerengsaan dan merah pada kulit, serta dapat meningkatkan fungsi penghadang kulit

  • Minyak pati teh hijau: agen antibakteria semula jadi yang membantu membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan kerengsaan

  • Asid alpha-hidroksi (AHA): exfolian yang membantu mengeluarkan sel kulit mati dan meningkatkan penampilan parut jerawat

  • Sulfur: agen penghapus jerawat semula jadi yang membantu membersihkan liang pori dan mengurangkan kerengsaan

Penting untuk anda berbincang dengan pakar untuk memastikan konsentrasi bahan yang digunakan adalah sesuai untuk majoriti jenis kulit. Lebih tinggi konsentrasi tidak bermakna ia lebih baik.


Silap-silap banyak kesan sampingan yang akan berlaku nanti. Sama juga dengan mindset lebih banyak bahan lebih baik. Besar kemungkinan berlakunya isu compatibility di antara setiap bahan.

.

Kepentingan Pemilihan Krim

.

Memilih krim jerawat yang sesuai adalah penting untuk memperoleh hasil yang optimal. Oleh sebab itulah, penting untuk anda mengetahui senarai bahan dan memastikan bahawa bahan yang anda pilih adalah berkesan dan selamat.


Walaupun bahan-bahan yang disebutkan tadi sangat berkesan dalam mengatasi jerawat, ia juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif jika digunakan dalam konsentrasi yang terlalu tinggi.


Jadi, jika anda ingin menghasilkan krim jerawat jenama sendiri, penting untuk anda pastikan anda mendapat bantuan daripada pakar. Seperti kami di Kilang OEM Abam Peah, kami mempunyai pakar untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan selamat.


Disini, kami mempunyai makmal penyelidikan dan pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar-pakar bertauliah. Setiap produk jenama sendiri yang dihasilkan akan dipastikan memenuhi ciri dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Selain itu, kami juga akan membantu anda dari segi pemilihan bahan, menentukan jenis kesan krim jerawat anda, membantu dari segi design, packaging dan turut menawarkan khidmat photoshoot video dan gambar produk.


Sebab itulah produk klien-klien kami sangat mudah untuk laris dalam pasaran. Nak tahu lebih lanjut bagaimana team Abam Peah boleh bantu anda menghasilkan krim jerawat terbaik? Klik button di bawah untuk WhatsApp team Abam Peah.

.








1 comentário


nabihan nazeri
nabihan nazeri
16 de out. de 2024

Thank you for the info


<a href="https://mudah-oem.com/kilang-oem/">skincare oem</a>

Curtir
bottom of page